Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita terkini dan isu trending.
Sebelum ini tular satu video di media sosial memaparkan penduduk di sekitar kawasan Pantai Sura, Dungun, Terengganu sedang asyik mengutip kerang di kawasan gigi pantai.
Meskipun seronok melihat orang ramai dapat membawa banyak kerang pulang ke rumah dalam bekas yang diisi seperti pukat, baldi dan sebagainya.
Namun tak dinafikan aktiviti ini turut dilihat bahaya kerana kelihatan ombak masih lagi besar disebabkan angin kuat yang dibawa Monsun Timur Laut.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: [Video] Pengunjung Pantai Sura Kutip Kerang Terdampar Dibawa Ombak Besar
Polis minta henti aktiviti kutip kerang
Terbaharu, pihak polis telah meminta penduduk untuk berhenti melakukan aktiviti berkenaan di sekitar pantai di Dungun susulan ingin mengelak daripada berlaku perkara tak diingini.
Jelas Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul larangan diberikan ekoran keadaan ombak besar serta angin kencang yang masih lagi berlaku sehingga saat ini.
Ombak besar & angin kencang beri risiko tinggi dan bahaya
Kata beliau lagi angin kencang yang berkelajuan sekitar 60 kilometer per jam dan juga ombak besar setinggi 4.4 meter menyebabkan pesisir pantai di kawasan terbabit dalam risiko tinggi.
“Perubahan cuaca yang tidak menentu juga boleh mendatangkan risiko kepada orang ramai dan pihak polis mengeluarkan arahan ini berkuat kuasa dengan serta-merta.
“Kita memandang serius aktiviti ini dan arahan memberhentikan aktiviti mengutip kerang bertujuan mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” ujarnya, dipetik Harian Metro.
Tambah Maizura lagi, pihaknya akan sentiasa melakukan pemantauan serta berharap orang ramai tidak mendekati kawasan pantai.
“Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya terdapat individu yang tidak mengendahkan arahan yang dikeluarkan ini.”