fbpx
Now Reading
Gara-gara Subang Di Hidung Tersangkut Pada Kerusi, Wanita Terpaksa Dibawa Ke Balai Bomba [Video]

Gara-gara Subang Di Hidung Tersangkut Pada Kerusi, Wanita Terpaksa Dibawa Ke Balai Bomba [Video]

Menerusi video, kelihatan wanita berkenaan terpaksa membawa bersama kerusi berkenaan yang tersangkut pada subang dihidungnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita terkini dan isu trending.

Menindik di bahagian wajah seperti telinga dan hidung merupakan perkara yang sering dilakukan oleh kebanyakan wanita.

Tujuan ia dilakukan hanyalah sekadar sebagai perhiasan pada diri untuk meletakkan subang sama seperti memakai rantai, gelang tangan, cincin dan sebagainya.

Meskipun ia sekadar perhiasan namun tak dinafikan barangan aksesori ini adakalanya mengundang bahaya kepada si pemakai sehingga menyebabkan mereka berada dalam kesakitan atau bahaya.

Wanita berdepan detik cemas, subang hidung yang dipakai tersangkut pada kerusi

Baru-baru ini, seorang wanita di Indonesia berdepan detik cemas apabila subang yang dipakai pada hidungnya tersangkut pada sebuah kerusi.

Meskipun situasi ini dilihat lucu namun insiden yang berlaku pada wanita itu menyebabkan dia terpaksa dihantar ke balai penyelamat (Bomba) untuk mendapatkan bantuan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Portee Goods di TikTok, awalnya kelihatan wanita itu cuba dibantu oleh rakan-rakannya untuk mengeluarkan subang yang tersangkut pada kerusi tersebut.

Gagal keluarkan sendiri sehingga terpaksa dibawa ke balai Bomba

Namun selepas beberapa cubaan mereka masih juga gagal untuk mengeluarkan subang berkenaan. Keadaan itu menyebabkan mereka akhirnya memilih untuk membawa wanita berkenaan ke balai penyelamat bagi tindakan lanjut.

Sewaktu ingin ke balai penyelamat kelihatan wanita itu terpaksa berjalan seiring dengan kerusi yang diangkat oleh rakan-rakannya sehingga memasuki kereta jenis MPV.

Dia kemudian diletakkan di bahagian belakang kereta dan duduk di atas kerusi terbabit. Sebaik sahaja sampai, kelihatan anggota penyelamat membawanya keluar dan mereka sempat bergurau menunjukkan alatan yang perlu digunakan untuk kes itu.

Bomba turut serta bergurau sebelum gunakan playar untuk buka subang tersangkut

Kelihatan mereka mulanya mengeluarkan alat seperti pemotong besi, kapak, gergaji dan banyak lagi.

Meskipun terhibur dengan perkara itu namun mereka akhirnya menggunakan playar untuk membuka subang berkenaan dari terus tersangkut pada kerusi.

Sebaik sahaja berjaya mereka kemudiannya menyanyi dan kelihatan wanita itu tersenyum sambil mengesat air matanya.

Ramai terhibur dengan situasi menimpa wanita

Melihat di ruangan komen, Portee Good memaklumkan awalnya wanita itu hanya ‘main-main’ sebelum subangnya itu tersangkut pada kerusi.

Video perkongsian itu turut membuatkan ramai terhibur malah ada yang menyifatkan mereka kasihan dengan perkara yang berlaku.

Memetik laporan Astro Awani, insiden itu berlaku di Bandung dan hanya memerlukan masa yang sekejap untuk dibuka oleh pihak bomba.

“Awak buat apa sampai tersangkut begitu”

“1,000 kali tengok video, 1,000 kali ketawa”

“Macam mana boleh tersangkut?”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.