fbpx
Now Reading
Gaji Baharu Ronaldo RM1,600 Seminit, RM2.3 Juta Sehari

Gaji Baharu Ronaldo RM1,600 Seminit, RM2.3 Juta Sehari

Al-Nassr juga dilaporkan ingin memberikan pegangan saham sebanyak 5% kepada Ronaldo sebagai sebahagian daripada kontraknya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Nama bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo sememangnya tidak asing lagi buat ramai orang, bahkan mereka yang tidak meminati sukan terbabit juga mengenali individu ini.

Jika ada perlawanan bola sepak melibatkan Ronaldo, sudah pasti orang ramai tidak mahu ketinggalan daripada menyaksikannya.

Pemain kebangsaan Portugal itu pernah menyertai kelab-kelab elit Eropah seperti Manchester United, Real Madrid dan Juventus sebelum berpindah ke kelab Arab Saudi, Al Nassr dengan mengikat kontrak termahal di dunia iaitu berjumlah £173 juta (RM922 juta) setahun.

Baca Artikel Berkaitan: Cristiano Ronaldo Setuju Sertai Kelab Al Nassr Arab Saudi, Kontrak RM922 Juta Setahun

Ronaldo bakal pertahan status pemain bola sepak dibayar gaji paling mahal

Terbaharu, Ronaldo dijangka akan mengekalkan statusnya sebagai pemain bola sepak dengan gaji termahal di dunia susulan laporan sambungan kontraknya di kelab berkenaan.

Memetik Berita Harian, superstar berusia 39 tahun itu dilaporkan akan menerima kontrak baharu bernilai lebih £167.9 juta (RM923 juta), yang akan melanjutkan perjanjiannya bagi tempoh setahun lagi.

Sekadar info, Ronaldo mula berpindah ke kelab Al-Nassr pada Januari 2023 lalu selepas berbalah dengan kelabnya pada ketika itu Manchester United.

Al-Nassr ingin beri pegangan saham 5% kepada Ronaldo

Akhbar Sepanyol, Marca juga melaporkan Al-Nassr bersedia untuk memberi ganjaran susulan pengaruh kuat Ronaldo terhadap kelab itu dengan memberikan pegangan saham sebagai sebahagian daripada kontraknya.

Pemain berkelas dunia itu dilaporkan ditawar peluang untuk memegang 5% kepentingan dalam pasukan Al-Nassr.

Di saat ini, bekas bintang Real Madrid itu dikatakan sudah semakin hampir untuk menyambung kontraknya bersama Al-Nassr yang akan berakhir hujung musim ini.

Ronaldo bakal raih RM17.5 juta seminggu, RM1,600 seminit

Sekiranya benar Ronaldo menyambung kontraknya bersama Al-Nassr, pemain itu akan menerima £3.19 juta (RM17.5 juta) seminggu mengikut perjanjian.

Angka tersebut mungkin terlalu besar bagi kita, mari pecahkan lagi supaya ia menjadi lebih kecil iaitu RM17.5 juta (£3.19 juta) seminggu bersamaan dengan £419,800 (RM2.3 juta) sehari – dan £291 (RM1,600) seminit.

Untuk info, sepanjang Ronaldo bersama kelab Al-Nassr, dia telah menjaringkan 75 gol dalam 84 perlawanan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.