fbpx
Now Reading
Terima Rasuah RM95, Rakyat Malaysia Dihukum Penjara Di Singapura

Terima Rasuah RM95, Rakyat Malaysia Dihukum Penjara Di Singapura

Difahamkan, sebahagian wang rasuah tersebut digunakan lelaki itu untuk membeli minuman, manakala baki S$27 disembunyikan di bawah alas komputer di tempat kerjanya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Rasuah dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa kini semakin membimbangkan, tidak kira di sektor awam mahupun swasta, ia boleh berlaku di mana-mana sahaja.

Tindakan memberi atau menerima rasuah bukan hanya boleh merosakkan sesebuah negara mahupun organisasi, bahkan ia juga boleh membawa padah kepada diri sendiri.

Begitulah nasib yang dilalui oleh seorang penyelia keselamatan warga Malaysia di Singapura selepas dijatuhi hukuman penjara empat minggu kerana didapati bersalah menerima rasuah.

Terima rasuah RM95 daripada pekerja warga asing

Penyelia keselamatan yang dikenali sebagai Tanayogaraj Nagaraji, 40, menerima rasuah sebanyak S$29 iaitu kira-kira RM95 daripada seorang pekerja warga Bangladesh yang ditangkap memiliki rokok seludup di sebuah asrama pekerja asing.

Memetik Malaymail, kejadian berlaku pada 22 November 2024 di Asrama Avery Lodge. 2D Jalan Papan semasa serbuan yang dilakukan oleh Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) serta Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA).

Dalam serbuan terbabit, pekerja warga Bangladesh dikenali sebagai Hasan Kamrul yang berusia 34 tahun itu didapati memiliki sebatang rokok seludup.

Minta rasuah sebagai pertukaran tak laporkan tentang rokok seludup

Tanayogaraj yang sepatutnya membuat laporan sebaliknya meminta rasuah sebanyak S$30 daripada Hasan sebagai pertukaran untuk tidak melaporkan kejadian itu.

Hasan bagaimanapun kekurangan wang terpaksa meminjam S$14 daripada rakannya sebelum kembali ke pondok pengawal untuk menyerahkan S$29 kepada Tanayogaraj.

Difahamkan, sebahagian wang rasuah tersebut digunakan oleh Tanayogaraj untuk membeli minuman, manakala baki S$27 disembunyikan di bawah alas komputer di tempat kerjanya.

Perkara itu terbongkar selepas seorang pencuci di asrama berkenaan melihat Hasan meminjam wang dan menyerahkan duit kepada Tanayogaraj sebelum bertindak melaporkan insiden tersebut kepada pihak berkuasa.

Semasa disoal siasat pihak polis Singapura, Tanayogaraj menafikan dirinya ada menerima wang tersebut.

Namun, pemeriksaan polis di pondok pengawal menemui wang S$27 yang disembunyikan, menyebabkan dia terus ditangkap.

Mengaku bersalah ambil rasuah, Tanayogaraj dipenjara 4 minggu dan denda RM6.58

Tanayogaraj akhirnya mengaku bersalah atas tuduhan rasuah dan memiliki pas kerja Hasan secara tidak sah.

Selain hukuman penjara empat minggu, lelaki itu juga dikenakan denda sebanyak S$2 (sekitar RM6.58).

Perkara ini menjadi peringatan tegas tentang pendirian Singapura yang langsung tidak bertoleransi dengan isu rasuah, di mana kes-kes rasuah kecil juga ditangani untuk menegakkan integriti dan akauntabiliti.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.