fbpx
Now Reading
Ramai Terhibur Lihat Kreativiti Pelajar Buat Presentation Ikut Gaya & Tema Tersendiri [Video]

Ramai Terhibur Lihat Kreativiti Pelajar Buat Presentation Ikut Gaya & Tema Tersendiri [Video]

Difahamkan, pelajar yang mengikuti subjek Pemasaran Sukan, Universiti Teknolohi Mara (UiTM) Shah Alam telah diminta oleh pensyarah mereka untuk membuat pembentangan yang dipenuhi dengan elemen kejutan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Buat pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT), pasti tidak lari dari membuat pembentangan di hadapan rakan sekelas dan juga pensyarah.

Ia merupakan antara perkara yang biasa dibuat oleh kebanyakan pelajar IPT di negara ini.

Kebiasaannya, pensyarah akan menetapkan tema serta cara presentation yang akan dilakukan.

Bagi kebanyakan pelajar, cara yang biasa dibuat adalah menerusi slaid pembentangan.

Pensyarah Serah Kepada Pelajar, Cipta Gaya Tersendiri Ketika Sesi Pembentangan

Namun, lain pula dengan pensyarah ini yang menyerahkan 100% kepada pelajarnya untuk membuat presentaion.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @rajamisha19, dapat dilihat sekumpulan pelajar membuat pembentangan dengan gaya mereka tersendiri.

Terserlah kreativiti masing-masing ketika sesi tersebut yang kadangkala tidak tercapai dek akal.

Difahamkan, pelajar yang mengikuti subjek pemasaran sukan telah diminta oleh pensyarah mereka untuk membuat pembentangan yang dipenuhi dengan elemen kejutan.

“Pensyarah: ‘saya nak elemen surprise waktu present (pembentangan) dan tak perlu pakai formal, ikut kreativiti anda’”, tulis pengguna berkenaan.

Ada Yang Buat Sesi Podcast, Ada Yang Berlakon

Melalui perkongsian itu, dapat dilihat masing-masing menyerlahkan bakat dan kreativiti melalui pembentangan tersebut.

Apa yang menjadi perhatian adalah ada yang membuat video dan hanya memaparkan menerusi skrin.

Namun, ada juga yang membuat pembentangan seperti satu siaran audio siar (podcast), berlakon mengikut situasi dan juga menyanyi.

Malah, ada yang membuat persembahan dan menggayakan diri mereka seperti penyanyi terkenal Korea Selatan, G-Dragon.

Ramai Puji Kreativiti Pelajar & Cara Pengajaran Pensyarah

Video yang telah mendapat lebih 678,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, rata-rata terhibur melihat gelagat dan aksi pelajar dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor itu.

Namun, ramai juga yang memuji kreativiti mereka dalam membuat pembentangan dengan gaya tersendiri.

Tidak hanya itu, pensyarah subjek berkenaan juga turut mendapat pujian daripada pengguna media sosial memandangkan gaya mengajarnya yang unik dan berbeza dari biasa.

“Kelas Macam Ni, Walaupun Rasa Macam Leceh Nak Prepare Tapi Bila Dah Waktu Pembentangan, Meriah Gila”

“Aku Suka Pensyarah & Kelas Macam Ini, Kalau Terlebih Waktu Pun Tak Apa”

“Ada Kelas Macam Ini Memang Meriah Gila”

“Seronoknya. Teringat Zaman Belajar, Kena Perah Otak Cari Idea Nak Bentang, Tapi Suasana Belajar Tu Seronok”

“Tahniah Adik-Adik. Korang Memang Kreatif”

Baca Artikel Berkaitan: Tiada Sambungan Internet, Gadis Gigih Buat Presentation Guna Telefon Rumah Raih Pujian Ramai

Baca Artikel Berkaitan: Selepas Veveonah, Kini Gadis Ini Pula ‘Berkelambu’ Di Hutan Demi Siapkan Group Presentation

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.