
Kereta Tiba-Tiba Laju Hingga Langgar Kon & Ativa Di Tol, Pemandu Dipercayai Diserang Strok [Video]
Dakwa seorang wanita di ruangan komen, pemandu Toyota terbabit mengalami kecederaan patah kaki serta dimasukkan ke hospital selepas insiden berlaku.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Serangan stroke mahupun jantung yang boleh berlaku secara tiba-tiba kepada pesakit.
Malah serangan ini juga tidak boleh diketahui bila ia akan berlaku melainkan menerusi pemantauan daripada doktor dan jururawat secara rapi.
Namun apa yang menakutkan adalah apabila serangan seperti ini berlaku ketika pesakit sedang berada di luar atau sedang memandu. Ini kerana, pesakit berkemungkinan boleh melakukan sesuatu perkara secara tidak sedar sehingga berlakunya kemalangan.
Pemandu Toyota tiba-tiba langgar kon dan kereta Ativa lepas keluar tol
Baru-baru ini, tular satu video memaparkan sebuah kereta dipercayai Toyota Avanza yang bertindak melanggar kon dan kenderaan lain.
Menerusi video dashcam dari sisi belakang yang dikongsikan oleh @hnsarisyah97 di TikTok, awalnya kelihatan kereta Toyota itu sedang beratur untuk membuat pembayaran dipercayai di sebuah plaza tol lebuh raya sekitar kawasan Selangor.
Namun apabila kenderaan dashcam berjalan dan melepasi palang tol, kereta Toyota itu tidak bergerak dan jauh ketinggalan di belakang.
Toyota langgar tembok pembahagi jalan
Namun secara tiba-tiba kereta Toyota itu berjalan laju melepasi palang sebelum melanggar kon serta belakang kereta Perodua Ativa yang berada di lorong bersebelahan.
Menyedari perkara itu, Perodua Ativa kemudian menukar laluannya dan kereta Toyota tersasar ke kiri jalan sehingga melanggar tembok pembahagi jalan.
Tidak lama selepas itu, kelihatan kereta Ativa mendekati kereta Toyota sebelum pemilik dashcam berlalu pergi.
Perkara yang berlaku itu membuatkan pemilik dan penumpang dashcam tertanya-tanya apakah yang berlaku kepada pemandu kereta Toyota.
@hnsarisyah97 Kejadian petang smlm dkt tol sunway. Don’t know what happen to the driver sbb mula tu dia stop and suddenly tekan minyak laju. #accident #sunway #dashcam
♬ original sound – Mummy NA – Mummy NA
Pemandu Toyota didakwa mengalami serangan strok & kaki di pedal minyak
Melihat di ruangan komen, seorang wanita yang dipercayai ahli keluarga kepada pemandu Ativa mendakwa pemandu Toyota mengalami serangan strok.
Tambah wanita itu lagi, pemandu Toyota terbabit sudah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Manakala pemandu Ativa yang juga ahli keluarganya tidak cedera namun mengalami trauma.
“Masa pemandu tu kena strok, kaki dia dekat pedal minyak. Tu dia tertekan laju. Info terbaharu pemandu tu masuk hospital dan patah kaki. Kakak saya alhamdulillah okay cuma trauma dan kereta teruk,” dakwa wanita itu.

Terdapat beberapa pengguna yang meninggalkan komen turut merasakan terdapat sesuatu perkara yang berlaku kepada pemandu berkenaan.
Menerusi rakaman pada dashcam insiden dipercayai berlaku pada 10 Januari yang lalu sekitar jam 5.42 petang.
“Mungkin serangan jantung”

“Ayah aku pun pernah kena minor strok masa bawa kereta. Tolong jangan judge cepat sangat..”
