fbpx
Now Reading
“Ngeri!” – Kontena Terpisah Dari Kepala Treler Buat Ramai Mengucap Panjang [Video]

“Ngeri!” – Kontena Terpisah Dari Kepala Treler Buat Ramai Mengucap Panjang [Video]

Kejadian kontena tercabut secara tiba-tiba dari kepala lori itu dipercayai berlaku sekitar Taman Yayasan Kamunting, Perak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kes melibatkan kemalangan kenderaan berat dilihat semakin meningkat. Ada yang disebabkan tayar lori yang pecah, tidak jaga jarak, jalan bermasalah dan banyak lagi.

Sebelum ini, satu insiden kemalangan dilaporkan berlaku di Pasir Penambang, Kuala Selangor apabila sebuah kenderaan jenis MPV Toyota Alphard dirempuh oleh sebuah treler.

Lori yang hilang kawalan itu kemudiannya terhempas secara melintang dan menghempap sebuah kereta jenis Proton Saga yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Difahamkan, pemandu lori dan kereta Proton Saga dalam kemalangan terbabit cedera parah di bahagian kepala, leher serta tangan. 

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lori Tangki Terbalik Hempap Kereta Berhenti Di Lampu Isyarat

Kontena Tercabut Secara Tiba-tiba Dari Kepala Lori

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Facebook Dunia Info Kini menyaksikan situasi cemas yang berlaku di sebuah jalan raya dipercayai sekitar Taman Yayasan Kamunting, Perak.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu, kelihatan sebuah lori kontena sedang bergerak dengan kelajuan yang biasa di jalan raya tersebut. Namun siapa sangka, kontena pada bahagian belakang kenderaan berat itu secara tiba-tiba tercabut daripada kepala lori.

Kontena yang terpisah itu kemudian terjatuh pada jalan raya tersebut. Walau bagaimanapun tiada kemalangan jiwa berlaku susulan kejadian itu.

Kelihatan seorang penunggang motosikal yang berada di belakang lori berkenaan nyaris merempuh kontena terbabit namun sempat brek dan mengelak daripadanya.

Sebuah lagi lori kontena yang turut berada di belakang kenderaan berat tersebut juga dilihat sempat berhenti sebelum berlaku perlanggaran. Insiden ngeri ini kemudiannya telah mendapat perhatian ramai selepas dimuat naik semula di laman X (Twitter).

Ramai Bimbang Lihat Kontena Tercabut Di Tengah Jalan Raya

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai berasa berang dengan tindakan pemandu yang didakwa cuai dan terlepas pandang tentang keadaan kontena sebelum memulakan perjalanan.

“Aku selalu tengok video pemandu (lori) Scania dekat YouTube. Dia memang akan periksa lori sebelum mulakan perjalanan. Jadi dalam kes ni mungkin salah pemandu tak periksa atau ikut SOP (tatacara operasi standard) yang betul,” kata seorang lelaki.

Malah, ramai juga melauhkan rasa seriau dan bimbang untuk memandu di belakang lori atau treler selepas ini.

“Sejak dari video kontena yang pertama hari itu memang tak akan dekat dah dengan diorang ni. Memang ada trust issue dengan semua lori gedabak. Kontena mahu pun treler,” ujar seorang pengguna X.

Sementara itu, ramai juga berasa lega selepas melihat penunggang lori sempat mengelak daripada merempuh kontena tercabut itu.

“Weh motor tu bahaya betul. Ikut rapat tu. Belakang dia dah la lori juga. Nasib umur panjang,” kata seorang warganet.

Sumber: X

Kenderaan Perdagangan Perlu Pemeriksaan Berkala

Untuk info, Akta Pengangkutan Jalan 1987 mewajibkan semua kenderaan perdagangan termasuklah lori dan treler menjalani pemeriksaan berkala di Puspakom (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer) setiap enam (6) bulan.

Ketika pemeriksaan, pihak Puspakom akan memeriksa bahagian-bahagian penting pada kenderaan selain melakukan beberapa bagi memastikan ia mengikut standard yang ditetapkan.

Pemeriksaan Puspakom. Sumber: Malay Mail

Ini termasuklah pemeriksaan bahagian atas yang merangkumi sistem brek; tayar serta gandar; sistem enjin; badan kenderaan selain pelbagai ujian seperti brek; meter laju; gelincir sisi dan lain-lain lagi.

Sekiranya ia dalam kondisi memuaskan dan mengikut undang-undang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), barulah pihak pemeriksa akan memberikan kelulusan dan kebenaran untuk kenderaan tersebut digunakan.

Baca Artikel Berkaitan: Trend Kemalangan Disebabkan Tayar Lori Cetus Kebimbangan

Baca Artikel Berkaitan: PUSPAKOM Digempur JPJ, 2 Kakitangan Dipanggil Rakam Keterangan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.