
15 Tahun Ikat Perut Untuk Ke Tanah Suci, Warga Emas Akhirnya Dapat Tajaan Buat Umrah Dari TikToker [Video]
Menerusi video dikongsikan oleh Jalil Razak, kedengaran makcik Maimun memaklumkan dia belum lagi menerima wang yang dibayar kepada pihak pengendali untuk ke Tanah Suci oleh pihak berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita terkini dan isu trending.
Sebelum ini, tular satu video memaparkan seorang ibu tunggal dikenali sebagai Maimun Sarajul yang berusia 60 merupakan salah seorang jemaah yang terkandas di Lapangan Terbang Kuala Lumpur kerana tidak dapat mengerjakan umrah.
Perkara itu berlaku ekoran pihak pengendali (agensi umrah) gagal menunaikan janjinya untuk membawa seramai 379 jemaah termasuk wanita itu ke Tanah Suci.
Menerusi video temubual Kosmo bersama makcik berkenaan, dia memaklumkan mengikat perut hampir 15 tahun untuk menyimpan wang ke Tanah Suci. Jelasnya dia mendapat wang bantuan sebanyak RM400 dan mengikat perut dengan makan nasi dan bawang.
TikToker taja makcik ikat perut hampir 15 tahun tunai umrah
Perkara itu secara tidak langsung mendapat perhatian seorang TikToker dikenali sebagai Abd. Jalil Abd. Razak yang menghubungi makcik berkenaan untuk menajanya mengerjakan umrah.
Jelas Jalil selepas menonton video yang dimuat naik oleh media itu, dia kemudian berhasrat untuk menaja makcik Maimun.
“Selepas melihat video di Kosmo, saya segera mendapatkan nombor telefon makcik itu dan menghubunginya bagi menyatakan hasrat menaja dia dan keluarga ke Tanah Suci.
“Hati saya memang terkesan melihat makcik itu dan anaknya yang juga kelainan upaya (OKU) selain melihat kesungguhannya mengumpul wang untuk mengerjakan umrah,” ujar Jalil, dipetik Kosmo.
Kata Jalil, makcik itu dijadualkan akan terbang ke Tanah Suci bersama lima lagi ahli keluarganya pada 20 Februari akan datang dengan jumlah tajaan bernilai RM35,100.
Kongsi video hubungi makcik Maimun tanya mengenai wang dibayar kepada agensi sebanyak RM33,000
Terdahulu menerusi video dikongsikan, Jalil telah bertanya kepada makcik mengenai wang RM33,000 yang dibayar kepada pengendali umrah sudah dikembalikan atau belum. Makcik itu mengatakan belum serta masih menunggu peguam untuk perbincangan lanjut.
Warga emas itu mengatakan dia tidak pernah menunaikan umrah dan membayar kepada agensi terbabit untuk membawa cucu dan anaknya yang juga OKU.
Meskipun sedih, namun kedengaran suaranya seperti reda bahawa ia belum lagi rezekinya untuk menjadi tetamu Allah SWT.
Makcik sering ikuti perkembangan Jalil
Makcik itu kemudian mengatakan dia sering melihat Jalil dalam TikTok dan mengikuti perkembangan TikToker berkenaan yang juga membawa ramai jemaah ke Tanah Suci.
Perkara itu secara tidak langsung membuatkan Jalil berasa sebak khususnya apabila makcik itu bertanya mengenai anaknya yang dikenali sebagai Medina.
Malah dalam video itu, Jalil berharap agar wang Makcik Maimun dikembalikan semula oleh pihak berkenaan.
7 lagi jemaah yang terkesan akan dibawa ke Tanah Suci
Dalam satu lagi video Jalil memaklumkan seramai tujuh jemaah yang menjadi mangsa akan dibawa menunaikan umrah hasil daripada sumbangan orang ramai.
Melihat di ruangan komen, ramai yang bersyukur dengan rezeki tujuh individu itu dan berharap urusan perjalanan mereka dipermudahkan.
“Alhamdulillah selesai.”

“Ya Allah, permudahkanlah urusan Jalil Razak dan semua yang membantu dan murahkan lah rezeki mereka seperti air zam zam yang mengalir.”

“Dia bukan siapa-siapa, orang yang tak dikenali tapi pertolongannya sangat luar biasa. Sungguh-sungguh membantu hingga selesai..”
