
“Solat Tepi Anak Juga Dugaan”- Ayah Jadi Perhatian Cuba Tahan Gelak Masa Anak Ikut Sembahyang [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan si kecil itu berdiri di sebelah sambil tersenyum mengikut pergerakan ayahnya ketika mendirikan solat.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita terkini dan isu trending.
Kanak-kanak yang sedang membesar sekitar usia dua hingga 10 tahun pastinya sibuk meneroka dunia mereka sendiri.
Malah ketika di usia ini otak mereka sentiasa diibaratkan seperti span yang menyerap pelbagai perkara menerusi tontonan, orang sekeliling dan banyak lagi.
Oleh itu sebagai individu dewasa dan ibu ayah, kita perlulah menunjukkan tindakan dan adab yang baik agar ia menjadi contoh kepada si kecil.
Meskipun mempunyai pelbagai ragam yang adakalanya membuatkan ibu ayah pening kepala memikirkannya namun ia adalah normal buat si manja yang sedang membesar.
Bapa cuba tahan gelak ketika anak ikut solat raih perhatian ramai
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang bapa yang menahan ketawa sewaktu solat bersama dengan anak lelakinya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Dekna Solehah, awalnya kelihatan seorang kanak-kanak lelaki yang lengkap memakai jubah dan berkopiah sedang berdiri di sebelah ayahnya yang ketika itu sedang solat.
Melihat si ayah mengangkat takbir untuk rukuk, dia kemudian memandang lelaki itu sambil mengikutnya.
Namun gelagat si kecil itu mula menjadi perhatian apabila dia dilihat rukuk sambil tersenyum memandang ayah.
Gelagatnya itu secara tidak langsung membuatkan ayah tidak keruan dan cuba untuk menahan ketawanya agar solat didirikan tidak terbatal.
Sempat pula nyanyi lagu dalam permainan Squid Game
Sebaik bangun dari rukuk membaca doa iktidal, si anak kemudian menyanyikan lagu dalam salah satu permainan yang dimain dalam filem Squid Game musim pertama dan kedua.
Si ayah kemudian meneruskan solatnya dengan sujud dan masih cuba menahan ketawa.
“Pandai dia ambil sejadah pergi sembahyang tepi ayah dia. Lepas tu, dia boleh pula nyanyi lagu Squid Game.
“Akhirnya dia kena lah dengan ayahnya tu, sebab ayah dia kena sembahyang sekali lagi,” kata Dekna terhibur melihat gelagat dua beranak itu.
@dekna.solehah Pandai dok amek sjadah p smbyg tepi pak dia. Pastu dia blh plk nyanyi lagu squid game. Last2 dia kena la dgan pak dia tu. Sbb pak dia kena smbyg lagi skali 🤣🤣🤣
♬ Funny Sound – Marina underbow
Ramai geli hati lihat gelagat dua beranak ketika solat
Melihat di ruangan komen, ramai yang geli hati melihat tingkah laku kanak-kanak itu yang menjadi ujian buat si ayah ketika mendirikan solat.
Malah ada yang mengatakan selain mendirikan solat bersama rakan mendirikan solat bersama anak juga adalah satu dugaan. Ini kerana adakalanya tingkah laku mereka membuatkan kita terhibur sewaktu sedang solat.
“Jaga-jaga godaan yang macam ni lagi hebat daripada godaan syaitan”

“Weh anak aku tengah solat dengan bapa dia, tiba-tiba aduh nak terberak pula dia cakap. Terus batal solat bapanya.”

“Sorry dik acik tergelak dengan kau puas menyanyi tu, sian bapa kau dik tahan gelak”
