fbpx

Kes Ugut Wanita: Sijil Nikah Anak Menteri Kabinet Sah – KPN

Menurut Razarudin, anak menteri itu dan wanita terbabit sebenarnya menyorok perkahwinan mereka yang berlaku pada September tahun lalu dan rakan sendiri tidak mengetahuinya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular di aplikasi Telegram kes membabitkan anak seorang menteri Kabinet yang dilaporkan mengugut seorang wanita yang memintanya bertanggungjawab atas kandungan sejak beberapa minggu lalu.

Insiden itu dilaporkan berlaku ketika anak menteri terbabit sedang berbincang bersama wanita berkenaan dan beberapa saksi lain di sebuah rumah di Telok Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang, pada 24 Disember 2024.

Susulan itu, pihak polis mengesahkan kertas siasatan membabitkan kes berkenaan telah lengkap dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Sijil nikah anak menteri Kabinet sah

Terbaharu, polis mengesahkan sijil nikah anak menteri Kabinet itu adalah sah. Mereka dikatakan berkahwin di negara jiran pada bulan September 2024.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, sijil nikah yang disemak itu adalah sah dari negara jiran di mana hasil siasatan mereka ini bercinta dan ingin berkahwin namun ada halangan.

Menurutnya, mereka sebenarnya menyorok perkahwinan itu yang berlaku pada September tahun lalu dan rakan sendiri tidak mengetahuinya.

“Apabila jadi isu macam ini kawan-kawan mereka pun tidak tahu… jadi mereka tidak mahu memperbesarkan kerana takut keluarga terasa hati.

“Kertas siasatan juga sudah dilengkapkan dan dihantar ke Timbalan Pendakwaraya (TPR) di Pulau Pinang di man masih menunggu arahan selanjutnya,” katanya dipetik Harian Metro hari ini (14 September).

Terdahulu, Razarudin menyatakan bahawa tindakan terhadap kes anak menteri itu membuktikan bahawa pihak polis tidak pernah berkompromi atau melindungi mana-mana pihak yang melakukan kesalahan.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.