
“Ni Confirm Makan Habis!” – Pengantin Order Burger 1.5 Kg Jadi Kek Kahwin Curi Perhatian [Video]
Kelihatan pasangan pengantin itu sedang memotong smash burger dua tingkat seberat 1.5 kg yang dipesan dari J6Juniors Burger.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Majlis perkahwinan merupakan satu momen istimewa buat pasangan pengantin berkongsi hari bahagia mereka dengan ahli keluarga dan kenalan rapat.
Antara aktiviti yang biasa dilihat berlangsung semasa kenduri itu adalah upacara salam restu, booth gambar, makan beradab, potong kek dan banyak lagi.
Buat tetamu yang bertuah, dapatlah mereka merasa kek pengantin yang bertingkat-tingkat itu. Pun begitu, ada juga para mempelai yang ingin melakukan sedikit kelainan dengan menempah makanan berbeza dan unik bagi menggantikan kek.
Baca Artikel Berkaitan: “Bestnya!” – Ramai Teruja Lihat Tetamu Dapat Goodies Pokok Herba Di Kenduri Kahwin [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Macam Pasar Malam” – Tuan Rumah Sediakan 25 Menu Makanan Di Kenduri Kahwin Raih Perhatian
Pengantin Order 1.5 Kg Smash Burger Semasa Majlis Perkahwinan
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila gerai J6Juniors Burger (@j6_juniors) berkongsi situasi di satu majlis perkahwinan.
Kebiasaannya, para pengantin akan menempah kek kahwin khas bersempena dengan majlis persandingan mereka.
Namun lain pula buat pasangan ini apabila mereka memesan burger. Bukan burger biasa yang anda beli di gerai tepi jalan itu, tetapi burger dua tingkat seberat 1.5 kilogram (kg)!
Menerusi video perkongsian, kelihatan burger yang besar itu telah dipotong kepada beberapa bahagian untuk memudahkan pasangan mempelai menjamah burger berkenaan.

2 Patty Smash Burger Dibentuk Dalam Bulatan Yang Besar
Dalam hantaran sama, J6Juniors Burger turut berkongsi proses mereka menyediakan smash burger itu. Kelihatan dua keping patty daging tersebut dibentuk menjadi bulatan yang besar seperti satu kek.
Ia kemudian diapit dua keping roti pada bahagian atas dan bawah menjadikannya bentuk burger saiz mega yang sempurna.
Burger itu kemudian dibungkus dengan baik sebelum dihantar oleh Lalamove ke majlis perkahwinan berkenaan.
Daripada klip itu, kelihatan para pengantin tersenyum seolah-olah berpuas hati dengan hasil burger yang besar di depan mata.
@j6_juniors Burger sekilo setengah untuk kenduri kahwin. #burgersekilo #klfoodie #foodiemalaysia #MakanLokal
♬ Bertahan Demi Cinta – Fazura & Fattah Amin
Ramai Anggap Pilihan Burger Adalah Lebih Baik Jika Pengantin Kurang Gemar Makan Kek
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai teruja melihat burger yang dihidang semasa majlis persandingan selain terliur melihat burger yang juicy itu.
“Selama ni buat tak tahu je kalau nampak kek pengantin, kalau yang ni memang kena minta sikit,” kata seorang wanita.
Malah, ramai juga berkata mereka mahu mencuba variasi berbeza selain daripada menempah kek kahwin semasa hari istimewa mereka nanti.
“Menarik, tapi saya tak makan burger. Nak tukar (kek) jadi shawarma la kalau macam tu,” ujar seorang individu.
Sementara itu, segelintir individu berpendapat burger tersebut adalah lebih sesuai buat mereka yang tidak begitu gemar makan kek.
“Sesuai untuk seseorang yang suka makanan rasa savori berbanding dengan manisan,” kata seorang pengguna TikTok.
















Baca Artikel Berkaitan: Majlis Kahwin Unik, Pasangan Pengantin Ini Anjur Majlis Sanding Secara Pandu Lalu