fbpx

Ramai Boleh Relate Luahan Wanita Tentang Budaya Cop Parkir Di Rumah Flat [Video]

Dakwa wanita itu, ada segelintir penduduk terbabit sanggup bergaduh hanya kerana tidak menurunkan brek tangan ketika di tempat parkir.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Budaya cop parkir bukanlah isu yang baru berlaku dalam masyarakat. Seringkali kedengaran keluhan atau aduan individu khususnya mereka yang tinggal di kawasan kediaman seperti pangsapuri mengenai masalah ini.

Walaupun telah berulang kali diberi peringatan, masih ada segelintir yang tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan sama walaupun kotak parkir itu bukanlah milik mereka.

Kadangkala, golongan sebegini sanggup bertindak luar batas hanya kerana ditegur atau kotak parkir yang ‘dicop’ mereka diambil oleh orang lain.

Baca Artikel Berkaitan: Sikap Segelintir Penduduk Flat Guna Botol Air Untuk Cop Parking Buat Netizen Berang [Video]

Sanggup Bunyikan Hon Untuk Tempoh Lama Kerana Ada Orang Ambil Petak Parkir

Itulah yang dihadapi oleh seorang wanita apabila terpaksa menghadap kerenah penduduk di kediamannya.

Menerusi perkongsian di TikTok @ainjasminee, wanita berkenaan berkongsikan realiti sebenar kehidupannya yang tinggal di sebuah pangsapuri.

Melalui perkongsian tersebut, kedengaran bunyi hon kereta dibunyikan tanpa henti dipercayai dilakukan oleh salah seorang penduduk disitu.

Difahamkan, bunyi hon yang panjang itu adalah kerana kotak parkir milik mereka mereka diambil orang.

“Realiti duduk rumah flat murah. Ada mentaliti cop parking, bila parking dia orang lain masuk kena macam ni la (hon tanpa henti). Kalau orang tak muncul, setengah jam juga la bunyi honya,” kongsi wanita itu.

Siap Ada Yang Bergaduh Kerana Tak Turun Handbrake

Apa yang menjadi perhatian adalah wanita itu mendakwa ada segelintir penduduk terbabit sanggup bergaduh hanya kerana isu tidak menurunkan brek tangan ketika di tempat parkir.

“Kalau satu hingga dua jam tiada orang keluarkan kereta, sepanjang tu la hon non-stop.

“Haritu ada yang siap bergaduh dekat parking lot sebab tak turunkan handbrake,” tulisnya lagi.

Namun, sudah menjadi norma untuk pemandu menurunkan handbrake sekiranya kenderaan mereka yang diparkir menghalang laluan kereta lain atau diletakkan secara double park.

Ini kerana ia boleh memudahkan urusan orang lain yang terhalang untuk keluar masuk dari kawasan berkenaan. Ada juga yang meninggalkan nota yang mengandungi nombor telefon mereka.

Pernah Ada Pengalaman Sama Sewaktu Mula-Mula Datang Rumah

Malah, wanita itu turut berkongsikan pasangannya juga pernah mengalami perkara sama ketika datang ke rumah tersebut pada awalnya.

“Masa first time datang nak bersihkan rumah pun suami dah kena, sebab masa tu tak tahu lagi macam ni.

“Kesian dekat penduduk baru macam kami atau yang sewa. Memang double park je.

“Kalau balik terlalu malam, penuh double park sepanjang jalan, tiada kosong, kena parkir jauh,” kongsinya lagi.

@ainjasminee

Semoga ada rezeki lain akan datang buat kita , dan urusan kita dimudahkan #fyp #foryoupage #flat #reality #rumahmurah

♬ original sound – Jude Balce – Jude Balce

Ramai Kongsi Pengalaman Turut Berhadapan Situasi Sama

Video yang telah mendapat lebih 267,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa geram apabila mendengar bunyi hon yang panjang itu serta sikap pentingkan diri individu terbabit.

Malah, ada yang memberi pendapat agar wanita berkenaan berpindah ke kediaman lebih baik seperti kondominium yang pastinya mempunyai petak parkir khas untuk penduduk.

Namun, ada yang berpendapat, jenis kediaman bukanlah mempengaruhi keadaan sedemikian sebaliknya sikap individu itu sendiri.

Pada masa yang sama, ada juga netizen yang mahu dia terus melaporkan perbuatan segelintir penduduk di situ kepada pihak berkuasa.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Panggil Majlis Je Awak, Settle Kerja, Dia Ingat Duduk Rumah Flat Tu Dia Bayar Parking Ke”

“Bukan Duduk Flat Je Kak, Saya Duduk Rumah Landed Pun Sama Je, Ada Jiran Yang Park Depan Rumah”

“Rumah Landed Pun Ikut Luck, Kalau Perumahan Baru Ok La Lagi”

“Antara Sebab Aku Stres Duduk Flat. Balik Malam Sikit Dah Anxiety Takde Parking Kena Double Park”

“Pendapat Saya, Saya Lebih Real Keluar Modal Besar Sikit, Sewa Kondo, Lebih Selamaot”

“Semua Saya Dah Rasa Masa Duduk Flat Murah, Saya Terpaksa Keluarkan Modal Sikit Duduk Apartment Yang Ada Parkir Sendiri”

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Didakwa Cop Parking Berang ‘Tempatnya’ Diambil Pemandu Lain [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Dikecam, Dakwa ‘Cop Parking’ Di Kawasan Flat Adalah Normal [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Duduk Flat Selera Kondo” – Wanita Letak Tong Untuk ‘Cop Parking’ Dikecam Ramai [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.