
“Habislah Bridal” – Tindakan Jurugambar Tolak Pengantin Lelaki Masuk Dalam Air Curi Perhatian [Video]
Namun, menerusi video tangkap layar terbaharu di TikTok pemilik butik tersebut, jurugambar berkenaan telah menghantar mesej permohonan maaf kepadanya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada masa kini, majoriti pasangan pengantin pasti akan mengupah jurugambar atau photographer bagi merakam momen di hari bahagia mereka. Ia penting untuk dijadikan kenangan bagi perkara yang hanya berlaku sekali seumur hidup.
Selain daripada situasi ketika majlis akad nikah atau persandingan, kebanyakan pengantin juga akan merakam gaya istimewa sebagai meraikan hari bahagia itu.
Kebiasaannya, jurugambar yang diupah akan memberi tunjuk ajar tentang gaya yang sesuai. Sudah pastilah ia dilakukan dalam suasana yang santai dan penuh dengan gurauan agar pengantin tidak kekok menggayakan aksi tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: “Ajar Sampai Jadi” – Aksi Jurugambar Beri Teknik Pose Gaya Menarik Buat Pengantin Raih Pujian [Video]
Jurukamera Tolak Pengantin Lelaki Masuk Dalam Air
Namun, seorang jurugambar mencuri perhatian selepas tular video dia bertindak menolak pengantin lelaki masuk ke dalam air ketika sesi penggambaran.
Menerusi video tular yang dikongsikan di Instagram @kongsi.viral, jurugambar berkenaan pada mulanya dilihat memberi arahan kepada pengantin lelaki untuk menggayakan aksi bersama keris yang dipegangnya.
Photographer itu kemudiannya dilihat terus merakam aksi terbabit sebelum menolak pengantin lelaki ke dalam air di hadapan mereka.
Baju Songket & Aksesori Yang Dipakai Basah Ditenggelami Air
Apa yang menjadi perhatian adalah tindakan jurugambar itu menyebabkan pengantin lelaki serta baju songket dan tengkolok yang dipakainya basah.
Malah, kedengaran beberapa individu yang berada di lokasi terbabit tertawa melihat insiden berkenaan.
Tindakan Jurugambar Tolak Pengantin Rugikan Bridal Jika Baju Rosak
Namun, tindakan jurugambar itu tidak dianggap kelakar oleh kebanyakan netizen malah ramai yang meluahkan rasa geram.
Ini kerana mereka berpendapat perbuatan sebegitu boleh merosakkan baju dan aksesori yang dipakai serta merugikan pihak butik pengantin (bridal) lebih-lebih lagi sekiranya baju songket itu disewa.
Semakan kami mendapati video asal di TikTok jurugambar berkenaan sudahpun dipadam.


Butik Pengantin Terkejut, Ada Individu Dah Buat Tempahan Untuk Baju Sama
Malah, ia turut mendapat perhatian pemilik butik baju pengantin berkenaan yang nyata terkejut melihat situasi sedemikian apatah lagi telah ada individu yang membuat tempahan untuk menggunakan persalinan songket tersebut pada minggu hadapan.
Tidak hanya itu, ada bakal pengantin yang dipercayai akan menggunakan baju tersebut turut menghantar mesej kepada pemilik butik berkenaan bagi meminta kepastian adakah baju tersebut yang bakal digunakan olehnya.

Jurugambar Mohon Maaf, Akan Tanggung Ganti Rugi
Namun, menerusi video tangkap layar terbaharu di TikTok pemilik butik tersebut, @mamaqiai, photographer berkenaan telah menghantar mesej permohonan maaf kepadanya.
Dia yang mengakui kesilapan dan kecuaiannya juga didakwa akan membuat bayaran ganti rugi kepada pemilik butik terbabit.

“Tanda minta maaf, kami akan ganti rugi (bayar) dan bincang. Nanti Mamaqi beritahu Kak Ju dan sekali lagi saya mohon 10 jari minta maaf atas kecuaian saya dan kesilapan ini.
“Nanti kami bayar dekat Mamaqi, lepas semua okey dan bincang. Tanda Aminta maaf, saya akan counter balik video atau baiki balik untuk ubah jadi promosi kedai Mamaqi.
“Kita kasi plan bagi butik Mamaqi meletup dan follower naik dan saya sekali lagi minta maaf.
“Ini pengajaran untuk saya dan orang lain, harap Mamaqi boleh maafkan kami dan kita bincang,” tulis jurugambar berkenaan dalam tangkap layar mesej tersebut.


Pemilik Butik Mohon Maaf Kepada Bakal Pengantin Lain & Beri Jaminan Boleh Siapkan Baju Baharu
Melalui hantaran berasingan, pemilik butik turut berkongsikan tangkap layar perbualan WhatsApp bersama individu yang dipercayai bakal menggunakan persalinan tersebut pada 30 Januari hadapan.
Ia merupakan respon terhadap permohonan maaf yang dibuat oleh jurugambar terhadap pemilik butik berkenaan.
Melalui perkongsian itu, dapat dilihat individu terbabit yang geram dan risau memandangkan majlis persandingannya hanya berbaki kurang dua minggu sahaja lagi.
Pun begitu, pemilik butik tersebut memohon maaf dan memberi penjelasan berhubung insiden yang baru pertama kali dihadapi olehnya.
Malah, dia turut memberi jaminan akan menyiapkan baju yang baharu namun corak yang berbeza untuk individu berkenaan.
Pada masa yang sama, dia turut menjelaskan kepada individu terbabit bahawa ada kemungkinan dia akan membuat laporan polis memandangkan timbul dakwaan ia hanyalah sekadar konten.
@mamaqiqai Membalas kepada @pelangilestari_ respon pengantin yg nk pakai baju tu next week… serius akak sgt kecewa..
♬ La Illah Ela Allah – Mohamed Youssef
Berikut antara komen pengguna media sosial:
“Tak Sepatutnya Buat Macam Tu Walaupun Itu Kawan Baik Kau Sendiri, Gurauan Macam Ini Agak Keterlaluan”

“Rosak Baju Sewa Dengan Aksesori Tu”

“Bergurau Tidak Kena Tempat, Dah La Baju Sewa”

“Tak Beragak, Tak Lawak Pun La, Fikir Sikit Baju & Aksesori Bridal Tu, Bukannya Pool Bersih”

Baca Artikel Berkaitan: “Jurugambar Gigil Ke?” – Tular Gambar Kahwin ‘Blur’ & ‘Bergoyang’ Buat Orang Ramai Terhibur
Baca Artikel Berkaitan: ‘Malunya..’ – Pasangan Tak Perasan Remy Ishak Yang Bantu Ambil Gambar, Siap Gigih Diminta Berposing [Video]