
Ramai Puji Lelaki Mengaku Silap Sebaik Langgar Penunggang Motosikal, Siap Hantar Klinik [Video]
Menerusi video tersebut, kelihatan Abam Rong turut menghantar penunggang motosikal ke bengkel untuk memeriksa kerosakan pada motornya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita terkini dan isu trending.
Setiap kali berada di jalan raya, kita sememangnya perlu memandu mahupun menunggang motosikal dalam keadaan berhati-hati.
Bukan hanya itu, kita juga perlu peka dengan keadaan sekeliling agar dapat mengelakkan daripada berlakunya sebarang insiden yang tidak diingini.
Namun sekiranya berlaku sebarang kemalangan disebabkan kecuaian sendiri mahupun orang lain, apa yang penting adalah sikap tanggungjawab dan empati untuk membantu mereka yang dalam kesusahan.
Mengaku salah langgar motosikal ketika masuk simpang, peniaga raih perhatian
Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang lelaki yang dipercayai peniaga telah terbabit dalam kemalangan apabila kereta dipandunya terlanggar seorang penunggang motosikal sehingga meraih perhatian.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, awalnya kelihatan lelaki dikenali sebagi Abam Rong ingin memasuki simpang. Namun sewaktu memasuki simpang dia secara tidak sengaja telah melanggar penunggang motosikal yang dipercayai berada di sebelah kanan dan menyebabkannya terjatuh.
Menyedari perkara berkenaan, Abam Rong yang ketika itu bersama isterinya memaklumkan insiden itu kerana kecuaiannya.
“Aduh, salah aku yang,” ujarnya kepada isteri sewaktu berada di dalam kereta.
Siap tolong hantarkan ke klinik buat pemeriksaan
Dia kemudian turun dari kenderaan untuk melihat keadaan penunggang motosikal dan menghantarnya ke klinik memandangkan terdapat kesan luka pada siku penunggang itu.
Di dalam kereta, Abam Rong memaklumkan apabila berlaku sesuatu musibah perkara yang akan dilakukannya pertama sekali adalah bersyukur.
Katanya jika sebelum ini dia seorang yang pemarah dan akan menggunakan makian namun kini berbeza apabila dia mula mengamalkan gaya hidup yang lebih baik.
Jelasnya lagi, pelbagai perkara yang berlaku di dalam hidupnya membuatkan dia lebih matang khususnya apabila berdepan dengan sesuatu situasi.
“Bukan kita nak kira salah siapa, dia salah ke aku salah ke apa ke. Tapi tanggungjawab geng. Ini benda tanggungjawab,” katanya.
Pergi bengkel betulkan motosikal dan beri wang tunai
Selesai mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Kulai, Johor, Abam Rong kemudiannya mengikut lelaki itu menghantar motosikalnya ke bengkel
Ketika di bengkel, Abam Rong meminta mekanik untuk melihat keadaan motor dan membuat pesanan menggantikan barangan yang sudah rosak.
Apa yang lebih menjadi perhatian, sebelum pulang Abam Rong juga memberikan sedikit wang tunai kepada penunggang motosikal dan memohon maaf atas kesilapannya.
Kelihatan penunggang motosikal itu begitu terkejut apabila lelaki itu menghulurkan wang kepadanya dan dia dilihat awalnya seperti enggan untuk mengambilnya.
@abamrongg2nd Alhamdulilah brader tak ada apa2 #abamrongg
♬ original sound – Abam Rongg – Abam Rongg
Ramai puji sikap lelaki mengaku kesalahan sendiri
Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji sikap positif Abam Rong yang membantu penunggang terbabit meskipun tahu itu adalah salahnya.
Malah ada yang mengatakan tidak semua boleh mengaku kesalahan sendiri seperti yang dibuat oleh Abam Rong.
“Orang yang mengamuk bila kemalangan tu sebab dia tak ada duit. Dia fikir nak kena ganti atau buntu. Tapi untuk abang ya Allah dah bagi rezeki melimpah ruah saya rasa sebab tu abang tak mengamuk.”

“Salah aku, sumpah mahal kata-kata abang”

“Kebanyakan duduk sebelah kiri belakang kereta. Kita faham bawa slow hati-hati. Tak sampai tempat tu blind spot yang paling halus kadang-kadang ada kereta pun tak perasan…”
