fbpx
Now Reading
“Saya Dah Tekan Minyak Kan?” – Gelagat Gadis Pertama Kali Belajar Bawa Kereta Atas Jalan Buat Ramai Terhibur [Video]

“Saya Dah Tekan Minyak Kan?” – Gelagat Gadis Pertama Kali Belajar Bawa Kereta Atas Jalan Buat Ramai Terhibur [Video]

Tidak hanya itu, ketika berada di persimpangan keluar, gadis tersebut menghadapi kesukaran dan takut untuk keluar daripada simpang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi kebanyakan orang, kali pertama mereka belajar membawa kereta adalah ketika mengikuti kelas memandu.

Malah di kelas itu juga, seseorang dapat mengetahui fungsi dan komponen kenderaan selain mempelajari undang-undang berkaitan jalan raya.

Pelbagai ragam dan gelagat individu dapat dilihat apatah lagi kebanyakan mereka baru pertama kali memegang stereng dan memandu kereta di jalan raya.

Takut Nak Bawa Kereta Sampai Tak Boleh Nak Pusingkan Stereng

Dek kerana baru pertama kali memandu kereta di jalan utama, seorang gadis kelihatan kekok ketika mahu menggerakkan kenderaan tersebut.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @azlandriving, gadis yang mengenakan pakaian berwarna merah jambu itu takut untuk menggerakkan kenderaan pada mulanya.

Malah, disebabkan rasa takut yang mendalam, kedengaran dia seolah-olah give up dan menyatakan hanya mahu menggunakan perkhidmatan e-hailing sepanjang hidupnya.

Namun, guru memandu gadis itu hanya tertawa dan terus memberikan arahan kepada gadis berkenaan untuk menggerakkan stereng kereta.

“Cikgu saya takut, saya nak kena pusing (stereng) ke ni. Ya Allah, saya macam tak boleh ada kereta je ni. Saya macam nak kena naik Grab je sepanjang masa,” kata gadis berkenaan.

Tak Pasti Dah Tekan Minyak Ke Belum

Lebih mencuit hati, gadis berkenaan juga tidak pasti sama ada dia telah menekan minyak atau tidak bagi menggerakkan kereta itu.

“Saya tekankan minyak? Saya dah tekan kan? Betul tak? Cikgu rasa tak? Cikgu kalau hari ini saya tak boleh (memandu), saya nak give up,” katanya lagi.

Namun, dia ditenangkan oleh guru memandu yang menyatakan bahawa dia telah menekan minyak dan kenderaan tersebut sedang berjalan.

Malah, disebabkan rasa takut yang mendalam, kedengaran gadis itu tersasul dan memberi jawapan salah ketika disoal oleh gurunya.

Turut kedengaran dia menjerit ketakutan lebih-lebih lagi ketika kereta yang dipandunya masuk ke simpang yang mempunyai longkang serta berselisih dengan kenderaan lain seperti lori.

Panik Bila Nak Keluar Dari Simpang

Tidak hanya itu, ketika berada di persimpangan keluar, gadis tersebut menghadapi kesukaran dan takut untuk keluar daripada simpang tersebut.

Malah, dia berulang-kali menyatakan tidak boleh dalam nada yang panik apabila diberi arahan untuk melihat sekeliling sebelum diminta keluar dari simpang oleh gurunya.

“Cikgu saya tak boleh, tak boleh cikgu,” katanya dalam nada yang hampir menangis.

Pun begitu, guru memandu gadis berkenaan sentiasa positif dan memintanya agar tidak perlu risau.

Takut Nak Masuk Laluan Utama Lepas Berhenti Tepi Jalan

Ada satu ketika, sewaktu gadis itu bersama gurunya berhenti di tepi jalan raya, dia menghadapi kesukaran untuk memasuki laluan utama.

Apa yang menjadi perhatian, dia panik apabila mendengar gurunya mengatakan bahawa dia sahaja yang boleh menentukan pergerakan kereta itu memandangkan hanya dia yang boleh meilihat kedatangan kenderaan lain.

Namun, gadis tersebut mengatakan bahawa dia lebih rela kekal di tepi jalan berbanding masuk ke laluan utama.

“Ala cikgu ni, tak keluar saya ni. Makin banyak la (kereta) cikgu. Ehh mungkin boleh (masuk laluan) cikgu. Alamak cikgu ada kereta dekat belakang,” katanya.

Walaupun berada dalam ketakutan, gadis berkenaan akhirnya berjaya memasuki laluan utama.

Ramai Terhibur & Boleh Relate Dengan Diri Sendiri Lihat Gadis Belajar Memandu

Video yang telah mendapat lebih 210,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat gadis berkenaan.

Malah, ada yang menyamakan diri mereka sendiri dengan gadis tersebut ketika pertama kali belajar membawa kereta.

Tidak hanya itu, ada pengguna yang turut berkongsikan pengalaman sendiri ketika mula-mula mempelajari cara membawa kereta.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Macam Tengok Diri Sendiri Wei, Dapat Dah Lesen P Tapi Hari Ujian JPJ Lah Hari Terakhir Saya Pegang Stereng”

“Jangan Risau Dik, Akak Dulu Macam Ni, Masih Tak Bawa Kereta. Satu Hari Arwah Suami Paksa Bawa”

“Cikgu Sempoi Bagi Semangat, Hari Tu Saya Dicarutnya Naik Grab Jela”

“Untung Auto Dik, Akak Dulu Manual, Dapat Cikgu Pun Boleh Tahan Garang”

“Dia Yang Bawa, Saya Pula Yang Gigil”

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Di Britain Lulus Ujian Teori Lesen Memandu Selepas Gagal 59 Kali

Baca Artikel Berkaitan: Aksi keluarga Ekori Gadis Jalani Ujian Memandu Buat Ramai Terhibur [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Bapa Teruja Anak Ambil Lesen Memandu, Siap Ikut & Intip Ketika Ujian JPJ [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.