
Eksperimen Sosial: Ramai Tersentuh Lihat Rakyat Malaysia Hulur Sedekah Kepada Lelaki Tak Makan 2 Hari [Video]
Walaupun segelintir bertindak menghalau lelaki tersebut, namun ramai juga peniaga gerai yang prihatin dan bertindak membelanjakan makan kepada individu itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Rakyat Malaysia dengan sikap mereka yang murah hati berpisah tiada. Meskipun dengan orang yang tidak dikenali, ramai di kalangan masyarakat yang sudi membantu atas belas ihsan sesama manusia.
Seperti sebelum ini, dua orang individu telah bertindak membelanja kanak-kanak perempuan makan selepas mengetahui ibunya tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli juadah makanan.
Walaupun ia sebenarnya adalah satu eksperimen sosial, namun sikap mereka yang prihatin serta bertimbang rasa sewajarnya dicontohi oleh orang ramai.
Baca Artikel Berkaitan: “Ibu Tak Cukup Duit” – Tindakan Individu Belanja Kanak-kanak Makan Buat Ramai Sebak
Eksperimen Sosial Lelaki Minta Makanan Lepas 2 Hari Tak Alas Perut
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@selfawarenesscentre) menyaksikan satu eksperimen sosial melibatkan seorang lelaki yang sudah tidak makan selama dua hari.
Menerusi video perkongsian, kelihatan lelaki tersebut bertanya kepada beberapa peniaga gerai sama ada mereka mempunyai lebihan makanan yang boleh diberikan kepadanya memandangkan dia tidak menjamah makanan buat beberapa hari.
Namun, segelintir daripada golongan itu dengan pantas berkata mereka tidak mempunyai makanan untuk diberi selain menghalau lelaki berkenaan daripada kawasan terbabit.
Ramai Peniaga & Pekerja F&B Kongsi Rezeki
Meskipun ramai bertindak menghalau lelaki yang berlakon sebagai gelandangan itu, tetapi ada juga sesetengah rakyat Malaysia yang sudi menghulurkan bantuan.
Seorang peniaga wanita dilihat menawarkan individu berkenaan makanan walaupun dia memberitahu tidak mempunyai wang di tangan. Bukan itu sahaja, seorang lagi penjaja kedai burger juga dilihat melakukan perkara sama.
Lebih mengundang perhatian apabila seorang pekerja restoran mamak tidak berkira untuk membelanja makan walaupun mencecah RM50.
“Tak mengapa awak boleh makan. Kalau belanja sampai RM50 pun saya tak kisah,” ujar staf kedai makan itu.
Untuk info, perkongsian ini telah mencuri perhatian ramai iaitu mendapat sebanyak 1.3 juta tontonan setakat artikel ini ditulis (13 Januari).
@selfawarenesscentre I haven’t eaten anything for two days! #homeless #food #chase #emotional #sad #viral #fyp #trending #socialexperiment @Vivekananda ♬ original sound – selfawarenesscentre
Ramai Puji Sikap Masyarakat Yang Prihatin Terhadap Golongan Susah
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai tersentuh dengan sikap baik hati rakyat Malaysia yang tidak berkira berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.
“Dunia ni masih ramai orang ada hati yang baik. Seronok tengok. Kudos untuk semua (yang bantu),” ujar seorang lelaki.
Malah ramai juga berkata mereka mahu menyokong bisnes-bisnes yang sudi memberi makanan kepada lelaki berkenaan.
“Tolong letak senarai nama dan alamat restoran-restoran. Biar orang ramai sokong kedai makan yang baik ni,” kata seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, segelintir individu turut berpendapat konten sebegini mampu meningkatkan kesedaran selain membuka mata orang ramai untuk sentiasa berbuat baik antara satu sama lain.













Sedekah Akan Tambahkan Rezeki Seseorang
Amalan bersedekah sesama manusia adalah satu perkara mulia tidak kiralah dari aspek wang, pakaian, makanan dan sebagainya. Bahkan, amalan bersedekah ini juga akan menambahkan lagi rezeki anda.
Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ”
Maksudnya: “Sedekah tidak akan mengurangkan harta.”
[Riwayat Muslim (2588)]
Memetik perkongsian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), berikut adalah antara kelebihan amalan bersedekah di sisi agama Islam:
- Bukti keimanan hamba kepada Allah SWT
- Menghapuskan dosa seseorang
- Mendapat naungan di Hari Akhirat
- Menjauhkan seseorang daripada api neraka
- Masuk syurga melalui pintu sedekah
- Terselamat daripada musibah
- Ubat kepada sebarang penyakit
- Terlindung daripada kematian yang buruk
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Bayar Tapi Tak Ambil Seekor Pun..” – Pemuda Dipuji, ‘Beli’ Semua Ikan Dijual Peniaga Ini Siap Hulur Sumbangan
Baca Artikel Berkaitan: Kanak-kanak Ini Belanja 35 Anak Yatim McDonald’s Guna Duit Hasil Jual Mainan. Baiknya!