fbpx
Now Reading
Kantin Sekolah Bersih & Dapat Markah 95% Dari KKM Raih Perhatian [Video]

Kantin Sekolah Bersih & Dapat Markah 95% Dari KKM Raih Perhatian [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan Nana dan pekerjanya menyimpan barangan dan bahan masakan dengan begitu kemas serta tersusun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Setiap pengusaha makanan pasti tahu kebersihan merupakan perkara paling penting untuk dititik beratkan dalam menjalankan perniagaan.

Malah mereka turut disarankan mengambil kursus pengendalian makanan agar dapat menjaga kualiti dan melakukan prosedur sepatutnya dalam mengendalikan makanan.

Tidak kisahlah perniagaan dijalankan di restoran sendiri, kantin sekolah mahupun tepi jalan namun kebersihan itu perlu menjadi keutamaan semua bagi mengelakkan daripada berlaku masalah kesihatan kepada pelanggan.

Kantin dapat markah tinggi dari KKM untuk kebersihan

Baru-baru ini, seorang pengusaha kantin sekolah menjadi perhatian ramai apabila menunjukkan keadaan kantin yang cukup cantik sehingga membuat pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberikan markah tinggi kepadanya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Nana Shukri, dia memaklumkan terdapat pegawai bertugas daripada KKM datang untuk membuat pemeriksaan kantin di Sekolah Kebangsaan Desa Pandan, Kuala Lumpur.

Kantin dilihat tersusun dan kemas

Dalam video berkenaan Nana turut menunjukkan keadaan kantinnya yang tersusun dengan rapi. Malah dapat dilihat setiap barangan perasa disusun di sebuah meja manakala bahagian dapur untuk memasak dilihat bersih tanpa sebarang percikan masakan.

Kata Nana, sewaktu pegawai itu sampai di kantin terbabit dia terus bertanya adakah ini merupakan kantin yang pernah tular sebelum ini kepada stafnya.

“Setiap kali KKM datang soalan pertama ‘tak masak dekat sini ke?’ (kerana keadaan dapur bersih).

“Padahal sehari 16 jenis lauk untuk cikgu dan 12 jenis makanan untuk murid tukang masak Buna (Nana) siapkan.

“Pukul 9 pagi dapur dah bersih, alhamdulillah dapat pekerja yang cepat, cekap dan pembersih macam bos (Nana) dia,” kata Nana dalam video itu.

Stok barang masakan kantin sekolah disimpan dengan baik

Bukan hanya itu, Nana turut menunjukkan tempat dia menyimpan barangan seperti stok minyak, sos dan sebagainya di dalam sebuah bilik. Kelihatan setiap barangan disusun dengan rapi di rak yang disediakan.

Malah barangan seperti gula atau tepung disimpan dalam bekas kedap udara bagi mengelakkan ia rosak atau tercemar.

Siap dapat markah 95% untuk kebersihan kantin

Jelas Nana mengusahakan kantin sekolah mempunyai peraturan yang sangat ketat. Ini berkemungkinan kerana perniagaan dijalankan melibatkan pelajar serta guru sekolah, maka ia sangat menitik beratkan keselamatan dan kebersihan.

“Alhamdulillah semua okay cuma ada beberapa kesalahan yang perlu dibaiki. Antara kesalahannya siling berlubang, sebab kuat sangat menucuci kantin, mozek pun dah tercabut jadi kena baiki.

“Tahun lepas dapat 94% (tahap kebersihan premis). Alhamdulillah tahun ni tambah lagi 1% jadi 95%.”

@nanashukrii

Tiap kali kita takde mesti dia sampai kann . Alhamdulillah semua okayy . Meniaga kantin sekolah ni tak mudah seperti yg di tengok . Kalau ada seorang pelajar sakit perut cirit birit ibubapa terus salahkan kantin , padahal ada lagi 1000 orang pelajar lain makan makanan yg sama okay je takde masalah cirit birit . Esk 17/1/2025 hari akhir sesi persekolahan utk 2024 . Harini semua sedih sebab kalau tak sekolah diorang takde kerja & takde gaji . Kalau buna buka payung tepi jalan mommy daddy nak datang beli makanan kantin kami tak 😅😅😅 ?#kantinsekolah #makanankantin #kakakkantincantik #kantin #makanan #makcikkantin

♬ sonido original – 𝙟𝙥𝙤𝙥80𝙨 – 𝙟𝙥𝙤𝙥80𝙨

Ramai teruja lihat kantin bersih

Melihat di ruangan komen, ramai yang teruja melihat kebersihan kantin terbabit malah ada yang berharap dapat merasa makanan disediakan oleh kantin berkenaan.

Tidak kurang juga ada yang merasa puas melihat barangan yang disusun dengan rapi.

“Ya kalau KKM datang haru-biru jadinya. Dapat staf yang cekap tak ada masalah. Pengalaman mengusahakan kantin sekolah berasrama, maktab, polis, sekolah tinggi. Seronok bila staf satu hati”

“Kalau lah kantin kami macam ni, lauk sama je memanjang”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.