fbpx
Now Reading
Ramai Risau Lihat Cermin Kereta Retak Gara-Gara Tinggal Air Tembikai Basi Dalam Termos [Video]

Ramai Risau Lihat Cermin Kereta Retak Gara-Gara Tinggal Air Tembikai Basi Dalam Termos [Video]

Jelas pengguna berkenaan, botol air berisi air tembikai basi itu milik ahli keluarganya namun dia tidak mengetahui berapa lama bekas air tersebut berada di dalam keretanya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sudah menjadi tabiat setiap individu, pasti akan menikmati makanan atau minuman di dalam kereta.

Ini kerana perbuatan sebegitu adalah salah satu cara buat seseorang untuk menghilangkan rasa bosan ketika berada di jalan raya.

Kadangkala, ada segelintir individu yang terlupa untuk membuang atau mengeluarkan lebihan makanan dan minuman dalam kenderaan.

Mungkin bagi sesetengah orang menganggap ia satu perkara biasa namun tindakan sebegitu sebenarnya boleh mendatangkan bahaya lebih-lebih lagi jika barang tersebut tidak sesuai untuk diletakkan terlalu lama dalam kenderaan.

Botol Kedap Udara Meletup, Penutup Tercampak Hingga Retak Cermin Kereta

Itulah yang dihadapi oleh seorang wanita apabila cermin kereta miliknya retak selepas sebuah botol kedap udara (tumbler) meletup dan penutupnya melantun terkena cermin hadapan.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @pinky_lollipops, kelihatan botol yang masih mengandungi air diletakkan pada tempat duduk hadapan di bahagian pintu penumpang.

Disebabkan kejadian itu, lantai dan karpet yang diletakkan di tempat duduk penumpang bahagian hadapan keretanya turut basah akibat letupan berkenaan.

“The real gara-gara sebotol minuman,” tulisnya menerusi video berkenaan.

Botol Kedap Udara Dipenuhi Air Tembikai Yang Dah Basi

Kongso wanita itu, botol tersebut tidaklah diisi dengan air panas namun ia mengandungi jus tembikai yang telah basi.

Dakwanya itu menyebabkan wujudnya tekanan yang tinggi dalam botol tersebut hingga berlakunya kejadian berkenaan apatah lagi kereta miliknya pada ketika itu diletakkan di tempat yang panas.

“Dalam botol itu ada air tembikai yang dah basi, jadi air dia dah bergas. Kereta ini pula saya parking dekat tempat panas.

“Jadi, bila panas, pergerakan partikel (gas) itu lagi agresif tapi ruang untuk gas itu keluar tiada sebab botol ini kedap udara. Itulah sebab dia meletup.

“Penutup botol ini kena tepat dekat cermin depan kereta, secara sainsnya begitula kira-kira. So, janganlah simpan air yang boleh basi dalam kereta,” kongsinya lagi.

Jelas wanita itu, botol air berkenaan milik ahli keluarga dia sendiri namun dia tidak mengetahui berapa lama bekas air tersebut berada di dalam keretanya.

Malah, ketika kejadian, botol itu meletup sendiri dan dia bernasib baik tiada di dalam kereta.

@pinky_lollipops

Replying to @𝓂𝒶𝓃𝒿𝒶🤍

♬ suara asli – dimás

Ramai Luah Rasa Risau & Takut Insiden Botol Meletup, Jadikan Kejadian Sebagai Peringatan

Video yang telah mendapat lebih 892,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang terkejut dan tidak menyangka kejadian sebegitu boleh berlaku hanya kerana meninggalkan botol air di dalam kereta.

Malah, ada yang risau dan takut hingga menjadikan insiden itu sebagai pengajaran serta peringatan agar tidak meninggalkan sebarang bekas makanan.

Bukan hanya itu, rupanya ramai juga yang mempunyai pengalaman serupa botol air meletup gara-gara minuman yang telah basi.

Ada Barang Yang Tidak Boleh Simpan Dalam Kenderaan

Untuk info, terdapat barang yang tidak boleh disimpan dalam kenderaan lebih-lebih lagi untuk tempoh yang lama.

Ini kerana sifat bahan itu sendiri yang mengandungi elemen atau bahan yang berisiko menjadi punca bahaya kepada pengguna.

Antara bahan tersebut adalah:

  1. Pemetik api
  2. Power bank
  3. Botol minyak wangi
  4. Botol air
  5. Cermin mata dengan kanta
  6. Semburan aerosol
  7. Minuman dalam tin

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Kadang-Kadang Terlupa Botol Tertinggal Dalam Kereta Kes Macam Ni, Lepas Ni Kena Beringat Untuk Saya & Orang Lain”

“Pernah Jadi Juga Dekat Tempat Kerja, Air Tembikai Juga, Meletup Macam Mercun Wei”

“Sebab Ni Orang Selalu Pesan Jangan Tertinggal Botol Air Dalam Kereta”

“Botol Ni Memang Meletup Kuat, Pernah Simpan Dalam Peti Ais, Lama Juga, Sekali Susah Nak Buka”

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Kongsi 4 Aksesori Yang Bahaya Digunakan Dalam Kereta [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Tular Powerbank Meletup, Ini 4 Tips Penjagaan Yang Patut Anda Amalkan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.