
Ramai Teruja Troli Pintar Mudahkan Pengguna, Terus Scan Barang & Bantu Kira Total Bayaran [Video]
Lebih menarik, troli itu dapat membantu pelanggan membuat carian di pusat beli belah dengan hanya menaip nama barang yang dikehendaki.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita terkini dan isu trending.
Kecanggihan teknologi pada masa kini harus diakui sememangnya memudahkan kehidupan seharian.
Contohnya, urusan pembelian barang memerlukan seseorang itu untuk keluar pergi ke kedai mendapatkan produk tersebut.
Kini, tanpa perlu keluar ke rumah dan dengan hanya satu klik di hujung jari, orang ramai boleh membuat pembelian.
Buat mereka yang masih gemar keluar ke kedai bagi mendapatkan barangan, ada teknologi lain pula yang membantu memudahkan urusan ketika membeli-belah.
Troli Dah Boleh Tolong Scan & Kirakan Harga Barang
Siapa sangka, troli yang ada di pusat beli belah yang dahulunya berfungsi sebagai tempat membawa barang kini telah diperluaskan peranannya.
Menerusi video di TikTok @callmeyukisan, pengguna berkenaan berkongsikan kecanggihan sebuah troli ketika berkunjung di salah sebuah pusat beli-belah yang terdapat di Kuala Lumpur.
Apa yang menjadi perhatian adalah ia bukanlah sekadar troli biasa tetapi ia adalah troli pintar yang memudahkan pelanggan di mana fungsinya boleh mengirakan harga keseluruhan barang yang dibeli.
Pengguna hanya perlu mengimbas kod bar barang pada bahagian pengimbas di troli berkenaan dan secara automatik, jumlah pembelian barang yang dibeli akan dipaparkan.
Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat pemilik video berkenaan mengimbas setiap barang yang dibeli terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam troli.
Pengguna Tetap Perlu Buat Bayaran Di Kaunter Self-Checkout
Kongsi wanita itu lagi, bayaran tetap perlu dibuat menerusi kaunter layan diri namun pengguna hanya perlu terus membuat bayaran tanpa perlu membuat imbasan seperti kaunter yang lain.
Difahamkan, troli pintar yang digunakannya itu terdapat di pusat beli-belah Aeon Taman Maluri.
“Akhirnya dapat cuba troli yang boleh scan barang terus, lepas tu sampai self-checkout kaunter terus bayar.
“Kami dah lama nak cuba benda ini (troli), tadi pergi Aeon nampak satu ada boleh guna, kena cuba,” tulisnya di ruang kapsyen.
@callmeyukisan Finally trying out Aeon’s trolley yang boleh scan barang terus, pastu sampai self checkout terus bayar. We’ve been wanting to try this for a while now tadi gi Aeon nampak satu yang boleh guna so we had to use it
♬ Round and Round Mingle Song Squid Game 2 – Chico Guerra
Troli Bantu Pelanggan Tunjuk Lokasi Barang Dengan Mudah
Lebih menarik, jika ada pelanggan yang mahu mencari barang dan tidak tahu lokasi sebenar, troli tersebut dapat membantu.
Pelanggan hanya perlu membuat carian pada skrin dan troli tersebut kemudiannya akan memberitahu lokasi sebenar barang yang dicari siap dengan peta sekali.
New in town: The AEON Smart Trolley! 🚨 For those who like to shop fast and keep it moving, this one's for you! 🏃♂️💨…
Posted by AEON Retail Malaysia on Friday 27 December 2024
Ramai Teruja, Mahu Pusat Beli Belah Lain Sediakan Kemudahan Sama
Video yang telah mendapat lebih 279,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang teruja melihat teknologi terbaharu yang memudahkan pelanggan itu.
Malah, ada yang mencadangkan agar pusat beli belah yang lain turut sama menyediakan perkhidmatan sedemikian.
Namun, ada pengguna yang mendakwa sebelum ini telah terdapat premis yang membuat cara yang sama tetapi ia tidak diwujudkan lagi memandangkan timbul isu lain.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Aku Rasa Lotus Pun Kena Ada Device Macam Ini Untuk Mudahkan Pelanggan”

“Bestnya! Ini Kalau Anak Aku Nampak Ni Habis Semua Barang Dia Scan”

“Akhirnya. Dah La Beli Satu Troli Lepas Tu Kena Scan Dekat Kaunter Self-Checkout Jenuh”

“Bagus Tahu Benda Ini, Senang kita Check Harga Barang & Track Budget Kita”

“Menarik”

Baca Artikel Berkaitan: Food Truck KFC Tanpa Pemandu & Layan Diri Di Shanghai Curi Tumpuan
Baca Artikel Berkaitan: Kedai Makan Layan Diri ‘Next Level’, Dari Bungkus Sampai Bayaran Semua Pelanggan Urus Sendiri [Video]