fbpx
Now Reading
Ramai Pelajar Lepasan SPM Pilih Institut Pendidikan Guru Untuk Sambung Belajar [Video]

Ramai Pelajar Lepasan SPM Pilih Institut Pendidikan Guru Untuk Sambung Belajar [Video]

Menerusi video tersebut kedengaran beberapa orang pelajar menjadikan IPG sebagai institut pilihan pertama mereka untuk menyambung pelajaran kelak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Setiap pelajar yang masih di bangku sekolah mahupun baru sahaja selesai alam persekolahan pasti menyimpan cita-cita untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke menara gading.

Meskipun belum mengetahui apa yang akan terjadi di masa hadapan, namun ia bukanlah penghalang buat setiap pelajar untuk memastikan cita-citanya tercapai.

Malah terdapat pelbagai cara dan jalan untuk seseorang itu berjaya asalkan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.

Ramai pelajar lepasan SPM nak masuk IPG untuk melanjutkan pelajaran

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan beberapa pelajar yang memaklumkan ke manakah institusi yang bakal dituju sebaik selesai mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menerusi video yang dimuat naik oleh cikgu Izwan Palarae di TikTok, awalnya kedengaran dia bertanya kepada beberapa orang pelajar di Sekolah Seni Malaysia di Perak ke manakah arah institusi yang akan dipilih untuk menyambung pelajaran.

Pelajar wanita yang pertama memaklumkan dia memilih untuk menyambung pelajaran ke Institut Pendidikan Guru (IPG).

Jawapan sama juga diberikan oleh pelajar kedua, ketiga dan kelima yang turut menyimpan hasrat untuk menyambung pelajaran ke IPG selepas mendapat keputusan SPM.

Ada juga yang pilih UiTM, UM, dan sebagainya

Manakala pelajar keempat pula memaklumkan dia ingin ke semua Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Pelajar keenam memberitahu dia ingin melanjutkan pelajaran ke Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Selain itu, ada juga dua daripada pelajar yang disoal mahu menyambung pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia (UM) dan juga luar negara.

Tidak kurang juga ada yang sempat bergurau dengan mengatakan dia tidak mahu belajar sebaliknya mahu berkahwin.

Menteri Pendidikan ucap terima kasih pilih IPG

Perkongsian video itu turut menarik perhatian Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek yang berterima kasih kerana ramai pelajar memilih untuk melanjutkan pelajaran di IPG.

Tidak kurang juga ada yang menyatakan IPG merupakan institut yang best dan mengucapkan selamat maju jaya.

Ada juga yang memaklumkan kelayakan untuk memasuki IPG memerlukan keputusan cemerlang sekurang-kurangnya 7A.

“Nak join IPG juga, doakan dapat 7A”

“Yang nak kahwin tu tolonglah dik, kau tarik balik kata-kata kau. Takut jadi macam aku, beria kata nak kahwin lepas SPM, sampai sekarang tak kawin lagi dik.”

“IPG bukan senang nak masuk”

“Anak kami pun nak pergi IPG, minat jadi guru”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.