
Ibu Offer RM50 Satu Subjek Jika Menang Anugerah, Sekali Anak Berjaya Tapau 9 Subjek Terbaik
Ini menjadikan jumlah ganjaran yang perlu diberi oleh si ibu kepada anaknya berjumlah RM450.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri dalam mengajar dan mendidik anak mereka menjadi insan berjaya.
Ada yang menggunakan cara tegas ada juga yang menggunakan kelembutan. Malah, ada segelintir yang turut menjanjikan ganjaran bagi setiap kejayaan yang dilakukan oleh cahaya mata tersayang.
Lazimnya, ganjaran yang diberi adalah berbentuk barang yang diminati atau wang ringgit.
Kadangkala, pening juga jika anak mampu memenuhi setiap janji yang dibuat apatah lagi jika ganjaran itu melibatkan nilai yang besar.
Ibu Janji Nak Beri RM50 Bagi Setiap Subjek Jika Anak Berjaya Dapat Anugerah
Itulah yang dialami oleh seorang ibu apabila dia membuat janji akan memberi RM50 bagi setiap subjek terbaik yang diperolehi oleh anaknya.
Perkara itu dikongsikan oleh bapa kanak-kanak terbabit menerusi platform X di akaun @PittKF.
“Bini aku tengah pening. Pergi offer (tawar) anak RM50 per subject (setiap subjek) yang dia berjaya dapat terbaik dalam kelas,” kongsinya.
Anak Berjaya Rangkul 9 Mata Pelajaran Terbaik
Apa yang menjadi perhatian adalah bukan satu sebaliknya sembilan subjek yang berjaya dirangkul oleh kanak-kanak berkenaan dalam Anugerah Pencapaian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
Melalui perkongsian tersebut, sembilan mata pelajaran berkenaan adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Muzik, Bahasa Arab dan Pendidikan Islam.
Ini menjadikan jumlah ganjaran yang perlu diberi oleh si ibu berjumlah RM450.
“Ini dalam majlis hari kecemerlangan, baru tahu rupanya dia sebat sembilan sekaligus. Alhamdulillah syukur sangat-sangat,” tulisnya lagi.
HAHAHAHHAHAHAHAH
— Hangry Capybara (@PittKF) January 15, 2025
bini aku tengah pening.
Pi offer anak RM50 per subject yang dia berjaya dapat terbaik dalam kelas.
Ni dalam majlis hari kecemerlangan,baru tau rupanya dia sebat 9 sekaligus.
Alhamdulillah syukur sangat2.
Anyway,a good pening to have
🤣🤣 pic.twitter.com/cD5Xbp76KX
Pengguna Media Sosial Terhibur, Ada Yang Kongsi Pengalaman Sama
Hantaran tersebut nyata mendapat perhatian pengguna media sosial. Mengintai ruangan komen, majoriti pengguna media sosial terhibur dengan hantaran berkenaan.
Malah, ada yang menzahirkan ucapan tahniah serta memuji kanak-kanak itu kerana berjaya mendapat ganjaran lumayan atas kejayaannya memperolehi anugerah terbaik bagi sembilan subjek.
Ada juga pengguna media sosial yang turut berkongsi pengalaman sama menjanjikan ganjaran kepada ahli keluarga sebagai motivasi untuk memperoleh keputusan yang terbaik.
“Tu Dia, Tahniah Buar Anak & Emak Ayah”

“Hahaha Tahniah Dekat Anak Sebab Berjaya Pau Mak Dia Secara Legal”

“Nasib Baik Deal RM50 Je, Abah Saya Dulu Deal RM100 Tapi Tak Dapat La”

“Emak Saya Offer RM100 Setiap Subjek Yang A Dekat Cucu Dia, Sekali Waktu Percubaan SPM, Budak Tu Dapat 9A”

Baca Artikel Berkaitan: “Terima Kasih Papa, Dah Lama Nak”- Ibu Bapa Hadiahkan Kasut Takraw Ketika Birthday Buat Ramai Sebak [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Itu Hadiah Dari Syurga Saya” – Budak Lelaki Buka Mulut Selepas Diperlekeh Pakai Kasut Tiruan