fbpx
Now Reading
Guru Terkilan, Ada Ibu Bapa Dakwa Tak Dapat Bantuan BAP Penuh Walhal Anak Dah Guna Duit [Video]

Guru Terkilan, Ada Ibu Bapa Dakwa Tak Dapat Bantuan BAP Penuh Walhal Anak Dah Guna Duit [Video]

Setelah diselidik dan menyemak rekod serahan, guru berkenaan sememangnya menjelaskan mereka telah membuat bayaran penuh kepada pelajar sebanyak RM150.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Umum mengetahui bermula Januari,, sedang berlangsungnya agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) tahun 2025 bagi pelajar tahun satu hingga tingkatan enam.

Bantuan sebanyak RM150 yang diberi tanpa mengira jumlah pendapatan keluarga bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan yang ditanggung ibu bapa atau penjaga pada awal tahun.

Namun sejak akhir-akhir ini, ada pula isu yang timbul membabitkan agihan wang tersebut.

Guru Dimarahi Ibu Bapa, Dakwa Anak Tak Dapat Bantuan Penuh

Terbaharu, seorang individu yang dipercayai seorang guru meluahkan rasa kecewa apabila ada segelintir ibu bapa yang mendakwa kononnya tidak mendapat jumlah keseluruhan bantunan.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @mdflzh, pengguna berkenaan meluahkan rasa terkilan apabila ada ibu bapa yang menuduh guru mengambil RM50 daripada bantuan berkenaan sebagai bayaran PIBG.

Anak Dah Guna RM50, Ibu Bapa Nak Guna Buat Beli Barang Dapur

Setelah diselidik dan menyemak rekod serahan, mereka sememangnya telah membuat bayaran penuh kepada pelajar sebanyak RM150.

Kongsi pengguna itu lagi, rupanya anak pasangan itu telahpun membelanjakan wang sebanyak RM50.

“Cikgu ada rekod serahan RM150 tanpa apa-apa potongan. Rupa-rupanya, anak dah belanjakan duit itu sebelum sampai ke rumah.

“Tapi memang duit itu hak anak. Cuma parent kecewa tak boleh guna duit tu untuk topup barang dapur,” tulis pengguna berkenaan.

@mdflzh

Harapnya duit BAP dapat dimanfatkan sebaiknya ye 🤗 #fypシ゚viral #shouldbeme #cikgutiktok

♬ original sound – Dhi Ya – Dhi Ya

Pengguna Beri Pelbagai Reaksi, Ada Yang Persoal Duit Diberi Terus Pada Murid

Perkongsian yang telah mendapat lebih sejuta tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang mempunyai pendapat masing-masing mengenai situasi sedemikian.

Ada pengguna media sosial yang berpendapat duit tersebut seharusnya diberi terus kepada ibu bapa memandangkan bantuan berkenaan adalah untuk kegunaan bantuan awal persekolahan.

Namun, ada pula yang berpendapat duit itu merupakan hak anak dan penyediaan barang sekolah adalah tanggungjawab ibu bapa.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Itu Bukan Untuk Topup Barang Dapur, Untuk Beli Keperluan Anak Sekolah & Bukan Untuk Anak Ambil Belanja Sesuka Hati”

“Mungkin Dia Guna Sebelum Balik Rumah Sebab Dia Tahu Dia Tak Sempat Merasa”

“Dah Kenapa Duit Anak Pula? Bukan Bantuan Dari Kerajaan Untuk Top Up Keperluan Persekolahan Anak-Anak Ke?”

“Duit BAP Ini Suami Saya Kata Jangan Ambil Untuk Beli Barang Anak Sekolah, Itu Tanggungjawab Kita”

“Pendapat Saya, Kerajaan Wujudkan BAP Untuk Bantu Ringankan Tanggungan Ibu Bapa”

Baca Artikel Berkaitan: Kes Wang Bantuan Awal Sekolah ‘Lesap’, Guru Besar Dakwa Sudah 10 Tahun Ambil Duit Tanpa Polis Pengiring

Baca Artikel Berkaitan: Apakah Hukum Ibu Bapa Guna Duit Raya Anak Untuk Tujuan Simpanan Pendidikan? Ini Penjelasannya

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.