fbpx
Now Reading
Ditegur Pakai Sarung Tangan, Konten Balas Dari Peniaga Undang Pelbagai Reaksi [Video]

Ditegur Pakai Sarung Tangan, Konten Balas Dari Peniaga Undang Pelbagai Reaksi [Video]

Video itu mendapat pelbagai reaksi dikalangan orang ramai apabila cara peniaga itu menjawab teguran daripada seorang individu itu seperti memerli.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebersihan dalam penyediaan makanan merupakan salah satu perkara yang penting dan perlu diutamakan oleh setiap peniaga.

Malah mereka turut disarankan untuk menghadiri kursus penyediaan makanan agar boleh mempraktikan prosedur yang sepatutnya dalam mengendalikan makanan.

Perkara ini secara tidak langsung membuatkan peniaga mahupun mereka yang menyediakan makanan dapat menjaga kualiti yang baik dan mengelakkan pelanggan dari keracunan dan sebagainya.

Peniaga jawab teguran individu menerusi video raih perhatian

Baru-baru ini, seorang peniaga pencuci mulut telah meraih perhatian ramai apabila membuat video respon membalas kepada seorang individu yang menegurnya.

Menerusi video yang dikongsikan di X, awalnya seorang individu telah menegur peniaga makanan berkenaan untuk tidak menggunakan sarung tangan yang sama sewaktu menyediakan makanan yang dijual.

Walau bagaimanapun teguran itu dilakukan secara baik apabila dia turut memohon maaf atas teguran yang diberikan.

“Nampak sedap kek tu. Maaf cuma nak tegur sarung tangan hitam tu sis.. Semua benda pegang dengan sarung tangan yang sama. Boleh tukar sarung tangan baru untuk ambil kek dan keju atau guna pengepit. Maaf ya,” tegur individu itu.

Peniaga buat video tunjuk jika tukar sarung tangan setiap kali nak ambil bahan

Susulan daripada itu, peniaga berkenaan membuat satu rakaman menunjukkan keadaan yang akan berlaku sekiranya dia menukar sarung tangan beberapa kali sewaktu menyediakan pencuci mulut yang dijual.

Dalam video itu kelihatan pencuci mulut yang disediakan mempunyai lebih dari lima jenis bahan.

Kelihatan peniaga menukar sarung tangan setiap kali dia mengambil bahan-bahan semasa menyediakan semangkuk pencuci mulut.

Sebaik selesai menyediakan satu hidangan pencuci mulut terbabit, dia turut menunjukkan jumlah sarung tangan yang digunakan jika mengikut cadangan individu tersebut.

Jelas dalam video peniaga ini terpaksa menggunakan sarung tangan yang banyak semata-mata untuk menyediakan satu mangkuk jualannya. Ini sekali gus, boleh menyebabkan peniaga terbeban dengan kos yang tinggi untuk menyediakan sarung tangan.

Video tunjuk tukar sarung tangan banyak kali raih pelbagai reaksi

Video balas peniaga itu bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi di kalangan orang ramai apabila ada yang menyifatkan dia seolah-olah memerli individu tersebut.

“Peniaga melayu kalau dah maju sikit orang tegur untuk kebaikan memang dia orang akan perli-perli ke? Contoh macam kek tapak kuda A**a ni.

“Ada sebab orang tak kasi pakai sarung tangan hitam tu berulang kali, nampak sangat tak ada ambil sijil pengendalian makanan,” kata seorang pengguna X.

Di ruangan balas ada juga yang merasakan peniaga tidak sepatutnya membuat video seperti itu.

Namun ada juga yang berpendapat adalah lebih baik sekiranya tidak memakai sarung tangan sebaliknya hanya membasuh tangan dengan lebih kerap.

“Level perli balik ni lain macam eh. Orang tegur sebab benda betul, kalau pergi kursus kira benda asas je ni…”

“Kena pastikan jenis sarung tangan yang dia guna bukan setakat warna je..”

“Sebenarnya tak pakai apa-apa sarung tangan lagi bagus. Sebab tu kita ada tujuh langkah untuk membasuh tangan.”

Terdapat langkah perlu dilakukan jika nak pakai sarung tangan

Menerusi semakan kami di laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan.

Antara pesanan KKM adalah:

  • Tidak boleh menyentuh permukaan lain dan anggota badan seperti muka, mata dan hidung semasa memakai sarung tangan.
  • Sarung tangan yang telah dipakai tidak boleh diguna semula.
  • Pengguna tetap perlu membasuh tangan selepas membuka sarung tangan.
  • Jangan buang sarung tangan di merata-rata tempat.

Selain itu KKM memberi peringatan penggunaan sarung tangan bukan pengganti basuh tangan. Bukan hanya itu peniaga juga perlu mengetahui jenis-jenis sarung tangan yang sesuai untuk digunakan mengendali makanan.

Meskipun ada yang menghentamnya kerana menggunakan sarung tangan hitam namun kami mendapati warna tidak memainkan peranan sebaliknya jenis sarung tangan yang perlu diberikan keutamaan.

Menurut KKM sarung tangan jenis nitrile (powder-free-glove) paling selamat untuk mengendalikan makanan kerana tidak meninggalkan sisa kotoran. Bagi mengelakkan daripada berlaku pencemaran silang sarung tangan hendaklah dipakai untuk sekali guna sahaja.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.