
Dihalau Keluar Dari Kapal Terbang, Khabib Tampil Beri Penjelasan [Video]
Khabib Nurmagomedov berharap syarikat penerbangan tersebut dapat membuat perubahan serta memberi layanan sebaiknya kepada para penumpang selepas insiden yang berlaku itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap penerbangan tidak kiralah mana-mana syarikat sekalipun pastinya mempunyai etika dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan perjalanan mereka lancar dan selamat.
Suka atau tidak, ia perlu dipatuhi oleh setiap penumpang di dalam pesawat berkenaan bagi mengelakkan berlakunya sebarang perkara tidak diingini yang boleh mengganggu perjalanan sepanjang berada di udara.
Malah apabila kru kabin menunjukkan demonstrasi keselamatan, penumpang juga perlu fokus dan peka sebagai langkah bersedia sekiranya berlaku kecemasan.
Peninju MMA Khabib Nurmagomedov Dihalau Keluar Dari Kapal Terbang
Menerusi satu video dimuat naik di laman TikTok (@nashar.mma), satu situasi yang tular melibatkan peninju popular dari Rusia, Khabib Nurmagomedov telah tersebar di media sosial ketika beliau dalam perjalanan dari Las Vegas ke Los Angeles.
Dalam video berkenaan, bekas juara Ultimate Fighting Championship (UFC) itu telah dihalau keluar dari sebuah kapal terbang ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Harry Reid, Las Vegas Amerika Syarikat pada 11 Januari lalu.
Khabib didakwa diarah keluar dari pesawat terbabit selepas terlibat dalam perselisihan faham dengan salah seorang pramugari berkenaan tempat duduknya yang dikatakan selari dengan pintu kecemasan.

Timbul isu mengenai perkara tersebut, kru kabin yang bertugas itu enggan membenarkan beliau berada di tempat duduk terbabit lalu mengarahkan Khabib untuk menukar tempat duduk lain atau diminta untuk keluar dari pesawat jika enggan mengikut arahan.
Malah, pramugari tersebut turut mempersoalkan sama ada beliau bersedia untuk membantu penumpang jika berlakunya kecemasan tanpa dijangka.
Akur dengan arahan itu, Khabib dilihat dengan tenang bangun dan keluar dari pesawat sambil diiringi oleh kru kabin.
@nashar.mma UFC Champion Khabib was REMOVED from a PLANE following a dispute with a flight attendant ✈️❌🤦🏼♂️ #khabib #khabib_nurmagomedov #ufc #mma #mmafighter #plane #flight #breaking #news #breakingnews
♬ original sound – NasharMMA
Khabib Keluar Kenyataan Mengenai Isu Yang Berlaku
Menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram milik Khabib (@khabib_nurmagomedov), peninju itu menjelaskan situasi yang berlaku adalah melibatkan syarikat penerbangan Fly Frontier dan bukanlah Alaska Air seperti yang tular.
Jelasnya, perselisihan faham itu terjadi apabila dia didatangi oleh seorang pramugari yang dikatakan bertanya soalan dalam nada yang agak kurang beradab.
“Walaupun saya boleh bercakap dalam bahasa Inggeris, boleh faham semua yang diperkatakan, tetapi mereka masih nak minta saya tukar tempat. Saya tak pasti sama ada ini disebabkan oleh isu bangsa, kewarganegaraan atau sebaliknya,” ujar Khabib dalam kenyataannya di laman Instagram.
Tambah Khabib lagi, kru kabin berkenaan memanggil pengawal keselamatan untuk menghalaunya keluar dari pesawat.
Selepas apa yang berlaku, peninju tersebut berharap anak kapal di syarikat penerbangan berkenaan untuk membuat perubahan dan memberi layanan sebaiknya kepada para penumpang.
“Saya naik penerbangan lain lepas 1.5 jam. Saya sudah buat yang terbaik untuk kekal tenang dan menghormati mereka seperti mana yang anda tengok dalam video.
“Tapi kepada kru kabin terbabit, anda patut buat lebih baik selepas ini dan beri layanan yang baik kepada penumpang,” luah Khabib.
Masyarakat Puji Bagaimana Khabib Kawal Diri Ketika Perselisihan Faham Itu
Menjengah ke ruangan komen di hantaran Instagram milik Khabib, rata-rata netizen memberikan pujian selepas melihat peninju berkenaan kekal tenang dan sabar semasa berdepan dengan situasi yang kurang menyenangkan itu.
Malah, mereka turut tabik dengan respon yang diberikan oleh bekas juar UFC itu tanpa melibatkan sebarang pergaduhan fizikal atau berkata kasar.
“Tabik hormat pada Khabib. Dia berjaya kawal situasi dengan matang dan cuba menegakkan keadilan buat dirinya dengan penuh sopan santu walaupun dilayan dengan tidak adil,” kata pengguna media sosial.

Siapa Sebenarnya Khabib Nurmagomedev Ini?
Sebagai info, Khabib Nurmagomedov atau nama sebenarnya Khabib Abdulmanapovich Nurmagomedov yang dilahirkan pada 20 September 1988 merupakan bekas atlet bela diri campuran profesional dari Rusia.
Memegang rekod sebagai juara kelas lightweight Ultimate Fighting Championship (UFC) yang tidak pernah kalah pada 2021 dengan rekod 29-0, Khabib, 36, merupakan peninju MMA Islam pertama yang berjaya memenangi UFC dan mengalahakn pesaing terkenal iaitu Conor McGregor.
Malah pada September lalu, Khabib juga berkesempatan ke Malaysia selepas dijadualkan terlibat dalam ‘Khabib Nurmagomedov LIVE in Malaysia 2024’ di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL).
Kehadiran beliau ke Malaysia ini merupakan penampilan sulung Khabib dari Russia ke Malaysia dan telah mengujakan para peminat di Malaysia.