fbpx
Now Reading
“Laluan Motor Kan Ada” – Ramai Geram Lihat Tindakan Rider Cuba Guna Lorong Kereta Di Plaza Tol [Video]

“Laluan Motor Kan Ada” – Ramai Geram Lihat Tindakan Rider Cuba Guna Lorong Kereta Di Plaza Tol [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah penghantar makanan itu dilihat menunggu seketika sementara palang tersebut dinaikkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita terkini dan isu trending.


Setiap plaza tol di kebanyakan lebuh raya di Malaysia mempunyai laluan khas buat pelbagai jenis kenderaan seperti motosikal, kereta dan lain-lain.

Kebiasaannya, kenderaan seperti kereta, bas dan lori berkongsi lorong yang sama namun bergantung pada kelas, saiz (ketinggian) atau jenis pembayaran.

Manakala kumpulan motosikal pula, mereka diasingkan dari kenderaan lain yang kadangkala agak jauh memandangkan mereka tidak perlu membuat bayaran tol.

Namun, ada segelintir penunggang motosikal yang dilihat mengambil jalan mudah dengan sengaja melalui laluan kenderaan lain.

Rider Cuba Nasib Guna Lorong RFID Kereta

Itulah yang dilakukan oleh seorang rider penghantar makanan yang dilihat selamba memasuki lorong kereta di sebuah plaza tol.

Menerusi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang dikongsikan di TikTok @chematsyauqi, kelihatan penunggang motosikal itu selamba memintas keretanya yang sedang memasuki lorong RFID.

Pemandu Kereta Sedar Penunggang Motosikal Masuk Lorong RFID

Apa yang menjadi perhatian adalah penghantar makanan itu dilihat berhenti dipercayai dengan harapan palang akan dinaikkan.

Menyedari niat rider berkenaan, pemandu kereta bertindak memberhentikan kenderaannya jauh dari pengimbas RFID menyebabkan palang tidak terbuka.

Rider itu kemudiannya dilihat berpatah balik dipercayai untuk menggunakan laluan motosikal.

“Memang taklah aku nak bagi kau masuk,” kata pemilik video berkenaan.

Difahamkan, kejadian berlaku di Plaza Tol Ayer Panas, Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) semalam (15 Januari).

“Aku tahu kau rushing hendak ambil atau hantar order. Tapi jangan menyusahkan orang. Kalau kau lalu lepas aku tag. Palang akan turun tahu. Kau nak aku bayar dua kali ke?” tulisnya menerusi ruang kapsyen.

@chematsyauqi

Ak tau ko rushing nak amek/hantar order. Tapi jgn nyusahkan orang. Kalau ko lalu lps ak tag. Palang akn turun tau. Ko nk ak byar 2 kali ke???

♬ Beep Broadcast prohibited sound (beep)(1032931) – Cherry

Ramai Geram Dengan Perbuatan Penunggang Motosikal Sengaja Ambil Kesempatan

Video yang telah mendapat lebih 147,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa geram melihat tindakan penting diri rider berkenaan.

Apatah lagi, perbuatan tersebut boleh merugi dan menyebabkan pemandu kereta terpaksa membuat bayaran sebanyak dua kali.

Malah, ada yang mempersoal mengapa dia tidak menggunakan laluan motosikal yang sememangnya tidak dikenakan caj serta risau dengan tindakannya yang mungkin akan menyebabkan kemalangan.

Tidak hanya itu, ada juga yang memuji sikap pemandu kereta berkenaan yang peka dengan keadaan sekeliling.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Laluan Motor Punya Ada, Sibuk Nak Masuk Laluan Kereta”

“‘Hang Pa Tak Pernah Lalu Jalan Motor, Sana Bahaya’,” Kata Seorang Penunggang Motosikal

“Teringin Nak Bayar Tol Tu, Mohon Kerajaan Wujudkan Palang Tol Untuk Lorong Motor”

“Terbaik Bang Buat Macam Ni, Harap Ramai Aware Sebelum Masuk Tol”

“Lepas Ni Setiap Tol Bolehlah Kenakan Bayaran Untuk Motor Pula Sebab Motor Sibuk Nak Masuk Palang”

Baca Artikel Berkaitan: Tular Penunggang Motosikal Guna Laluan Kereta Rempuh Pengawal Keselamatan Tol [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Aksi Sekumpulan Rider Dipercayai Rempuh Palang Tol Hingga Patah Bikin Netizen ‘Panas Hati’ [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.