
Rider Sanggup Batal ‘Order’ Pelanggan Demi Tolong Pakcik Alami Serangan Jantung [Video]
Rider GrabFood itu juga menunggu sehingga pakcik yang terkena serangan jantung tersebut dibawa masuk ke dalam ambulans oleh pihak hospital.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Rasa bersyukur sungguh tinggal di Malaysia kerana kebanyakan masyarakat di negara kita ini semuanya baik-baik belaka walaupun tidak saling mengenali antara satu sama lain.
Malah, perbezaan latar belakang dari segi agama mahupun bangsa tidak pernah menjadi penghalang buat rakyat Malaysia saling prihatin sesama masyarakat.
Sebagai contoh apabila berlakunya kemalangan jalan raya, pasti ramai pengguna akan segera memberikan pertolongan.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Eksperimen Sosial Lelaki Tak Makan 2 Hari, Ramai Individu Tampil Kongsi Rezeki
Baca Artikel Berkaitan: Air Tertumpah Dalam MRT, Pelancong Kagum Rakyat Malaysia Sama-sama Tolong Bersihkan
Baca Artikel Berkaitan: Anak 6 Tahun Contohi Ibu, Rajin Bantu Datuk Uzur Tanpa Diminta [Video]
Rider Penghantar Makanan Tolong Individu Alami Serangan Jantung
Kebaikan masyarakat Malaysia juga terserlah apabila tular video dimuat naik di laman TikTok (@firdausaswancarsproperty) di mana seorang rider penghantar makanan berdepan satu situasi semasa dia sedang bekerja.
Difahamkan rider berkenaan terserempak dengan seorang lelaki yang dikatakan mengalami sesak nafas akibat serangan jantung secara tiba-tiba.
Lebih menyentuh hati lagi, rider berkenaan juga sanggup membatalkan pesanan makanan yang diterima dari pelanggan semata-mata kerana mahu menyelamatkan mangsa berbaju merah itu.
Ditambah pula dengan cuaca hujan lebat, penghantar makanan tersebut memaklumkan kepada pakcik terbabit bahawa dia sudah menghubungi pihak ambulans dan memintanya untuk tunggu sebentar sebelum dibawa ke hospital.
Dalam video lain berdurasi 3:41 minit, rider GrabFood ini menunjukkan perkembangan ketika ambulan tiba di lokasinya sekitar jam 12:00 malam.
“Kita tak kira apa bangsa pun kita tolong, yang penting orang yang dalam kesusahan kita kena tolong macam mana pun. Uncle tu pun dah masuk ambulans. Alhamdulillah dapat tolong orang,” ujar pemilik video.
Masyarakat Puji Kebaikan Rider GrabFood Bantu Pakcik Alami Serangan Jantung
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan pengguna media sosial terharu melihat kebaikan yang dilakukan oleh penghantar makanan itu dalam menghulurkan pertolongan kepada pakcik yang mengalami serangan jantung itu.
Kebaikannya membuatkan ramai berterima kasih dan mendoakan agar dia dilimpahkan rezeki serta urusan dalam kehidupan dipermudahkan.
“Terbaik anak muda. Moga dimurahkan rezeki dan sentiasa dirahmati Allah SWT,” ujar netizezn.

Apa Itu Serangan Jantung?
Serangan jantung atau heart attack berlaku apabila saluran darah yang membekalkan darah kepada jantung tersumbat dan menyebabkan sel-sel otot jantung tidak mendapat bekalan darah untuk dipam.
Situasi ini akan menyebabkan sel-sel otot jantung menjadi lemah.
Jika masalah ini tidak dirawat dengan segera sehingga mengakibatkan sebahagian besar sel-sel otot tidak menerima oksigen, organ berkenaan tidak lagi dapat berfungsi untuk mengepam darah ke seluruh badan dan seterusnya boleh menyebabkan kematian.

Tanda-tanda Berlaku Serangan Jantung
Kebanyakan pesakit yang mengalami serangan jantung ini akan mengadu sakit di bahagian dada dan kesakitan itu merebak ke bahu kiri atau leher.
Pesakit perlu direhatkan supaya jantung tidak terus berdegup kencang dan menaikkan tekanan darah pada saluran tersumbat.
Mereka juga perlu dibawa ke hospital untuk mendapatkan terapi trombolitik atau Percutaneous Coronany Intervention(PCI).
Punca Serangan Jantung
Serangan jantung secara umumnya berpunca daripada kolesterol yang terkumpul dan membeku dalam saluran darah pada jantung.
Tips Untuk Mengelakkan Risiko Penyakit Jantung
Mencegah lebih baik dari merawat.
Oleh itu, sudah tiba masanya untuk anda mula mengambil berat tentang kesihatan diri dengan melakukan beberapa perubahan dalam gaya hidup bagi membantu mencegah atau mengurangkan risiko menghidap penyakit jantung yang dianggap sebagai ‘pembunuh senyap’.
Antara tips yang boleh dilakukan adalah:
- Perbanyakkan aktiviti fizikal.
- Mengamalkan diet yang sihat dan seimbang.
- Berhenti merokok.
- Kurangkan stres dalam diri.

Selain daripada perubahan gaya hidup yang boleh membantu mengurangkan risiko kardiovaskular, langkah pertama boleh dibuat untuk mula memantau kesihatan jantung adalah dengan menjalani peperiksaan saringan kesihatan yang merangkumi penilaian risiko jantung.
Semoga tahun 2025 ini menjadi tahun permulaan untuk anda lebih peka dan prihatin dalam menjaga kesihatan diri.
Baca Artikel Berkaitan: Doktor Ini Perjelas Perbezaan Antara Cardiac Arrest & Heart Attack
Baca Artikel Berkaitan: Ini Kesan & Risiko Penyakit Jantung Kardiovaskular Yang Perlu Anda Tahu
Baca Artikel Berkaitan: Uyaina Arshad Kongsi Kisah Masalah Kesihatan, Ajak Orang Ramai Buat Medical Checkup