
Lelaki Kencing Di Pemegang Eskalator MRT Di Singapura Buat Ramai Bengang [Video]
Lelaki yang membuang air kecil di eskalator stesen MRT Outram Park pada 10 Januari lalu telah ditahan oleh pihak polis Singapura.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Zaman sekarang ini, macam-macam ragam manusia yang agak pelik berlaku di tempat awam sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat setempat.
Lebih mengeruhkan keadaan apabila tindakan mereka itu mengakibatkan bau yang tidak enak dan mengganggu ketenteraman awam.
Sebagai contoh, wujud segelintir pelancong dari China yang dilihat tanpa segan silu membuang air besar di tempat terbuka tanpa membersikan najis mereka itu.
Baca Artikel Berkaitan: “Pengotor Betul” – Netizen Geram Pelancong Wanita Selamba Buang Air Besar Di Perkarangan Homestay
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Selamba Kencing Di Parkir, Guna Pintu Jadi Penghadang
Lelaki Selamba Kencing Di Pemegang Eskalator Di Singapura
Menerusi hantaran dimuat naik di laman grup Facebook Complaint Singapore, pengguna MRT di Singapura menjadi saksi kepada satu insiden di mana mereka ternampak seorang lelaki selamba membuang air kecil di tempat tidak sepatutnya iaitu di tempat pemegang eskalator.
Kejadian itu berlaku di stesen MRT Outram Park pada 10 Januari lalu sekitar jam 10:03 malam berhampiran pintu Exit 3.
Selepas melihat apa yang berlaku, salah seorang daripada mereka melaporkannya kepada petugas kaunter dan seorang lagi terus memerhatikan perlakuan lelaki berkenaan.

Individu yang memerhatikan si pelaku itu cuba untuk berdepan dengan lelaki terbabit tetapi tidak sempat kerana dia terus melarikan diri menggunakan lif selepas menyedari perbuatannya diperhatikan.
Selepas pemeriksaan dilakukan, memang sah bahawa pemegang eskalator di stesen MRT berkenaan telah dicemari dengan air kencing milik lelaki berkenaan.
Berlaku Perselisihan Faham Antara Pihak Pengurusan
Walau bagaimanapun ketika laporan dibuat di kaunter MRT berhampiran Exit 7 dan 8, kakitangan SMRT memaklumkan bahawa mereka tidak bertanggungjawab dengan isu yang terjadi di Exit 3 itu.
Jelas staf itu lagi, sebarang perkara yang berlaku di sana adalah di bawah pengurusan pihak SBS Transit.
“Mereka kata mereka hanya boleh memaklumkan insiden itu kepada pihak SBS Transit. Agak membimbangkan juga kerana pengendali yang berbeza ini boleh menyebabkan sesuatu insiden tidak dapat ditangani dengan segera,” ujarnya.
Tambah pengguna Facebook itu lagi, pihak SBS Transit serta SMRT perlu mengkaji semula prosedur bagi memudahkan penumpang membuat laporan jika berlaku sesuatu pada masa akan datang.

Ramai Luah Rasa Jijik Dengan Perbuatan Lelaki Itu
Rata-rata pengguna Facebook menganggap tindakan lelaki yang sesuka hati membuang air kencing di eskalator itu sebagai satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan boleh mencemarkan kebersihan di stesen berkenaan.
Tindakannya juga membuatkan sesetengah netizen berpendapat ia boleh menjejaskan kualiti kehidupan di Singapura daripada dunia kelas pertama kepada dunia kelas ketiga.
Pada masa yang sama, sesetengah pengguna media sosial berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang sewajarnya kepada si pelaku.
Selain itu, seorang netizen pula mempertikaikan cara SMRT menguruskan kes yang dilaporkan kepada mereka.
“Sebagai staf SMRT yang sedang bertugas, mereka sepatutnya mengambil tindakan dan melaporkannya kepada pihak SBS. Bukan tolak kes macam tu je,” ujar pengguna Facebook.


Pelaku Sudah Ditangkap Oleh Pihak Polis Di Singapura
Memetik laporan The Strait Times, lelaki berusia 41 tahun itu telah ditahan selepas didapati melakukan perbuatan yang menganggu orang ramai pada 10 Januari di stesen MRT Outram Park.
Pihak polis mengesahkan bahawa laporan telah dibuat dan memaklumkan mereka telah mengenal pasti identiti lelaki tersebut.
Kes berkenaan kini masih dalam siasatan.