fbpx
Now Reading
Ini Penjelasan i-City Lepas Ada Yang Dakwa Cermin Gelongsor Kaca Retak [Video]

Ini Penjelasan i-City Lepas Ada Yang Dakwa Cermin Gelongsor Kaca Retak [Video]

Melalui perkongsian tersebut, i-City turut menunjukkan wayar lampu yang sebelum ini disangkakan kesan retak pada gelongsor kaca oleh segelintir pengguna media sosial.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Sebut sahaja tentang i-City, pasti dah terbayang taman temanya yang dipenuhi dengan lampu berwarna-warni yang sering menjadi tarikan pengunjung.

Baru-baru ini, taman tema itu telah menambah satu lagi tarikan terbaharu dikenali sebagai SkyCity Tower yang mempunyai gelongsor kaca terpanjang di Malaysia.

Menariknya, tarikan yang baharu sahaja dibuka pada 18 Januari lalu membolehkan orang ramai menikmati pengalaman unik dengan bermain air menerusi gelongsor tersebut pada ketinggian 60 meter dan 600 meter panjangnya.

Dapat dilihat di media sosial, ada pengguna yang telah berkongsikan pengalaman mereka mencuba tarikan terbaharu itu.

Netizen Dakwa Cermin Retak Pada Gelongsor Kaca

Namun baru sahaja dua hari pembukaannya secara rasmi, telah timbul dakwaan mengatakan cermin kaca pada gelongsor tersebut retak dan dianggap tidak selamat.

Ia ekoran daripada pemerhatian pengguna media sosial terhadap satu video yang dimuat naik oleh seorang individu di TikTok @ash_naz912 dan Instagram @naimhuzairi yang telah mencuba permainan gelongsor air tersebut.

Melalui ruangan komen di hantaran itu, ada segelintir netizen yang mempersoal ketahanan serta mendakwa ternampak cermin berkenaan retak pada awal gelongsor air berkenaan.

@ash_naz912

Okay ni video full. Jom layannnnn swim in sky 🔥🫣 #skycity #icity #skytower #icityshahalam

♬ Squid Game 2 – Fino the Ranad
Foto: Tangkap Layar TikTok
Foto: Tangkap Layar TikTok

i-City Beri Penjelasan, Dakwaan Cermin Retak Sebenarnya Adalah Kabel Lampu

Susulan dakwaan tersebut, pihak i-City tampil memberi penjelasan berhubung kerisauan orang ramai mengenai tarikan terbaharu mereka itu.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok @icitymalaysia, mereka menjelaskan apa yang dilihat oleh segelintir netizen hanyalah kabel lampu.

Malah, mereka turut memberi jaminan bahawa gelongsor kaca itu selamat untuk digunakan serta sentiasa mengadakan penyelenggaraan berkala bagi memastikan keselamatan pengguna.

“Sebenarnya ia adalah kabel lampu. Kami sentiasa mengutamakan keselamatan anda dan membuat penyelenggaraan serta pemeriksaan harian sebelum membenarkan anda bermain gelongsor kaca,” jelas mereka di video.

Melalui perkongsian tersebut, i-City turut menunjukkan wayar lampu yang sebelum ini disangkakan kesan retak pada gelongsor kaca oleh segelintir pengguna media sosial.

@icitymalaysia

🎥 No cracks—just the wire cable effect! 💡 The Longest Glass Slide at SkyCity is perfectly safe and ready for your thrilling adventure. 💎✨ Come see for yourself and enjoy the ride! 🚀 Grab your tickets now through the i-City SuperApp! 🎟️📲 #SkyCity #LongestGlassSlideMY #SafeAndFun #Trending #Viral #TikTokMalaysia

♬ Power Up – Super Sound

Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Reaksi, Ada Yang Masih Risau

Video yang telah mendapat lebih 1.3 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Masing-masing mempunyai pendapat tersendiri walaupun pihak taman tema tersebut telah memberi penjelasan dan jaminan keselamatan tarikan terbaharu mereka itu.

Mengintai ke ruangan komen, ada yang masih beranggapan gelongsor kaca itu masih tidak selamat dan boleh menyebabkan berlakunya perkara tidak diingini.

Namun, ada juga yang menarik nafas lega serta berpuas hati dengan penjelasan daripada pihak i-City berhubung dakwaan keretakan cermin itu.

Malah, ada netizen yang turut mencadangkan agar pihak i-City meningkatkan tahap keselamatan contohnya seperti menambah lagi ketinggian penghadang di laluan gelongsor air kaca berkenaan.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Teringat Perempuan Yang Komen Haritu, Orang Cakap Tu Wayar Dia Tak Percaya”

“Boleh Tak Letak Jaring Kiri Kanan Dekat Atas Cermin Supaya Orang Tak Terkeluar Terus”

“Korang Pun Agak-Agak La, Takkan Diorang Guna Cermin Cikai”

“Saya Bayangkan Saya Naik Benda Ini, Air Tiba-Tiba Laju & Keadaan Susah Nak Kawal Hingga Terbabas”

Baca Artikel Berkaitan: Pemuda Terkejut ‘Turun’ Gelongsor Air Dengan Staf Bertugas, Rupanya GF Tertinggal Di Atas [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Abang Lifeguard Terjatuh & Join Turun Gelongsor Air Buat Ramai Terhibur [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.