
“Aku Tak Halalkan” – Habis Beribu Ringgit, Influencer Tegur Individu Curi Video Untuk Buat Affiliate
Menurut influencer itu yang dikenali sebagai Iman Kamil, tidak semua produk atau barangan yang ada padanya adalah ditaja, sebaliknya dia harus membeli menggunakan duitnya sendiri.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita terkini dan isu trending.
Dengan perkembangan teknologi pada masa kini, pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh seseorang untuk menjana pendapatan seperti menyertai program affiliate anjuran platform media sosial.
Program affiliate atau affiliate marketing merupakan satu sistem pemasaran menggunakan komisen. Dalam bahasa mudahnya, seseorang itu akan menjadi agen iaitu orang tengah yang mempromosikan produk pihak lain (usahawan atau syarikat) dengan menggunakan link affiliate sendiri.
Bagaimanapun, ada pula yang menyertai program ini membuat untung atas angin lebih mudah dengan cara mencuri video-video affiliate orang lain terutamanya daripada golongan influencer.
Influencer tampil tegur individu suka curi videonya untuk buat affiliate sendiri
Susulan itu, seorang influencer yang dikenali sebagai Iman Kamil tampil menegur individu-individu termasuk penjual yang suka menggunakan videonya untuk meraih keuntungan sendiri.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@yes_iman), dia mendedahkan jumlah yang harus dibelanjakannya setiap bulan hanya untuk membuat video ‘review’ affiliate miliknya sendiri.
Menurut Iman, tidak semua produk atau barangan yang ada padanya adalah ditaja, sebaliknya dia harus membeli menggunakan duitnya sendiri.
Habis beribu-ribu ringgit sebulan untuk buat video affiliate
Dalam video tersebut, Iman juga menunjukkan jumlah yang telah dibayarnya iaitu RM2,996.64 bagi produk-produk yang akan dijadikan video affiliate bulan hadapan.
“Aku nak bagi tahu untuk sesiapa yang senang-senang curi video orang lepas itu letak link (affiliate) sendiri, buat duit sendiri atas video orang, kau rasa berkat ke?
“Aku habis beribu-ribu tahu tak untuk setiap bulan, aku pernah habis RM5,000-RM6,000 untuk satu bulan bergantung pada produk, kalau produk itu mahal aku kena beli lah produk-produk yang mahal.
“Sebab itu sampai RM5,000-RM6,000 aku pernah habiskan untuk nak buat video lepas itu senang-senang orang ambil video aku dan letak (link) affiliate sendiri,” katanya.
Menurutnya lagi, dia juga terpaksa menanggung rugi dengan tidak memuat naik video ‘review’ sekiranya produk yang telah dibeli itu tidak sama seperti apa yang diiiklankan oleh penjual.
Iman tak halalkan sesiapa sahaja yang curi videonya
Dalam pada itu, Imam juga tidak menghalalkan sesiapa sahaja yang telah mencuri videonya selama ini untuk meraih keuntungan sendiri.
Fuh bab halal and haram tak boleh buat main-main, korang yang pernah curi video-video orang lain and letak link affiliate sendiri sebaiknya berhentilah.
Mesti rasa lagi puas hati kalau korang buat video sendiri berbekalkan modal sendiri, insya-Allah lebih berkat. 😊
@yes_iman Semua nak buat kerja senang sampai sanggup curi video orang and letak link affiliate sendiri. Maybe dia ingat kita dapat barang free. Tapi sebenarnya banyak modal yang kita keluarkan. Bukan susah pun buat video sendiri. Ingat, bukan 🐷 je yang haram, curi video orang pun haram tau. Sekian…
♬ original sound – Iman Kamil – Iman Kamil