fbpx

Selamba ‘Buang’ Duit Kertas RM100, Tindakan Lelaki Undang Kecaman [Video]

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan kepingan-kepingan wang RM100 yang dibuang oleh lelaki terbabit bertaburan di atas jalan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika di luar negara tindakan membuang duit sering kali dilihat malah ada yang suka apatah lagi apabila ada yang merebutnya.

Namun tidak di Malaysia, perbuatan itu dianggap seperti sombong mahupun angkuh apatah lagi yang melakukan itu adalah orang Islam.

Ini kerana, duit mahupun wang merupakan salah satu bentuk rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada seseorang.

Maka perbuatan membaling duit adalah tidak wajar dilakukan sebaliknya jika ingin memberi kepada orang ramai perkara itu lebih baik diberikan secara baik menerusi sedekah.

Lelaki jadi perhatian kerana buang-buang duit atas kereta

Baru-baru ini, tular satu video di laman X memaparkan tindakan seorang lelaki yang dipercayai golongan kaya melakukan satu tindakan yang tidak sopan sehingga meraih perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan, awalnya kelihatan lelaki memakai baju biru itu sedang duduk di bonet belakang sebuah kereta jenis Mercedes.

Selamba buang duit RM100 bawah kereta

Dalam video itu kelihatan lelaki berkenaan turut memakai topi berjenama mahal dan di sebelahnya kelihatan beberapa ikat duit jenis RM100 dan RM50.

Namun apa yang menjadi perhatian, lelaki itu kemudiannya dengan selamba menggunakan duit tersebut dengan membuangnya ke bawah kereta sekeping demi sekeping sebelum menunjukkan satu botol yang dipercayai produk perniagaannya.

Ramai berang lihat tindakan lelaki buang duit

Tindakan lelaki itu secara tidak langsung membuatkan ramai berang dan mengecam perbuatan berkenaan.

Malah ada yang mengatakan orang yang kaya tidak memegang cash sebaliknya menyimpan semuanya di dalam bank.

Ada juga yang menyifatkan lelaki itu seperti ingin menunjuk-nunjuk dan menyoal adakah ia duit tulen mahupun tidak.

Menerusi semakan kami video ini awalnya dimuat naik di TikTok sebelum dikongsikan di X.

Semalan dalam akaun lelaki berkenaan mendapati dia mungkin menjalankan perniagaan menjual jamu dan minyak untuk kegunaan luaran anggota badan atau dikenali minyak sapu.

Selain itu kelihatan juga lelaki ini sering membuat konten sambil mempamerkan wangnya yang banyak.

“Macam tu kau buat duit, rezeki tu. Berlagak bukan main ya, kalau tuhan nak tarik sekelip mata je..”

“Benci aku dengan konten macam ni, kau nak tunjuk apa sebenarnya?”

“Saya percaya abang kaya, tapi pemakaian tu elok sikit bang nampak macam rempit pula”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.