Hantaran Wanita Kagum Axia Jimat Minyak ‘Sampai Rasa Nak Beli’ Raih Pelbagai Reaksi
Perbezaan penjimatan minyak yang dilakukan itu adalah berdasarkan kenderaan yang dipakai sebelum ini dengan jarak yang sama.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kereta merupakan salah satu pengangkutan yang sering digunakan oleh kebanyakan masyarakat di Malaysia ini untuk ke sesebuah destinasi.
Sebagai contoh ada yang memilih memandu kereta untuk ke tempat kerja kerana jarak rumah yang jauh atau tiada kemudahan awam berdekatan.
Bercakap mengenai kereta pasti ramai di antara kita yang akan mempertimbangkan pelbagai perkara sebelum membeli sesebuah kenderaan contohnya kos penyelenggaraan, prestasi, bayaran ansuran, penjimatan minyak dan banyak lagi.
Luah kagum dengan kereta Axia sampai rasa nak beli satu untuk diri sendiri
Baru-baru ini, seorang individu meluahkan rasa kagumnya di Threads selepas pertama kali membawa kereta Perodua Axia.
Malah rasa kagum itu turut membuatkan dia seperti ingin membeli model berkenaan untuk kegunaan sendiri.
“Tak pernah pandu kereta Axia dan seangkatannya. Ni pertama kali pandu kereta Axia, kawan bagi pinjam sebab kereta saya kemalangan.
“Saya tak sangka dengan minyak dia. Punyalah jimat, RM50 untuk tangki penuh? Mesti dapatkan satu kereta Axia untuk diri saya,” kata individu itu.
Undang pelbagai reaksi, kereta Axia tak selesa untuk perjalanan jauh
Namun luahannya itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan orang ramai yang berpendapat penggunaan kereta tersebut mengikut keperluannya.
Ada yang mengatakan enjin yang kecil membuatkan penggunaan minyak pada kereta tersebut kurang. Namun untuk penggunaan perjalanan yang jauh ia tidak selesa.
Individu itu bagaimanapun memaklumkan perbandingan yang dilakukannya itu adalah berdasarkan kereta dan jarak yang dipandunya sebelum ini dengan Axia yang dipinjam dari rakan.
Hantaran itu kemudiannya menjadi tular di X apabila dikongsikan oleh @localrkyt dan berpendapat bagi individu yang sudah biasa hidup tidak bermewahan seperti memakai kereta besar, kereta Axia adalah okay jika ingin digunakan untuk pemanduan jauh.
Ada yang kata Axia mampu milik dan serbaguna
Selain itu, ada juga mengatakan sekiranya mempunyai perjalanan yang jauh dan lasak adalah baik jika mengambil sisi enjin 1.5. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada kemampuan dan keselesaan seseorang.
Dalam pada masa sama, ada juga yang berkongsi pengalaman mengatakan Axia adalah sebuah kenderaan yang mampu milik dan tidak mempunyai masalah jika ingin dibawa untuk perjalanan jauh.
Malah mereka turut berpendapat kereta Axia juga mempunyai kos penyelenggaraan yang murah berbanding kenderaan lain.
Ada juga menyifatkan keselesaan merupakan perkara yang subjektif kepada setiap individu. Ini kerana setiap orang mempunyai maksud ‘selesa’ yang berbeza sebagai contoh kewangan, jumlah penumpang dan banyak lagi.