fbpx
Now Reading
“Dua Rider Sekali Tumbang” – Keadaan Jalan Berlubang Teruk Hingga Sebabkan Kemalangan Raih Perhatian [Video]

“Dua Rider Sekali Tumbang” – Keadaan Jalan Berlubang Teruk Hingga Sebabkan Kemalangan Raih Perhatian [Video]

Menerusi hantaran berasingan, pemilik video memaklumkan telah ada dua orang penunggang motosikal mengalami kemalangan akibat jalan yang berlubang itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut sahaja tentang kemalangan jalan raya, ramai yang berpendapat punca utama kejadian tersebut adalah disebabkan sikap pengguna itu sendiri.

Namun, keadaan jalan yang tidak elok seperti beralun atau berlubang juga boleh menjadi penyebabnya.

Walaupun pengguna telah berhati-hati dan memandu mengikut kadar kelajuan yang ditetapkan, keadaan jalan sebegini boleh menyebabkan pemandu hilang kawalan hingga berlakunya kemalangan.

Malah, kenderaan juga berisiko mengalami kerosakan teruk sekiranya melalui jalan sedemikian.

Jalan Berlubang Teruk Hingga Ada Kereta Yang ‘Melambung’

Semalam (12 Januari), tular di media sosial keadaan jalan yang berlubang teruk hingga menjadi perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @hafizulmuizz, dapat dilihat beberapa buah kereta kelihatan ‘melambung’ ketika melalui sebuah jalan di Johor Bahru, Johor.

Ini kerana laluan tersebut dilihat mempunyai lubang besar yang dipenuhi dengan air hingga menyebabkan pengguna sukar untuk mengesan lubang tersebut.

Melalui perkongsian itu, beberapa kereta seperti Perodua Kancil, Bezza, Myvi, Toyota Yaris dan Honda City dilihat seakan-akan ‘melambung’ kerana tidak dapat mengelak dari melanggar jalan yang ‘berkawah’ itu.

Pun begitu, ada pemandu yang dilihat sempat memperlahankan kenderaan mereka dan cuba mengelak daripada melanggarnya.

“Tak boleh nak buat apa, kalau dekat boleh kita cari jalan penyelesaian,” tulisnya menerusi ruang kapsyen.

Pada akhir video berkenaan, dapat dilihat sebuah kon berwarna merah diletakkan pada lubang tersebut bagi memastikan pengguna peka dengan keadaan jalan itu.

@hafizulmuizz

tak bulih nk buat apa. kalau kita dekat bulih kita cari penyelesaian. #hujan🌧️ #johorbahru #hariini

♬ bunyi asal – pipshunterz7 – Piphunterz7

Dah Ada Motosikal Yang Jatuh Kerana Lubang Berkenaan

Namun, pengguna itu memaklumkan telah ada dua orang penunggang motosikal mengalami kemalangan akibat keadaan jalan sedemikian.

Melalui hantaran berasingan, seorang penunggang motosikal telah terjatuh dan dibantu oleh pengguna jalan raya yang lain.

“Depan mata dua buah sekali tumbang, punya dalam lubang. Hati-hati yang menunggang motor ketika hujan, risikonya boleh terbabas,” tulisnya lagi.

Difahamkan, jalan berlubang itu berlaku di hadapan Kilang Intech, Tebrau 4, Johor Bahru, Johor.

Malah, ada pengguna memaklumkan laluan tersebut dikatakan telah diperbaiki sebelum ini namun ia kembali rosak.

@hafizulmuizz

depan mata 2 buah sekali tumbang, punya dalam lubang, Hati2 yg menunggang motor waktu hujan. risikonya 💯 peratus bulih terbabas . #johorbahrumalaysia🇲🇾 #tebraujohor #Rider

♬ suara asli – somadsyarif691 – somadsyarif691

Ramai Risau Lihat Keadaan Jalan Berlubang Teruk

Video yang telah mendapat lebih 625,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa risau melihatkan keadaan jalan berlubang itu apatah lagi ia boleh memberi kesan kepada pengguna antaranya seperti kemalangan jalan raya.

Malah, ada di antara mereka yang pernah melalui jalan tersebut turut berkongsikan pengalaman sendiri mengalami kemalangan serta kenderaan rosak teruk disebabkan lubang berkenaan.

Tidak kurang juga ada yang berpendapat pemilik video itu melalukan sesuatu seperti membuat laporan kepada pihak berkaitan bagi memperbaiki laluan berkenaan.

Boleh Buat Tuntutan Jika Langgar Jalan Berlubang

Tahukah anda, individu boleh membuat tuntutan jika terlanggar halangan atau jalan berlubang hingga berlakunya kecederaan atau kerosakan pada kereta?

Menurut seorang peguam tuntutan kecederaan kemalangan jalan raya, Nur Aqilah Zainal Abidin, pengguna mempunyai hak untuk menuntut ganti rugi am atau khas.

“Kebanyakan pengguna jalan raya di Malaysia masih belum mempunyai pengetahuan mengenai hak mereka dalam kes sebegini.

“Pengguna jalan raya mengalami kemalangan akibat lubang dan halangan seperti besi atau dahan pokok di jalan raya menyebabkan kecederaan mahupun sebarang bentuk kerugian, pengguna boleh menuntut ganti rugi am dan khas daripada pihak yang bertanggungjawab terhadap jalan itu,” katanya yang dipetik dari Harian Metro.

Tuntutan Tidak Layak Dibuat Berdasarkan Keadaan Tertentu

Jelas Aqilah, mereka yang terlibat boleh membuat tuntutan bagi tempoh enam bulan hingga lebih setahun bergantung kepada dokumen yang diperlukan contohnya seperti laporan polis atau perubatan dari hospital dan klinik.

“Pengguna perlu membuat laporan polis terlebih dulu dan memberitahu polis trafik tujuan membuat laporan untuk membuat tuntutan ganti rugi am dan khas di mahkamah daripada pihak yang bertanggungjawab.

“Kemudian, polis trafik akan ke tempat kemalangan dan membuat siasatan seperti mengambil gambar kemalangan dan gambar lubang atau halangan di jalan itu.

“Siasatan dan dokumen polis penting dalam membuat tuntutan kepada pihak yang bertanggungjawab tadi,” jelasnya.

Walaubagaimanapun, seseorang itu tidak layak untuk membuat tuntutan tersebut sekiranya pihak berkaitan telah meletakkan amaran atau simbol bahawa terdapat halangan di hadapan.

“Sekiranya pengguna gagal mengambil perhatian dan peka terhadap amaran itu, ia dikatakan kecuaian sendiri dan tidak layak membuat tuntutan ganti rugi,” katanya lagi.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Boleh Rosak Tayar Kereta, Bukan Tu Je Yang Rosak, Bahagian Lain Pun Boleh Rosak Tau”

“Nasib-Nasib, Patah Rim Motosikal Saya Pagi Tadi”

“Hati-Hati Bila Menunggang Atau Memandu Di Jalan Raya Kerana Lopak Air Yang Bertakung Tu Kita Tak Perasan”

“Mana Pihak Berwajib”

“Ini Kalau Kena, Boleh Saman Dengan Pihak Terbabit, Yang Penting Report Polis”

Baca Artikel Berkaitan: Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Baca Artikel Berkaitan: “Terima Kasih Orang Baik” – Misi Rakyat Beli 100 Guni Tar Untuk Tampal Jalan Berlubang Raih Pujian Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Mana Pihak Bertanggungjawab?” – Lelaki Persoal Lepas Lihat Batang Paip Terkeluar Dari Jalan Utama [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.