
“Hantar Saja & Jarak Kurang 10KM” – Wanita Ini Terkedu Servis Hantar Anak Ke Sekolah Naik Kereta Tinggi Meroket, RM400!
Jelas wanita berkenaan, caj RM400 hanya untuk servis penghantaran ke sekolah sahaja serta jarak yang kurang daripada 10 km bagi tempoh Isnin hingga Jumaat untuk seorang anaknya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pada masa kini, bukan hanya suami sahaja yang bekerja tetapi para isteri juga turut sama keluar mencari nafkah bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.
Buat mereka yang terlibat dengan situasi sebegini, urusan persekolahan anak-anak kebiasaannya akan diuruskan oleh orang lain.
Contohnya, ada yang akan menempatkan anak di pusat transit sebelum mereka dihantar ke sesi persekolahan pada waktu petang atau mengupah orang bagi urusan penghantaran anak ke sekolah.
Sudah pastilah perkhidmatan sebegini ada harga yang perlu dibayar namun kadangkala caj yang dikenakan pula dilihat agak tidak berbaloi dan masuk akal.
Wanita Dicaj RM400 Bagi Servis Penghantaran Anak Sekolah Untuk Sehala Menggunakan Kereta
Itulah yang dialami oleh seorang wanita apabila dia dikenakan caj sebanyak RM400 bagi perkhidmatan penghantaran anaknya ke sekolah.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh wanita berkenaan di akaun Thread @energy_baz, dia bertanyakan kepada pengguna lain adakah normal harga sebegitu.
Jelas wanita berkenaan, caj tersebut adalah hanya untuk urusan penghantaran sahaja serta jarak yang kurang daripada 10 kilometer (km) bagi tempoh Isnin hingga Jumaat untuk seorang anaknya.
Penghantaran Anak Sekolah Menggunakan Kereta
Malah, melalui tangkap layar perbualan bersama penyedia perkhidmatan tersebut, anak wanita berkenaan akan dihantar menggunakan kereta.
Namun, sebaik sahaja dia mengetahui harga yang dikenakan adalah sebanyak RM400 sebulan, dia dilihat memohon maaf kerana harga tersebut di luar bajetnya.
“Terkejut sekejap tengok harga. Normally, berapa range harga untuk transport anak ke sekolah? Hantar sahaja dan jarak kurang dari 10km,” tanya wanita itu menerusi ruang kapsyen.

Pengguna Media Sosial Mempunyai Pendapat Tersendiri
Mengintai ke ruangan komen, pengguna media sosial masing-masing mempunyai pendapat tersendiri berhubung hantaran tersebut.
Ada yang beranggapan harga RM400 itu agak mahal dan disifatkan sebagai melampau. Malah, ada yang turut berkongsi harga yang dibayar oleh mereka sendiri yang dilihat jauh lebih murah iaitu bawah RM100.
Tidak kurang ada juga yang merasakan harga sebegitu amat berpatutan apatah lagi anak wanita tersebut dihantar menggunakan kereta.
Namun, ada pengguna yang berpendapat wanita tersebut boleh membuat semakan menerusi aplikasi e-hailing bagi melihat harga sebenar kos penghantaran ke sekolah anaknya dan membandingkan kos tersebut dengan caj RM400 itu.
Dah Buat Semakan Harga Menerusi Aplikasi e-Hailing
Menerusi hantaran terkini, wanita berkenaan menjelaskan telah membuat semakan harga menerusi aplikasi e-hailing.
Kongsi wanita itu, berdasarkan semakannya menerusi aplikasi berkenaan, harga sebulan bagi jarak dari rumah ke sekolah hanyalah sekitar RM200 sebulan.
Malah, dia turut menjelaskan bahawa dia sebenarnya mahu mencari perkhidmatan van atau bas sekolah bagi urusan penghantaran anaknya itu.
“Lebih tepat, jarak perjalanan 6.4 km sehala sahaja. Sekolah sesi petang dan kawasan rumah bukanlah bandar kerana ia kawasan baru. Saya mencari van atau bas sebenarnya.
“Kalau check rate (kadar) Grab ke sekolah pada waktu yang sama, baru je RM9 ke RM10, kira-kira untuk sebulan RM200.
“Tambahan RM200 tu takkan la kita yang kena cover maintenance cost kereta dia, sebab tu pada mulanya saya terkejut.
“Tapi bila baca komen, mungkin bagi setengah lokasi tapi still tak logic RM400 untuk sehala,” kongsinya lagi.

Berikut antara komen pengguna Thread:
“Mahalnya, Zaman 2013 RM80 Je, Zaman 2025 Naik Sampai RM400, Keras Betul”

“Nak Tengok Logik Ke Tak Harga Tu Senang je, Try Guna Grab, Kalau Grab One Way Dah RM17, Sebulan Dah Berapa, Logik Je”

“Ini Kereta Persendirian Atau Van Sekolah? Saya Punya RM160 Pergi Balik Dalam Jarak 6.5 Km”

“Habistu You Nak Sebulan RM40 Je? Aduhai Fikir La Sikit Benda Kita Nak Suruh Orang”

“Kereta Kan? Bukan Van Atau Bas, Sebab Paling Ramai Dia Boleh Bawa Trip Pun 4 Orang”

Baca Artikel Berkaitan: Pengusaha Bas Sekolah, Bas Ekspres & Bas Persiaran Tiada Sebab Untuk Naikkan Kadar Tambang, Kata Anthony Loke
Baca Artikel Berkaitan: ‘Tak Kerja Nak Makan Apa?” – Desakan Hidup Dorong Wanita Umur 60 Tahun Jadi Pemandu Bas Sekolah Haram