fbpx

“Untung Budak Sekarang” – Jamuan Perpisahan Pelajar Tahun 6 Dibuat Di Hotel Undang Pelbagai Reaksi [Video]

Menerusi ruangan komen, pihak sekolah menjelaskan pelajar yang kurang berkemampuan menyertai jamuan perpisahan itu secara percuma memandangkan ada pihak yang menaja serta guru-guru juga turut mencari tajaan bagi menampung perbelanjaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita terkini dan isu trending.


Seperti sudah menjadi kebiasaan, kebanyakan sekolah di negara ini pasti akan mengadakan jamuan akhir tahun sebelum berakhirnya sesi persekolahan.

Buat pelajar tahun enam, sudah pastinya jamuan yang diadakan agak meriah memandangkan itu merupakan tahun terakhir mereka bergelar pelajar sekolah rendah.

Lazimnya, jamuan perpisahan yang dibuat akan diadakan di sekolah dan murid atau guru akan membawa makanan mereka sendiri.

Majlis Perpisahan Murid Tahun 6 Di Hotel, Bertemakan Arabian & Bollywood

Namun, lain pula dengan sebuah sekolah di Shah Alam, Selangor ini yang meraikan perpisahan pelajar tahun enam sekolah di sebuah hotel.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @skseksyen7sa, kelihatan pelajar tahun enam sekolah berkenaan diraikan di Hotel De Palma, Shah Alam pada Ahad (12 Januari) lalu.

Apa yang menjadi perhatian adalah pelajar tersebut diraikan dengan cara yang berbeza dari kebiasaan dengan kebanyakan daripada mereka menggayakan pakaian mengikut tema yang ditetapkan iaitu Arabian dan Bollywood.

Malah, guru-guru sekolah berkenaan juga dilihat menggenakan pakaian seperti orang Arab dan Bollywood mengikut tema yang sama.

Turut Berlangsung Penyampaian Anugerah & Persembahan Dari Pelajar

Melalui perkongsian tersebut, turut berlangsungnya penyampaian anugerah kepada murid terpilih antaranya seperti Anugerah Guru Besar atau Prom Princess.

Malah, kesemua pelajar sekolah berkenaan turut mendapat cenderamata ketika menghadiri jamuan berkenaan.

Tidak hanya itu, mereka juga disajikan dengan persembahan daripada rakan mereka sendiri.

“Jamuan perpisahan tahun 6, 2024/2025, all the best you,” tulis pengendali akaun berkenaan di ruang kapsyen.

@skseksyen7sa

Jamuan perpisahan tahun 6 2024/25 ✨ all the best to you

♬ Hum To Deewane Huye – Abhijeet & Alka Yagnik

Bayaran Hanya RM100 Seorang Namun Kurang Berkemampuan Ditaja

Menerusi ruangan komen, pihak sekolah menjelaskan pelajar yang terlibat hanya perlu membuat bayaran sebanyak RM100 dan bayaran pula boleh dilakukan secara ansuran.

Lebih menarik, buat pelajar yang kurang berkemampuan, mereka menyertai jamuan itu secara percuma memandangkan ada pihak yang baik hati menaja serta guru-guru juga turut berganding bahu mencari tajaan bagi menampung perbelanjaan.

Ada Pengguna Media Sosial Yang Teruja, Ada Juga Yang Mempersoalkan

Video yang telah mendapat lebih 138,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri apabila melihat situasi berkenaan.

Ramai yang teruja apabila mengetahui jamuan akhir tahun tersebut diadakan di hotel dan bukanlah di sekolah seperti yang selalu dibuat.

Namun, ada juga yang mempersoalkan lokasi jamuan tersebut yang sudah semestinya melibatkan kos yang tinggi.

Ini kerana netizen berpendapat majlis yang diadakan di hotel itu boleh membebankan pelajar yang kurang berkemampuan.

Pun begitu, ada yang menegaskan sekali lagi bahawa pelajar yang kurang berkemampuan telah ditaja oleh pihak ketiga.

Berikut antara komen pengguna media sosial:

“Kami Takdelah T20 Sangat Tapi Kami Parents Dekat Sekolah Ni Cuba Sedaya Upaya Untuk Happykan Anak-Anak”

“Tu Kata Sekarang, Semua Parents, Budak-Budak & Cikgu Semua Demand, Tak Fikir Langsung Perasaan Anak-Anak Murid Yang Keluarga Tak Mampu”

“Dasyat Sekolah Sekarang, Zaman Aku Dulu Jamuan Akhir Tahun, Buat Dekat Sekolah, Buka Dinding, Besarlah Sikit”

“Alhamdulillah Pengalaman Yang Berharga Buat Anak-Anak, Jangan Komen Yang Negatif”

“Bagi Saya Ok Je Asal Semua Setuju, Anak Saya Habis Tahun Enam Buat Dekat Dewan Sekolah, Set Up Macam Dekat Hotel Juga”

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.