fbpx
Now Reading
“Sampai Hati Ayah” – Wanita Kongsi Kisah Sedih, Ayah Meninggal Selepas 12 Jam Balik Dari Rumah Anak [Video]

“Sampai Hati Ayah” – Wanita Kongsi Kisah Sedih, Ayah Meninggal Selepas 12 Jam Balik Dari Rumah Anak [Video]

Difahamkan, bapa wanita berkenaan mahu pulang ke kampung setelah tiga minggu menetap di rumah anak-anak yang terletak di Kuala Lumpur.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Kehilangan orang tersayang merupakan antara perkara yang amat memeritkan apatah lagi jika mereka pergi secara tiba-tiba.

Bayangkan, sebelum beberapa jam mereka pergi meninggalkan kita, keadaan mereka sihat dan menjalani kehidupan seperti biasa.

Namun jika sudah takdir Ilahi, tiada siapa yang boleh menolak ketentuan Allah SWT ini.

Bapa Meninggal 12 Jam Selepas Pulang Dari Rumah Anak

Itulah yang terpaksa dihadapi oleh seorang wanita apabila bapa tersayang pergi menghadap Ilahi 12 jam selepas dia menghantar ayahnya pulang ke kampung.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @cik.wann7, dapat dilihat bapanya yang dikenali sebagai Wan Mohd memberi lambaian terakhir di Terminal Bas Bersepadu Selatan (TBS) pada 11 Januari 2025 kira-kira jam 9.30 pagi.

Difahamkan, bapanya mahu pulang ke kampung setelah tiga minggu menetap di rumah anak-anak yang terletak di Kuala Lumpur.

Namun bagai sudah tertulis, pada jam 9.30 malam hari yang sama, wanita itu mendedahkan bapanya disahkan meninggal dunia.

“11 Januari 2025, 9.30 pagi, hantar ayah ke TBS setelah tiga minggu di KL rumah anak-anak.

“Pukul 9.30 malam hari yang sama, ayah telah disahkan meninggal dunia. Sampai hati ayah,” tulisnya di video.

Bapa Meninggal Dunia Ketika Tidur

Kongsi pengguna berkenaan menerusi ruangan komen, ayahnya yang sihat itu selamat sampai ke kampung dan berehat sebelum meninggal dunia ketika dalam tidur.

Jelasnya lagi, mereka juga tidak membuat post-mortem memandangkan bapanya sudah ditemui dalam keadaan tidak bernafas.

Sedih & Terkejut Bapa Meninggal Seorang Diri

Pemergian bapa tersayang secara tiba-tiba sememangnya mengejutkan pengguna berkenaan apatah lagi dia pergi seorang diri tanpa anak-anak di sisi.

Malah, pengguna itu turut menceritakan ayahnya sememangnya pernah memberitahu mahu meninggal dunia seorang diri di rumah.

Pengguna Media Sosial Turut Luah Rasa Sedih, Ada Yang Simpati

Video yang telah mendapat lebih 154,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang turut sama terkejut dan bersimpati dengan kejadian yang menimpa wanita itu.

Malah, ada yang turut bersedih memandangkan pengguna berkenaan kehilangan bapa secara tiba-tiba.

Tidak hanya itu, ada juga pengguna yang turut berkongsikan pengalaman sama kehilangan yang tersayang sekelip mata.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Allah, Nampak Sihat Tu, Meninggal Asbab Apa Tu?”

“Sakitkan Bila Kita Nampak Dia Sihat Tapi Dia Tinggalkan Kita Macam Tu Je”

“Salam Takziah, Nampak Sihat Je Ayah Masa Lambai Tangan Tu”

“Arwah Abah Saya Sebelum Dia Meninggal Siap Pergi Meracun Dekat Kebun Kecil Dia”

“Ayat ‘Sampai Hati Ayah’ Meruntun Jiwa, Buat Mata Lagi Banjir, Salam Takziah Buat Keluarga”

Baca Artikel Berkaitan: Ayah Meninggal Dunia Beberapa Minit Sebelum Majlis Graduasi Tadika Anak Buat Ramai Sedih [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Sayu Bapa Mentua Meninggal Dunia Dalam Kenderaan, Ketika Pulang Ke Rumah [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.