Dua Individu Selamba Curi Barang Walau Tahu Ada CCTV, Siap Selit Dalam Baju & Celah Kangkang [Video]
Apa yang menjadi perhatian adalah wanita berkenaan dilihat selamba memasukkan plastik yang dipenuhi barang di celah kelangkangnya sebelum berpura-pura melihat barangan yang lain.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kebiasaannya, orang ramai akan membeli dan membuat bayaran jika mahu mendapatkan sesuatu barang contohnya seperti produk makanan atau barang dapur.
Namun entah mengapa, ada segelintir individu yang dilihat berani menanggung risiko dengan mengambil barang di kedai secara diam-diam atau dalam kata lain mencuri.
Lebih buruk lagi perbuatan itu dilakukan secara terang-terangan walhal tempat sebegitu sudahpun dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV).
Pasti ada sahaja teknik yang dilakukan untuk mengelak perbuatan mereka dirakam.
Selamba Buat Kerja Mencuri Walaupun Tahu Diri Dirakam
Namun, lain pula dengan seorang lelaki dan wanita ini yang dilihat selamba mencuri walaupun tahu CCTV merakam perbuatan mereka.
Menerusi video tular di Facebook Sukan Star TV- sstv.my, dua individu berkenaan dilihat mundar-mandir di salah satu laluan dalam sebuah kedai serbaneka.
Melalui perkongsian itu dapat dilihat aksi mereka pada mulanya mencurigakan apabila kedua-duanya melihat CCTV sebelum salah seorang daripada individu terbabit mengeluarkan barang dari peti sejuk dan meletakkannya di rak berhampiran.
Manakala, wanita berkenaan pula memasukkan beberapa barang yang dipercayai air tin dalam sebuah plastik.
Siap Masuk Barang Celah Kangkang & Dalam Baju
Apa yang menjadi perhatian adalah wanita berkenaan dilihat selamba memasukkan plastik yang dipenuhi barang di celah kelangkangnya sebelum berpura-pura melihat barangan yang lain.
Malah, dia kemudiannya dilihat mengambil barang yang dikeluarkan dari peti sejuk tadi dan meletakkannya dalam bahagian dada sebelum beredar dari kawasan tersebut.
Datang Semula Lakukan Perkara Sama
Namun, kedua-dua mereka datang semula ke lorong berkenaan sambil membawa raga seolah-olah mahu membeli barangan lain.
Pada ketika itu, mereka dilihat membawa barangan lain dan diletakkan pada rak yang sama sebelum memasukkannya ke dalam plastik.
Malah, kelihatan wanita berkenaan memberi arahan kepada lelaki tersebut untuk mengambil barangan yang lain.
Wanita itu sekali lagi dilihat memasukkan barang ke dalam plastik sambil lelaki berkenaan mengawasi keadaan sekeliling.
Dia kemudiannya memasukkan plastik itu ke dalam celah kangkang serta beberapa barangan lain di bahagian dadanya.
Dalam video yang berdurasi 5 minit 23 saat itu, mereka dilihat berulang kali melakukan perkara sama sebelum lelaki berkenaan berpura-pura membuat bayaran di kaunter manakala wanita itu terus melangkah keluar dari premis berkenaan.
Melalui hantaran yang tular, tiada info lanjut berhubung butiran dan lokasi kejadian.
Muat pulak dia sumbat
Posted by Sukan Star TV – sstv.my on Thursday 9 January 2025
Ramai Geram Lihat Individu Selamba Curi Barang Berulang Kali
Video yang telah mendapat lebih 344,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang mengecam dan geram melihat aksi wanita bertudung dan lelaki bertopi terbabit.
Malah, ada yang berpendapat tindakan sebegitu memberi imej yang tidak baik khususnya kepada wanita berhijab.
Namun, ada juga segelintir netizen yang berpendapat kemungkinan kedua-dua individu terbabit dalam keadaan terdesak hingga terpaksa bertindak sedemikian.
Berikut antara komen pengguna Facebook:
“Sihat Tubuh Badan, Mencuri Juga Jadi Pilihan”
“Susahnya Hidup Sekarang Sampai Sanggup Mencuri, Niat Tidak Menghalalkan Cara”
“Kesian Dekat Orang Yang Bertudung Yang Baik, Kerana Kelakuan Spesis Macam Ini Ramai Yang Pandang Serong”
“Masih Fikir Macam Mana Dia Kepit Tak Jatuh”
“Mungkin Mereka Ini Dalam Kesempitan Hidup”
“Kalau Mereka Dalam Kesusahan, Semoga Diperlipat Gandakan Rezeki”
Baca Artikel Berkaitan: Pura-Pura Nak Beli, Rupanya Mencuri! Pemuda Larikan Rantai Emas Bernilai RM23,000 [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ditahan Curi Barang Bernilai RM1,000, Teman Lelaki Pula Cabut Lari [Video]