fbpx
Now Reading
Wanita Kongsi Kisah Seram Dengar Ada Orang Memasak Di Dapur Waktu Tengah Malam [Video]

Wanita Kongsi Kisah Seram Dengar Ada Orang Memasak Di Dapur Waktu Tengah Malam [Video]

Menerusi video, sebaik Rina membuka lampu dapur kelihatan tiada individu yang berada di situ atau sedang memasak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Di dunia ini Allah SWT telah menciptakan pelbagai hidupan seperti manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan termasuklah entiti yang berada di alam ghaib.

Meskipun ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar oleh kebanyakan individu, namun sebagai seorang Islam adalah wajib untuk kita mempercayai mereka juga wujud dan salah satu daripada ciptaan Allah SWT.

Bercakap mengenai ‘entiti’ atau perkara ghaib, tak dinafikan terdapat segelintir daripada kita yang adakalanya mendapat gangguan sehingga membuatkan seseorang berasa takut dan sebagainya.

Wanita terdengar bunyi orang memasak di dapur

Perkara sama turut berlaku kepada seorang wanita apabila berkongsi detik seramnya terdengar bunyi yang pelik di bahagian dapur.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Rina Ina di TikTok, awalnya dia berkongsi detik terdengar seperti terdapat seseorang individu sedang sibuk memasak di dapur di tengah malam.

Malah bunyi itu sungguh jelas dan kedengaran bunyi ketukan kuali yang berlaga dengan sudip seolah-olah sedang menumis.

“Ada yang pinjam dapur tapi kenapa mesti tengah malam,” katanya.

Pelik dengan bunyi tersebut, Rina kemudian pergi ke arah dapur untuk memeriksa siapakah individu yang menggunakan dapurnya.

Sewaktu berjalan kelihatan Rina sudah menutupkan lampu di seluruh kawasan rumah.

“Saya suka tutup lampu. Kalau buka pun (lampu) luar beranda sahaja. Kita cuma nak tahu siapakah gerangan (individu memasak). Kau (Rina) sedang keseorangan di rumah.”

Tiada individu berada di dapur ketika lampu dibuka, bunyi memasak tiba-tiba berhenti

Sebaik sampai di bahagian dapur, Rina lalu segera membuka lampu. Namun apabila lampu dibuka kelihatan tiada individu yang berada di dapur mahupun sedang memasak.

Bunyi yang didengari sedang sibuk memasak juga secara tiba-tiba berhenti.

“Bila buka lampu, tiada seorang pun. Kita anggap saja jiran sebelah masak. 1, 2, 3, lari masuk bilik balik,” katanya.

Ramai kongsi pengalaman dan minta jangan tutup lampu di dapur

Melihat di ruangan komen terdapat beberapa individu yang mengatakan video itu seperti tidak lengkap kerana sebelum lampu dibuka perakam awalnya berada di tempat lain.

Rina menerusi satu lagi akaun miliknya memaklumkan sewaktu ke dapur keadaan gelap maka dia memotong bahagian itu dan menunjukkan bahagian dapur untuk memuat naik video terbabit di TikTok.

Terdapat juga beberapa individu yang berkongsi pengalaman pernah berdepan dengan detik seram seperti itu di rumah mereka.

Selain itu, ada yang meminta Rina untuk membuka lampu di beberapa bahagain seperti bilik air dan dapur.

“Lampu dapur dan bilik air jangan dimatikan, biar tahu kalau ada orang yang tinggal di situ”

“Cara bunyi sudip tu macam tengah masak nasi goreng. Bajet tak berapa kasar lah kot ya.”

“Rumah saya barang-barang dekat dapur selalu hilang. Pinggan, cawan, batu lesung, lepas seminggu dua nanti ada balik. Baju-baju pun sama.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.