fbpx
Now Reading
Kali Ketiga Sertai Pertandingan Memancing, Remaja 16 Tahun Akhirnya Menang RM200,000 [Video]

Kali Ketiga Sertai Pertandingan Memancing, Remaja 16 Tahun Akhirnya Menang RM200,000 [Video]

Sewaktu ditanya apa yang bakal dibuat dengan duit RM200,000 itu, remaja berkenaan menjelaskan dia tiada perancangan lagi pada ketika itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Memancing merupakan antara aktiviti kegemaran kebanyakan individu. Kadangkala, ada yang sanggup turun ke laut berhari-hari bagi menjalani hobi kegemaran mereka itu.

Selain laut, ada yang menjadikan sungai sebagai lokasi untuk menangkap ikan. Namun, buat mereka yang meminati aktiviti ini dan mahu melakukannya secara santai, ada premis atau kolam yang direka khas buat golongan tersebut.

Oleh kerana aktiviti ini mempunyai peminatnya yang tersendiri, banyak pertandingan memancing yang dianjurkan istimewa buat si kaki pancing.

Namun, ada sesetengah orang berpendapat memancing tidak membuahkan apa-apa hasil apatah lagi ia ibarat menunggu sesuatu yang tidak pasti.

Menang RM200,000 Lepas Sertai Pertandingan Memancing Buat Kali Ketiga

Siapa sangka, dengan hanya memancing, seorang remaja lelaki berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM200,000.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @abg.naga96, remaja yang dikenali sebagai Hakim itu menduduki tempat pertama dalam pertandingan memancing siri yang ke 10 yang diadakan oleh Den Kolam Pancing Ulu Yam pada Ahad (5 Januari) lalu.

Apa yang menjadi perhatian adalah dia yang baru sahaja berusia 16 tahun berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM200,000 selepas menyertai pertandingan tersebut buat kali ketiga.

Masuk Pertandingan Memancing Bersama Ayah & Datuk

Kongsi pemuda yang berasal dari Selayang itu, dia datang menyertai pertandingan tersebut bersama bapa dan datuknya.

Malah, ketika ditanya apa perancangan yang akan dibuat dengan duit tersebut, dia tiada rancangan lagi pada ketika itu.

Pemenang Ditempat Kedua & Ketiga Turut Bawa Pulang Wang Tunai

Melalui perkongsian itu juga, dapat dilihat pemenang di tangga kedua dan ketiga turut membawa pulang wang tunai yang dimenangi masing-masing berjumlah RM18,000 dan RM8,000.

Sama seperti Hakim, kedua-dua mereka bukanlah kali pertama menyertai pertandingan tersebut.

Menerusi video berasingan, dapat dilihat seorang lelaki yang dipercayai penganjur memasukkan wang tunai berjumlah RM200,000 ke dalam sebuah peti dipercayai untuk dibawa pulang individu terbabit.

Kemenangan Remaja Undang Pelbagai Reaksi

Video yang telah mendapat lebih 752,000 tontonan nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, majoriti pengguna teruja dengan kemenangan wang tunai yang dimenangi oleh Hakim.

Apatah lagi remaja berkenaan baru sahaja menginjak usia 16 tahun dan telah berjaya memegang wang tunai sebanyak itu.

Malah, ada yang memberi pendapat agar remaja berkenaan boleh menyimpan duit tersebut atau menampung perbelanjaan ibu bapa untuk menunaikan umrah.

Namun, ada pula netizen yang mempersoalkan status halal duit tersebut hingga dan menganggap ia dari sumber judi.

Duit Yuran Penyertaan Dijadikan Sumber Hadiah Adalah Judi – UAI

Sekadar info, sekiranya duit yuran penyertaan pertandingan memancing digunakan sebagai sumber hadiah, maka ia adalah satu bentuk perjudian.

Menurut pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI), jika yuran penyertaan itu digunakan untuk manfaat peserta dan tidak digunakan sebagai hadiah, ia tidaklah haram digunakan.

“Kita buat pertandingan memancing, seorang kena bayar contohnya RM100, masuknya (penyertaan) 1,000 orang, kita akan dapat RM100,000.

“Diambil RM30,000 untuk hadiah, RM20,000 untuk urusan lain (gaji budak-budak, bayar jorang), RM20,000 buat beli hadiah (mesin basuh, mesin pengering, kipas angin),

“RM20,000 buat hadiah wang tunai, tempat pertama RM3,000, tempat kedua RM5,000, tempat ketiga RM10,000.

“Peserta yang bernasib baik dia hanya bayar RM100 tapi dapat ikan. Dia dapat duit tadi RM10,000 contohnya.

“Orang yang tak bernasib baik, RM100 tadi hilang, yang RM100 tadi duduk dalam RM10,000 itu.

“Maka, dia tidak bernasib baik hilang harta, yang bernasib baik dapat balik harta dia dan harta orang pula, itu judi namanya, dosa besar kena laknat,” kata beliau.

Tidak Dianggap Judi Sekiranya Yuran Penyertaan Digunakan Manfaat Untuk Peserta

Namun, ia bukanlah dianggap sebagai judi sekiranya yuran penyertaan itu bukan dijadikan sebagai rebutan sebaliknya digunakan manfaat kepada peserta.

“Yang tidak judinya macam ni, duit peserta bukan untuk hadiah rebutan, duit peserta untuk bayar sewa.

“Kalau main futsal, bayar gelanggang atau duit semua tu di beli t-shirt untuk semua orang. Hadiah disediakan oleh pihak ketiga contoh hadiah kerajaan support.

“Yang tak boleh hadiah daripada yuran itulah kita berebut, itu haram, judi,” katanya.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Kalau Aku Dapat, Aku Bawa Family Pergi Umrah”

“Duit Halal Ke, Bukan Judi Kan?”

“Allah SWT Dah Tentukan Rezeki HambaNya Tak Kira Umur & Waktu, Tahniah Atas Rezeki Adik & Pemenang Yang Lain”

“Emak Punya Gelang Jangan Lupa Ye Dik, Ayahnya Kereta Sport Rim Nak Tukar”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.