fbpx
Now Reading
The Rock Keluarkan Produk Syampu Buat Ramai Garu Kepala

The Rock Keluarkan Produk Syampu Buat Ramai Garu Kepala

The Rock atau Dwayne Johnson melancarkan produk penjagaan diri kaum lelaki yang bernama Papatui yang terdiri daripada sabun mandi, pencuci muka dan lain-lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon terkenal iaitu The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson bukanlah satu nama asing dalam industri hiburan kerana boleh dikatakan banyak juga filem lakonan yang ‘meletup’.

Selain terlibat dalam lakonan, The Rock turut menceburi bidang perniagaan apabila dilihat baru sahaja melancarkan beberapa siri produk penjagaan diri kaum lelaki yang diberi nama ‘Papatui’.

Namun antara produknya yang sedang hangat diperkatakan di media sosial adalah berkaitan produk syampu.

Ramai Pertikai The Rock Keluarkan Syampu Meskipun Dirinya Berkepala Botak

Menerusi ciapan dimuat naik di laman X (@dylanonvinyl), pengguna media sosial ini terkejut selepas melihat rangkaian produk syampu oleh The Rock pada rak jualan sebuah pasar raya bersama jenama-jenama lain.

Malah dalam poster barangan tersebut, pelakon berkenaan mengatakan rambutnya menggemari syampu 2 dalam 1 yang turut mengandungi perapi (conditioner) di dalamnya.

Peka dengan produk yang dilihatnya dan turut mengetahui Dwayne Johnson adalah seorang lelaki yang tidak memiliki rambut di bahagian kepala, pengguna X ini mempersoalkan mengapa pelakon terbabit melancarkan barangan tersebut.

Sumber: X

Ramai Terhibur Lihat Pelakon Dwayne Johnson Lancar Produk Syampu

Rata-rata netizen di media sosial tidak dapat menahan ketawa selepas mengetahui bahawa Dwayne Johnson mengeluarkan produk syampu dan salah satu poster iklan barangan itu menyatakan dia amat menyukai produk tersebut pada rambutnya.

Sesetengah pengguna media sosial juga berpendapat pemasaran yang dilakukan itu adalah antara yang paling pelik pernah dilihatnya.

Walau bagaimanapun, ada yang mendakwa bahawa bau produk berkenaan boleh tahan wangi juga.

Sebagai info, jenama Papatui bukan sahaja melancarkan syampu sahaja tetapi mereka turut menyediakan pelbagai produk rangkaian penjagaan diri seperti sabun mandi, pencuci muka, pelembap muka dan lain-lain.

Sumber: X

Kenapa The Rock Kekalkan Imej Sebagai Lelaki Tanpa Rambut?

Kalau anda tengok gambar The Rock ketika muda dahulu, pelakon ini sebenarnya ada rambut ya sebelum mengambil keputusan untuk tampil dengan gaya botak sepenuhnya pada tahun 2010.

Untuk pengetahuan anda, bekas peninju WWE ini mula kehilangan rambut semasa dalam lingkungan 20an dan menjadi semakin teruk menjelang usia 30an.

Malah, beliau sendiri menerusi ciapan di laman X (@TheRock) pada tahun 2017 yang lalu menjelaskan mengapa dia memilih untuk menjadi botak.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.