
Xiaomi Lancar Siri Redmi Note 14, Peranti Flagship Pada Harga Mampu Milik
Redmi Note 14 Series terdiri daripada Redmi Note 14 Pro+ 5G, Redmi Note 14 Pro 5G, Redmi Note 14 5G, dan Redmi Note 14 dengan pelbagai pilihan warna.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Syarikat teknologi terkemuka dari China, Xiaomi sememangnya tidak asing lagi di Malaysia. Boleh dikatakan kesemua produk keluaran mereka memenuhi kehendak pengguna, bermula dari peralatan rumah sehinggalah telefon pintar.
Terbaharu, Xiaomi melancarkan pula siri Redmi Note 14 untuk pasaran negara ini pada Jumaat lalu (10 Januari) di Sunway Pyramid Convention Centre.
Mereka memperkenalkan empat model yang penuh ciri-ciri menarik iaitu:
- Redmi Note 14 Pro+ 5G
- Redmi Note 14 Pro 5G
- Redmi Note 14 5G
- Redmi Note 14
Ia direka untuk menawarkan ciri-ciri setaraf flagship pada harga mampu milik.
Simpan kenangan berharga dengan kamera yang dipertingkatkan
Fotografi menjadi keutamaan siri Redmi Note 14 ini. Bagi model Pro dan Pro+, kamera utama didatangkan dengan resolusi 200MP OIS manakala model lain pula beresolusi 108MP OIS. Kamera kesemua model ini juga disertakan dengan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Manakala kamera hadapan bagi semua model kini mempunyai resolusi minimum 20MP dengan fungsi ‘wide angle’ sehingga 0.8x, menjadikan swafoto berkumpulan lebih mudah dan jelas.
Untuk pengalaman fotografi yang lebih canggih, Redmi Note 14 Pro Series memperkenalkan alat kreatif seperti:
• Dynamic Shots: Tambah gerakan halus pada foto untuk kesan lebih dinamik.
• Dual Video Mode: Merakam serentak menggunakan kamera hadapan dan belakang untuk perspektif unik.
• AI Image Expansion: Memperluaskan latar belakang foto dengan lancar untuk pandangan lebih luas.
• AI Erase Pro: Buang objek yang tidak diingini tanpa memerlukan aplikasi pihak ketiga.
Model asas juga dilengkapi dengan AI Sky, yang membolehkan anda menukar latar belakang foto dengan mudah. Alat ini menjadikan fotografi bertaraf profesional lebih mudah dicapai.

Ketahanan untuk pengembaraan harian
Siri Redmi Note 14 ini juga dicipta untuk segala jenis aktiviti dan kegunaan harian kerana ia tahan lasak.
Bagi model Pro, ia dilengkapi dengan Corning Gorilla Glass Victus 2 serta rangka komposit aluminium dan bahan penyerap tenaga untuk perlindungan ketika jatuh.
Selain itu, kesemua model juga kalis air dan debu:
• Redmi Note 14 Pro+ 5G & Pro 5G: Penarafan IP68 (kalis air dan habuk).
• Redmi Note 14 5G: Penarafan IP64 (tahan habuk dan percikan).
• Redmi Note 14: Penarafan IP54 (tahan percikan).
Paparan juga dioptimumkan untuk bertindak balas dengan tepat walaupun dalam keadaan basah atau berminyak, menjadikan peranti ini boleh digunakan dengan lancar dalam semua keadaan.
Prestasi hebat sepanjang hari
Bukan hanya kamera yang bagus dan telefon tahan lasak, siri Redmi Note 14 ini juga memastikan multitasking, permainan dan penstriman berjalan dengan lancar.
Redmi Note 14 Pro+ dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 7s Gen 3 4nm baharu, memberikan prestasi pantas. Ia disokong oleh bateri 5110mAh dengan 120W HyperCharge untuk penggunaan sepanjang hari, walaupun dalam suhu di bawah -0 darjah selsius.
Manakala model lain pula dilengkapi dengan cipset MediaTek Dimensity dan MediaTek Helio, bersama bateri besar bermula dari 5110mAh hingga 5500mAh.
Semua model hadir dengan teknologi pengecasan pintar yang memanjangkan hayat bateri, mengekalkan sehingga 80% kapasiti selepas 1,600 kitaran cas.
Paparan menakjubkan siap ada tekonologi penjagaan mata
Walaupun dijual pada harga yang mampu milik, siri ini juga menawarkan paparan 120Hz untuk penggunaan yang lebih lancar.
Bagi model Pro, ia didatangkan dengan resolusi 1.5K dan kecerahan maksimum 3000 nits untuk penglihatan yang baik walaupun di bawah cahaya matahari terang.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan teknologi TUV Rheinland Low Blue Light dan Circadian Friendly bagi memastikan pengalaman penggunaan yang selesa, walaupun untuk tempoh yang lama.
Dengan kamera canggih, ketahanan yang kukuh, prestasi hebat dan paparan menakjubkan, Redmi Note 14 Series ini sesuai bagi semua jenis golongan untuk pelbagai kegunaan.
Harga dan pilihan warna
Redmi Note 14 Series menawarkan pelbagai pilihan warna yang bergaya untuk setiap model pada harga yang mampu milik.
Redmi Note 14 Pro+ 5G tersedia dalam warna Lavender Purple, Frost Blue, dan Midnight Black.Ia dijual pada harga dari RM 1,699, manakala Redmi Note 14 Pro 5G pula turut ditawarkan dalam tiga pilihan warna yang sama pada harga RM 1,199.
Bagi Redmi Note 14 5G, ia tersedia dalam warna Lavender Purple, Coral Green, dan Midnight Black pada harga RM 799.
Akhir sekali, Redmi Note 14 hadir dalam pilihan warna Mist Purple, Ocean Blue, Lime Green, dan Midnight Black, dengan harga bermula RM 699 sahaja.

Telefon pintar siri Redmi Note 14 kini boleh didapati di kedai Xiaomi dan dalam talian di mi.com, Shopee dan Lazada.