fbpx
Now Reading
“Bestnya!” – Ramai Teruja Lihat Tetamu Dapat Goodies Pokok Herba Di Kenduri Kahwin [Video]

“Bestnya!” – Ramai Teruja Lihat Tetamu Dapat Goodies Pokok Herba Di Kenduri Kahwin [Video]

Jelas pengguna berkenaan, mereka mahu mencipta kelainan dengan cara memberi anak pokok yang sememangnya bermanfaat dalam kehidupan seharian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bila sebut tentang kenduri kahwin masyarakat Melayu, pasti dah terbayang adat dan keindahan majlis walimatul urus itu.

Keunikan menu, kecantikan pengantin serta adat yang diamalkan pasti menjadi perhatian dan memukau tetamu yang hadir.

Lebih mengagumkan, jemputan juga tidak pulang dengan tangan kosong. Tuan rumah pasti akan memberi sesuatu untuk dibawa pulang oleh tetamu.

Kebiasaannya, goodies yang diberikan berbentuk makanan seperti kek atau kuih bahulu namun ada juga yang memberikan barangan seperti sudu dan garpu.

Beri Pokok Herba Kepada Tetamu Kenduri Kahwin

Berbeza pula dengan tuan rumah sebuah kenduri kahwin ini apabila dia memuliakan tetamu dengan cara mereka tersendiri.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @anggurjohor, pengguna berkenaan berkongsikan keunikan majlis perkahwinan yang dipercayai dianjurkan oleh ahli keluarganya sendiri.

Melalui perkongsian itu, jemputan yang hadir bukan membawa pulang goodies yang biasa diberi oleh kebanyakan orang, sebaliknya diberi pokok herba yang banyak manfaatnya.

Antara pokok herba yang diberi kepada tetamu adalah daun sup, daun pudina, daun kesum, daun kari dan daun kunyit.

Jelas pengguna berkenaan, mereka mahu mencipta kelainan dengan cara memberi anak pokok yang sememangnya bermanfaat dalam kehidupan seharian.

“Sekali sekala buat lain dari yang lain, bagi orang apa yang kita suka. Ada yang dapat pokok daun sup, pokok daun pudina, pokok daun kesum, pokok kunyit.

“Kalau tetamu yang dari jauh, kita bagi goodies lain sebab takut susah kalau bagi pokok, tapi ada yang minta juga nak goodies pokok walaupun balik jauh,” tulisnya menerusi ruang kapsyen.

@anggurjohor

Sekali sekala buat lain dari yang lain, bagi orang apa yang kita suka ❤️ ada yang dapat pokok daun sup, pokok daun pudina, pokok daun kesum, pokok kunyit 🪴 Kalau tetamu yang dari jauh, kita bagi goodies lain sebab takut susah kalau bagi pokok, tapi ada yang minta jugak nak goodies pokok walaupun balik jauh 😆 #goodies #wedding #fyp

♬ Ghibli-style nostalgic waltz – MaSssuguMusic

Tanam Sendiri Anak Pokok Herba

Hantaran tersebut nyata mendapat perhatian pengguna media sosial hingga ada yang bertanyakan kepada pengguna berkenaan sama ada dia merupakan seorang tauke sayur.

Namun, menerusi video berasingan, pengguna tersebut menjelaskan dia bukanlah tauke sayur seperti yang disangka.

“Bukan tokey sayur, bukan nursery pun. Memang minat bertanam dekat rumah,” ceritanya lagi.

Malah, kesemua pokok yang diberi kepada tetamu dipercayai ditanam sendiri oleh pengguna berkenaan.

Tidak hanya itu, dia turut menunjukkan anak pokok yang tidak sesuai untuk diberikan kepada jemputan kenduri kahwin pada tempoh hari.

“Yang ni (pokok) lebih-lebih tanaman haritu lepas majlis yang tak lepas quality control (QC) sebab dah terlebih besar dan ada yang kecil sangat lagi.

“Jadi yang lebih ini kita biar je terus hidup kat rumah and buat guna sendiri,” tulisnya lagi.

@anggurjohor

Replying to @NUR bukan tokey sayur, bukan nursery pun hehe 😆 memang minat bertanam dekat rumah. Yang ni lebih lebih tanaman haritu lepas majlis yang tak lepas QC sebab dah terlebih besar and ada yang kecil sangat lagi 😆 jadi yang lebih ni kita biar je terus hidup kat rumah and buat guna sendiri 😁 #goodies #wedding #fyp

♬ พี่ชอบหนูที่สุดเลย (Speed Up) – PONCHET

Ramai Teruja Lihat Tuan Rumah Bagi Goodies Pokok Herba

Video yang telah mendapat tontonan lebih 141,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang teruja melihat goodies berkenaan. Ini kerana majoritinya menganggap ia sesuatu yang unik.

Tidak hanya itu, ada yang turut berkongsikan pengalaman sama mendapat ‘buah tangan’ istimewa daripada tuan rumah ketika menghadiri majlis kenduri kahwin.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Wah, Kenapa La Tak Jemput Akak”

“Oklah Tu, Lawa Juga, Sekali Sekala Dapat Pokok Takdelah Bosan Sangat”

“Bestnya, Bagi Saya Je, Saya Suka Dengan Tanaman”

“Goodies Macam Ni, Tanaman Yang Bermanfaat, Pahala Berpanjangan, Pengantin Bijak”

“Pernah Pergi Kenduri Dapat Goodies Pokok Cactus Kecil-Kecil Dalam Pasuk”

Baca Artikel Berkaitan: “Paling Rare” – Keunikan Majlis Kahwin Bagi Doorgift Ikan Laga Kepada Tetamu Raih Perhatian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Kenduri Kahwin Siap Ada Perkhidmatan Kereta Buggy Untuk Tetamu Buat Ramai Teruja [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.