
Tular Rumah Terhakis Kerana Ombak, Pemilik ‘Banglo Biru’ Terpaksa Berpindah Ke Chalet
Menurut Yazit, dia bersyukur dan berterima kasih kerana ada yang sudi menyewakan chalet untuk dihuninya sepanjang lima hari yang lepas.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita terkini dan isu trending.
Sebelum ini, tular di media sosial memaparkan sebuah rumah banglo tepi laut di Terengganu berada dalam keadaan membimbangkan apabila tebingnya habis dihakis ombak.
Perkara itu secara tidak langsung membuatkan ramai bimbang dan takut sekiranya rumah banglo dikenali sebagai banglo biru itu musnah disebabkan pukulan ombak yang kuat.
Malah menerusi video yang tular, dapat dilihat terdapat beberapa bahagian rumah banglo itu seperti menunggu masa untuk runtuh sekiranya tiada sebarang tindakan dilakukan.
@zak189898 #Rumah Biru Tepi Laut.
♬ Tu Siab Tiam No – Seaseeng
Pemilik dipindahkan ke chalet sementara kerja menambak dijalankan
Terbaharu, pemilik banglo biru Kampung Tanjung, Kuala Nerus itu terpaksa dipindahkan ke sebuah chalet berdekatan dengan rumahnya sejak lima hari lepas disebabkan oleh hakisan yang berlaku itu.
Pemilik yang dikenali sebagai Yazit Idris berusia 66 tahun memaklumkan dia telah diarah untuk berpindah dan menginap di chalet ekoran keadaan rumah yang masih tidak selamat untuk diduduki. Malah kerja-kerja menambak juga sedang giat dilakukan.
Angin kencang buat ombak besar lalu menghakis tanah
Menurut warga emas itu, keadaan angin yang kencang telah menyebabkan ombak menjadi besar dan perkara itu membuatkan kerja untuk menambak laut tak dapat dilaksanakan dengan cepat.
Ujarnya, kerja menambak batu di kawasan rumah dapat dilakukan dalam tempoh dua hari lagi walau bagaimanapun ia bergantung pada cuaca.
“Alhamdulillah, keadaan ombak hari ini tidak terlalu besar dan membolehkan kerja menambat bahagian hakisan dapat dilakukan kontraktor.
“Keadaan air juga kini surut namun selagi belum tamat musim Monsun Timur Laut (MTL) situasi akan seperti sekarang dengan angin kencang dan ombak besar.
“Saya berterima kasih dengan hamba Allah yang sudi membantu menyewakan chalet untuk saya menginap yang memasuki malam ke lima semalam,” jelasnya, dipetik Harian Metro.
Berharap rumah banglo boleh diselamatkan
Kata Yazit, dia berharap kediaman itu boleh diselamatkan dalam waktu terdekat kerana MTL dilihat masih ada sehingga dua bulan lebih.
Menurutnya dia akan pulang ke rumah sebaik hakisan yang ditambat itu sudah stabil. Malah warga emas ini berharap kerja-kerja menstabilkan struktur batu penghadang ombak masih akan dijalankan.
Katanya, meskipun jarak antara rumah dan laut ketika ini sangat dekat jika nak dibandingkan sebelum ini sejauh 100 meter, tetapi dia tetap akan bertahan untuk duduk di rumah terbabit.
“Fenomena air pasang mengakibatkan sebahagian batu yang ditambak kembali runtuh dan tenggelam.
“Harapan saya semoga angin dan ombak reda dan ia boleh mengurangkan impak hakisan yang teruk di kampung ini.”
Sebelum ini, akhbar itu juga ada memaklumkan rumah banglo bernilai RM600,000 itu merupakan hadiah khas buat arwah isterinya.