fbpx
Now Reading
Allah Hantar Api Sebagai Tentera, Neraka ‘Jenguk’ Amerika Syarikat – Mufti Perlis [Video]

Allah Hantar Api Sebagai Tentera, Neraka ‘Jenguk’ Amerika Syarikat – Mufti Perlis [Video]

Menurut Dr Maza, belum sempat ‘neraka’ tiba di Timur Tengah, ia telah menjenguk Amerika Syarikat terlebih dahulu dengan kebakaran besar di Los Angeles, California.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Beberapa hari lalu, nama Presiden Amerika Syarikat (AS) terpilih, Donald Trump menjadi bualan di seluruh dunia selepas bersikap angkuh mahu menjadikan keseluruhan bandar Gaza dan Timur Tengah sebagai neraka.

Menurut Trump, dia akan berbuat demikian sekiranya Hamas tidak membebaskan tawanan Israel selewat-lewatnya pada 20 Januari.

Meskipun tidak menjelaskan tindakan yang bakal diambil, namun ia sudah cukup meresahkan penduduk Gaza yang rata-ratanya hanya tinggal sehelai sepinggang.

Malah ada yang khuatir kenyataan Trump akan menyebabkan Israel memperluas dan melipatgandakan serangan di saat rundingan gencatan senjata baru sahaja berlangsung di Qatar.

Sikap angkuh Trump memakan diri

Terbaharu Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali dengan panggilan Dr Maza menyifatkan sikap angkuh Trump telah memakan diri apabila hutan tebal di Los Angeles, California terbakar.

Dr Maza menerusi satu video yang dikongsikan di media sosial berkata, belum sempat ‘neraka’ tiba di Timur Tengah, ia telah menjenguk Amerika Syarikat terlebih dahulu dengan kebakaran besar di California yang juga negeri terkaya di negara itu.

“ALLAH SWT melakukan apa sahaja dikehendakiNya. Dua hari Los Angeles disambar api yang mana Gaza, Palestin memerlukan setahun enam bulan, (kejadian di Los Angeles) persis sepertimana disebutkan dalam surah Al-Baqarah.

“Kata Trump, tiada siapa mampu berhadapan dengan keupayaan, kekuatan dan kemajuan (AS). Namun, mereka tewas tidak berdaya hanya dengan angin yang meniupkan api lalu menerjah segala harta dan hiburan.

“Sekarang bukan sahaja Los Angeles, tetapi New York juga mula merasa akibatnya. Sebab itu jangan perlekeh orang yang dizalimi. Ya Allah! Musnahkanlah golongan yang zalim,” kata Dr Maza lagi.

16 disahkan terbunuh

Sebagai info, kebakaran besar di LA telah menyebabkan sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh.

Bukan itu sahaja ribuan kediaman dan bangunan hangus sehingga mencetuskan kegelisahan jutaan penduduk California.

Lebih parah lagi, meskipun pelbagai usaha telah dilakukan untuk memadamkan kebakaran termasuk menggunakan pesawat dan helikopter, kebakaran di Palisades – yang merupakan penempatan elit di California dilaporkan terus merebak dan kini menuju ke timur laut dan Lembah San Fernado yang padat dengan penduduk.

Setakat 12 Januari sahaja, lebih 10,000 hektar kawasan di California sudah hangus terbakar.

Trump sebelum ini dengan lantang mengkritik dan menggelar pihak berkuasa California sebagai tidak cekap dalam menangani kebakaran hutan di sana.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.