
“Bila Kali Terakhir Menangis? Kenapa?” – Jawapan Orang Ramai Bikin Sebak [Video]
Menerusi video, antara luahan yang dibacakan ada yang menangis selepas mengetahui ayah sakit kerana bekerja keras untuk mencari wang bagi menghantar anak belajar.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebagai manusia pasti setiap di antara kita pernah melalui situasi yang membuat seseorang berasa sedih dan menangis.
Ia bukanlah suatu perkara yang asing mahupun pelik, sebaliknya tangisan adalah cara untuk seseorang meluahkan perasaan sedih yang dirasainya.
Menangis tidak menjadikan seseorang itu lemah, tetapi ia adalah penting untuk mengekspresikannya agar individu terbabit dapat melepaskan segala rasa yang terpendam di hati untuk bangkit menjadi lebih kuat.
Ramai buat luahan ‘bila kali terakhir menangis’ menerusi nota
Baru-baru ini, seorang individu yang dikenali sebagai Paksu Puisi telah menarik perhatian apabila membuat eksperimen sosial dengan bertanya kepada orang ramai ‘Bilakah kali terakhir mereka menangis?’
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan orang ramai hanya perlu menjawab pertanyaan itu dengan menulis luahan mereka pada nota kecil yang disediakan.
Sebaik selesai membuat eksperimen sosial itu, Paksu kemudian membacakan luahan-luahan berkenaan secara rawak di rumah.
Ada yang menangis kerana rindukan keluarga, pengorbanan ibu ayah dan banyak lagi
Dia kemudian mengambil nota pertama yang meluahkan rasa rindu kepada arwah kakak yang meninggal dunia disebabkan mengalami masalah tekanan selepas bersalin.
Pada nota kedua pula individu terbabit menangis kerana mengetahui ayah sakit kerana berkerja keras mencari wang untuk menghantarnya belajar.
“(Menangis) selepas tahu ayah sakit lepas hantar saya belajar,” tulisnya pada nota berwarna kuning itu.
Nota ketiga pula individu menangis kerana merasakan diri seperti tersisih kerana ibu mementingkan anak yang lain.
“Sebab rasa tak boleh bantu keluarga dan diri sendiri,” tulis individu dalam nota akhir yang dikongsikan oleh Paksu.
Pendekatan yang bagus untuk orang ramai buat luahan
Melihat di ruangan komen, perkongsian video ini turut membuatkan ramai yang teringat kepada keluarga mereka.
Malah ada yang berkongsi mereka menangis kerana kehilangan ahli keluarga yang disayangi.
Tidak kurang juga ada yang menyifatkan tindakan Paksu menyediakan tempat luahan menerusi nota adalah cara yang bagus dan merupakan satu terapi untuk orang ramai.
“Tak tahu bila kali terakhir menangis. Tak pernah nak simpan tarikh tentang kesedihan diri. Sebab bagi saya tak penting. Lebih baik terus melangkah untuk diri sendiri suka atau duka hidup tetap diteruskan.”

“Hari-hari nangis, bulan yang sama. Tahun yang sama December 2024, kehilangan anak. Anak ketiga meninggal. Anak sulung masuk wad sebab ada masalah saluran buah pinggang. Dah cuba kuat, tapi tak boleh, masih cuba kuat.”

“Semalam 11 Januari, sebab anak ajak balik kampung, pergi kubur ayah nak tunjuk dia dapat dekat sekolah dia nak ayah dia bangga dia dapat hadiah”

“Nangis mengenangkan dosa sendiri. Setiap pagi azam tak nak buat dosa tapi tergelincir juga”
