fbpx
Now Reading
Perkongsian Legenda Lelaki Melayu Di Zaman Dinasti Tang Boleh ‘Terbang’ Raih Perhatian Ramai

Perkongsian Legenda Lelaki Melayu Di Zaman Dinasti Tang Boleh ‘Terbang’ Raih Perhatian Ramai

Menurut Penerbit USM, Kunlun adalah seorang lelaki luar biasa dari Kepulauan Melayu yang tiba di China bersama kapal dagang besar pada abad ke-9.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kita semua pasti pernah melihat filem-filem adiwira (superhero) yang memaparkan individu-individu memiliki kebolehan yang luar biasa.

Ada yang memiliki kuasa untuk terbang, ada yang mampu berlari dengan laju dan ada juga yang boleh mengalihkan sesuatu tanpa menyentuhnya.

Mungkin kita juga pernah terfikir yang kuasa-kuasa sebegini pasti seronok jika dimiliki, namun hakikat sebenar ia 99% tidaklah wujud melainkan terdapat bukti yang boleh mengesahkannya.

Kisah legenda lelaki Melayu boleh terbang di zaman Dinasti Tang curi tumpuan ramai

Bagaimanapun, baru-baru ini Penerbit USM (Universiti Sains Malaysia) berkongsi mengenai kisah sejarah seorang lelaki berbangsa Melayu bernama Kunlun pada zaman Dinasti Tang di China yang boleh terbang sehingga meraih perhatian ramai.

Menerusi hantaran di laman Facebook Penerbit USM, perkongsian bertajuk ‘Legenda Kunlun yang terbang: Wira Melayu pada zaman Dinasti Tang di China’ itu dipetik daripada buku Melayu Mahawangsa: Tanah Air, Sejarah, Kerajaan dan Peradabannya terbitannya.

“Bayangkan, di zaman Dinasti Tang, seorang lelaki dari rumpun Melayu, digelar sebagai Kunlun, menjadi bualan ramai kerana keajaiban yang dimilikinya. Dia boleh terbang! Ya, terbang, melayang-layang di udara, seperti sesuatu yang hanya ada dalam mitos. Tapi ini bukan cerita dongeng, ini catatan sejarah,” tulisnya.

Kunlum tiba di China pada abad ke-9

Menurut catatan Penerbit USM, Kunlun adalah seorang lelaki luar biasa dari Kepulauan Melayu yang tiba di China bersama kapal dagang besar pada abad ke-9.

Kehadirannya membuatkan ramai tertanya-tanya, terutamanya kerana kehebatan fizikalnya yang jarang dilihat.

Kisah mengenai Kunlun ini bermula apabila dia berjaya menyelamatkan seorang wanita bangsawan dari sebuah rumah yang terbakar.

“Dengan lincahnya, dia memanjat dinding tinggi dan melompat dari satu atap ke atap lain, tanpa rasa takut, seperti dia sedang bermain dengan angin!”

Penerbit USM

Perkongsian ini seolah-olah menggambarkan Kunlun mempunyai kemahiran untuk terbang melayang seperti seorang ninja.

Bakat luar biasa Kunlun digunakan dalam pelbagai misi berbahaya

Menurut Penerbit USM lagi, dikhabarkan bahawa bakat luar biasa Kunlun juga digunakan dalam pelbagai misi berbahaya untuk golongan istana, termasuk mengintip musuh dan menyampaikan mesej penting di kawasan sukar.

“Kemampuannya menjadi simbol keberanian dan kebijaksanaan orang Melayu, walaupun berada di tanah asing.

“Namun, Kunlun tidak pernah melupakan akar budayanya. Dalam pelbagai interaksi dengan pembesar China, dia sering menceritakan tentang keindahan tanah airnya, tentang kapal-kapal besar yang dibina oleh kaumnya, dan kehebatan budaya Melayu.

“Kisahnya menjadi jambatan yang menghubungkan tamadun Melayu dan China, membuktikan bahawa orang Melayu sudah lama dihormati di peringkat antarabangsa,” tulisnya lagi.

Memetik laman Quora, Kunlun bermaksud hamba berkulit hitam pada era Dinasti Tang. Namun ada dakwaan yang mengatakan Kunlun sebenarnya adalah hamba yang dibawa dari Afrika ke China.

Dalam satu kajian daripada sebuah universiti di Seoul, Korea Selatan pula mempercayai Kunlun bermaksud Kepulauan Asia Tenggara, namun tidak termasuk Kerajaan Champa.

Netizen beri pelbagai reaksi, majoriti tidak percaya

Memetik ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial dilihat terkejut dengan pendedahan tersebut.

Majoriti bagaimanapun tidak mempercayai dakwaan berkenaan dan mengatakan bahawa ia hanyalah satu mitos dan bukannya fakta sejarah.

Malah ada yang mengatakan, hamba Kunlun yang dimaksudkan dalam catatan sejarah bukanlah bangsa Melayu.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.