
Gelagat Atok ‘Excited’ Lihat Cucu Konvo Tadika Raih Perhatian Ramai [Video]
Menerusi video, kelihatan si Atok begitu teruja melihat cucunya sehingga mahu merakamkan setiap momen indah cucu sulungnya itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita terkini dan isu trending.
Setiap yang bergelar datuk dan nenek pasti teruja apabila memiliki cucu, malah mereka sanggup melakukan apa sahaja demi cucu tersayang.
Bak kata orang jika anak dahulu ada sahaja yang dilarang namun kalau dengan cucu semua dihajati bakal diturutkan.
Malah kasih sayang yang diberikan itu jelas kelihatan apabila melihat anak kecil begitu manja dengan datuk dan nenek mereka yang membuatkan anak-anak senang melihatnya.
Gelagat Atok lihat cucu konvo tadika raih perhatian
Perkara sama turut dilakukan oleh seorang datuk ini apabil dia dilihat begitu teruja sewaktu menghadiri majlis graduasi tadika cucu sulungnya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Maisaroo, awalnya kelihatan Atok mendekati para pelajar yang sedang duduk di suatu bahagian sewaktu berada di dalam dewan untuk membuat rakamkan gambar.
Malah kelihatan dia yang berdiri di tepi kerusi itu seperti sedang menggunakan mode ‘zoom’ pada kamera telefon untuk mendapatkan foto cucunya.
Dah siap sedia tunggu cucu nak turun pentas
Manakala ketika tiba giliran cucunya naik ke pentas untuk mengambil sijil si Atok sudah menunggu di bahagian bawah untuk merakamkan gambar dan video.
“Sedia, sedia nak masuk (gambar/video) dalam grup WhatsApp,” kata Maisaroo sambil menunjukkan gelagat warga emas itu.
Kelihatan Atok begitu fokus merakam video apabila cucu turun dari pentas namun kanak-kanak itu tidak menyedarinya dan tidak memandang ke arah kamera.
@maisaroo_ Comelnyalah atok pun 😂
♬ QKThr – Aphex Twin
Ramai terhibur lihat gelagat Atok dan kongsi pengalaman
Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat Atok yang teruja pada hari bahagia cucunya itu.
Malah ada juga yang berkongsi ibu bapa mereka juga mempunyai reaksi yang sama seperti Atok berkenaan.
“Mak aku nangis teresak-esak cucu konvo tadika minggu lepas. Aku konvo di Ulu Kinta, Perak baru-baru ni dia tak nak pergi, pergi jelah dengan suami kau.”

“Sayang cucu tak sama macam anak-anak, jangan sesekali marah depan ayah. Kita kena marah balik.”

“Sis hantar balik kampung seminggu nak test sebelum hantar nak cuti sekolah ni. Jemput balik sekejap, dah ada sorang satu handphone. Atok bagi katanya, lah bagaimana?”
