fbpx
Now Reading
Tak Perlu Kalkulator! Budak Lelaki 5 Tahun Berjaya Jawab Soalan Matematik Dengan Tepat

Tak Perlu Kalkulator! Budak Lelaki 5 Tahun Berjaya Jawab Soalan Matematik Dengan Tepat

Kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Uwais Mohammad Zulqarnain mampu menyelesaikan 10 soalan matematik dengan tepat hanya kurang dari tempoh 60 saat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi kebanyakan orang, matematik merupakan antara mata pelajaran yang dianggap mencabar dan susah untuk dijawab.

Kadangkala, ada yang perlu menggunakan kalkulator bagi mendapat jawapan yang tepat walaupun perkiraan tidaklah terlalu rumit.

Namun, berbeza dengan seorang kanak-kanak lelaki yang baru berusia lima tahun ini apabila dia mampu menyelesaikan soalan matematik dalam tempoh yang singkat.

Jawab 10 Soalan Matematik Dengan Tepat Kurang 60 Saat

Memetik Berita Harian, si cilik yang dikenali sebagai Uwais Mohammad Zulqarnain mampu menyelesaikan 10 soalan matematik dengan tepat dalam tempoh kurang dari 60 saat.

Bukan sahaja berkebolehan membuat pengiraan darab satu angka, malah Uwais juga boleh membaca huruf Sepanyol, Rusia dan Jawi.

Menurut ibu kanak-kanak lelaki berkenaan, Surya Syafiqah A Rahim, anak sulung daripada dua beradik itu berjaya mengusai matematik secara berperingkat dengan kemahiran membuat pengiraan tambahan, tolak dan darab sejak usia empat tahun.

Tidak hanya itu, wanita yang bekerja sebagai pengurus perolehan di sebuah syarikat swasta mendedahkan anak lelakinya boleh membuat pengiraan dari ratusan hingga trilion selain pengiraan kuasa serta punca kuasa.

Ibu Bapa Pupuk Minat Anak Dalam Akademik

Jelas wanita itu lagi, dia tidak menafikan keistimewaan dan kebolehan si cilik itu adalah hasil usahanya dan suami, Mohammad Zulqarnain Alan Zamirza yang berusaha memupuk minat anaknya dalam bidang akademik.

“Kami sentiasa mendedahkan permainan pengiraan kepada Uwais selain membawa Uwais ke kedai buku dan teman saya membaca.

“Kami juga menghantarnya ke kelas membaca dan pertuturan di bandar raya ini.

“Dia memang berminat untuk belajar pelbagai bahasa termasuk bahasa Sepanyol dan Russia, dia belajar sendiri dengan mengakses sumber pembelajaran dalam talian dengan pemantauan saya dan suami.

“Berbanding bermain permainan video di telefon bimbit, Uwais lebih gemar belajar sesuatu yang baharu,” katanya yang dipetik daripada Berita Harian.

Kebolehan Uwais Buat Dia Ditempatkan Di Kelas 6 Tahun

Jelas wanita itu lagi, Uwais sepatutnya ditempatkan di kelas matematik bagi kanak-kanak lima tahun namun disebabkan kebolehannya itu, dia dimasukkan ke dalam kelas enam tahun.

“Selalunya dia jawab satu soalan matematik untuk darab satu angka antara 3 hingga 5 saat.

“Selalunya saya akan memberikannya 20 soalan, kemudian berehat sekejap, namun dia tidak pernah bosan sebaliknya mahu mencuba lebih banyak soalan,” kongsinya lagi.

Dah Menang Beberapa Anugerah Di Peringkat Sekolah

Malah, Uwais juga telah memenangi beberapa anugerah di peringkat sekolah antaranya seperti murid cemerlang dan anugerah matematik.

“Selain pendedahan kami lakukan, pemakanan Uwais juga banyak mempengaruhi kekuatan mindanya kerana dia gemar mengambil sayuran seperti brokoli, timun, lobak merah, tomato selain buah-buahan dalam menu harian.

“Kami berharap perkembangan aritmetik anak semakin meningkat selain dapat meningkatkan penguasaan ilmu matematik dan bahasa,” jelasnya lagi.

Baca Artikel Berkaitan: “Nak Jadi Macam Khairul Aming” – Ramai Kagum Lihat Budak Lelaki Darjah 6 Dah Pandai Memasak [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Cemerlang SPM Tawar Perkhidmatan Tuisyen Percuma Secara Dalam Talian

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.