fbpx
Now Reading
Kebakaran Di LA: Kenapa Bomba Gunakan Air Laut Pilihan Terakhir Untuk Padamkan Api? Ini Sebabnya

Kebakaran Di LA: Kenapa Bomba Gunakan Air Laut Pilihan Terakhir Untuk Padamkan Api? Ini Sebabnya

Garam mempunyai sifat menghakin dan boleh merosakan peralatan seperti logam serta mengurangkan kesan penyejukan air untuk dijadikan sebagai bahan memadam api.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita terkini dan isu trending.

Sejak minggu lalu, seluruh dunia dikejutkan dengan berita hutan di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat terbakar.

Keadaan ini dilihat menjadi semakin teruk apabila api terus merebak selepas beberapa hari sehingga membabitkan lebih 37,000 hektar dalam tempoh seminggu.

Memetik laporan CBS News, dalam bencana ini sekitar 25 kematian telah dilaporkan dan lebih daripada 100,000 manusia diarahkan berpindah ke tempat yang lebih selamat.

Walau bagaimanapun, situasi ini dilihat semakin membahayakan dan mungkin ada di antara anda yang memikirkan apakah cara yang terbaik boleh dilakukan untuk memadam api marak berkenaan.

Bomba di LA berdepan masalah untuk kawal kebakaran

Pasukan Bomba di LA sedang berdepan dengan masalah bagaimana caranya untuk mengawal kebakaran di puluhan lokasi disebabkan mengalami masalah bekalan air.

Gabenor California Gavin Newsom memaklumkan kepada pihak CNN pada 15 Januari bahawa kota terbabit telah menghabiskan pelbagai sumber yang boleh digunakan untuk memadamkan kebakaran.

Malah pili bomba turut digunakan sepenuhnya bagi mengatasi masalah terbabit.

“Pilihan itu adalah tipikal untuk dua atau tiga kebakaran, mungkin satu kebakaran. Dan kemudian kamu mempunyai sesuatu pada skala ini,” jelasnya, lapor Harian Metro.

Kata gabenor itu lagi dianggarkan sebanyak 12,000 struktur dilaporkan rosak atau musnah dalam bencana yang berlaku.

Selain itu, beliau juga melaporkan terdapat beberapa kawasan yang mempunyai pembendungan yang semakin meningkat seperti kebakaran di Palisades di pinggir barat dengan keluarasan 9,596.32 meningkat 17%.

Manakala kebakaran di Eaton di kaki bukit di timur bandar dengan keluasan 712.95 hektar meningkat kepada 35%.

Menerusi imej satelit kebakaran yang berlaku itu menunjukkan ia mempunyai jarak beberapa kilometer dari pantai Lautan Pasifik di LA.

Air laut boleh digunakan namun mendatangkan kesan sampingan

Secara teorinya air laut boleh digunakan untuk membantu dalam memadamkan api kebakaran.

Namun, air laut yang juga terkenal dengan keunikan komponen masinnya boleh mendatangkan keburukan berbanding kebaikan dan ini adalah sebab mengapa anggota bomba enggan menggunakannya kecuali berada dalam keadaan terdesak.

Sifat garam menghakis yang boleh merosakkan peralatan seperti logam, peralatan kritikal dalam kapal terbang yang terlibat operasi pemadaman kebakaran dan pam bomba.

Air masin bagi cas yang baik

Ujar akhbar berkenaan lagi yang memetik Technology.org, garam juga mengurangkan kesan kepada penyejukan air yang secara tak langsung menunjukkan air laut atau masin kurang bersesuaian untuk dijadikan sebagai bahan memadam api.

Selain itu, air masin turut membawa cas yang baik berbanding air tawar dan perkara ini juga menjadikkannya bahaya untuk digunakan anggota bomba.

Menurut CBS News air masin juga boleh mengganggu sistem pemadam kebakaran lain. Ini kerana pili bomba dan kebanyakan alatan lain diperbuat daripada logam dan ia boleh terdedah kepada karat apabila terdedah kepada oksigen dan air.

Pakar turut menjelaskan garam boleh mempercepatkan hakisan kerana ia bertindak sebagai elektrolit yang menyebabkan besi kehilangan elektron dengan lebih mudah.

Terdapat kesan mendalam jika air masin digunakan untuk memadam api

Air masin yang digunakan untuk memadam kebakaran juga akan memberikan kesan pada jangka masa panjang terhadap pokok dan juga tanah yang belum diketahui sepenuhnya.

Ujar Ahli Ekologi Ekosistem di Pusat Penyelidikan Alam Sekitar Smithsonian, Patrick Megonigal menerusi kajiannya mengenai sejarah hutan ‘salt-free’ air masin memberikan tindak balas kepada pendedahan air masin.

Garam terlarut di dalam tanah boleh beri kesan kepada segelintir pokok

Perkara itu ditulis dalam sebuah artikel bertajuk The Conversation mengenai keadaan kering di California Selatan mungkin membenarkan garam berlarutan di dalam tanah, yang mungkin tidak dapat diterima oleh segelintir pokok.

“Eksperimen makmal mencadangkan air masin akan menyebabkan tanah liat dan beberapa partikal lain tersebar serta bergerak di dalam tanah. Perubahan kimia dan struktur tanah boleh berterus selama bertahun-tahun,” tulisnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.