
Lelaki Selamba Bantu Tangkap Ular Di Bukit Bintang, Siap Tangan Sebelah Betulkan Seluar [Video]
Menurut lelaki terbabit yang dikenali sebagai Muhamad Zunnurain, ular berkenaan kemudiannya diserahkan kepada pihak bomba untuk tindakan lanjut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Ular merupakan antara binatang yang berbahaya dan ditakuti ramai, bukan semua orang berani pegang atau menangkap ular.
Maka orang ramai disarankan untuk menghubungi pihak Bomba atau Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sekiranya berdepan dengan binatang berbahaya ini.
Pun begitu, ada pula sesetengah individu yang mungkin sudah terlatih atau biasa menangkap ular yang akan bertindak sendiri tanpa perlu bantuan Bomba mahupun APM.
Tular lelaki bantu tangkap ular di Bukit Bintang
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki membantu menangkap seekor ular yang berada di tengah jalan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Video lelaki berkenaan menangkap ular sawa itu dirakam oleh seorang individu yang berada di kawasan kejadian sebelum dimuat naik di akaun TikTok miliknya sehingga meraih perhatian ramai.
Di dalam video tersebut, kelihatan lelaki yang menaiki kereta Perodua Bezza itu menangkap ular terbabit dengan menggunakan sehelai kain berwarna hitam.
Lelaki tersebut menutup kepala ular berkenaan terlebih dahulu menggunakan kain terbabit sebelum menangkapnya.
Lelaki selamba pegang ular sebelah tangan, siap boleh betulkan seluar
Apa yang lebih mencuri tumpuan, kelihatan lelaki tersebut sedikitpun tidak mempunyai perasaan takut terhadap reptilia berbahaya itu.
Malah, dia dengan selambanya memegang kepala ular berkenaan dengan sebelah tangan sahaja sambil berjalan membetulkan seluarnya yang kelihatan ingin terlondeh.
Lelaki tangkap dan serahkan ular kepada pihak bomba
Menurut lelaki terbabit yang dikenali sebagai Muhamad Zunnurain, ular berkenaan kemudiannya diserahkan kepada pihak bomba untuk tindakan lanjut.
“Maaflah pasal seluar itu memang dah kurus sikit, sebab itu terlondeh-londeh. Apa-apa pun ular itu dah saya selamatkan (bawa) ke balai bomba berdekatan,” katanya menerusi ruangan komen.

@muhamadzunnurain Abg ular hadir. terima kasih semua atas komen² positif.#fypシ゚viral #fouryoupage #bukitbintang #tiktokmalaysia
♬ bunyi asal – muhamadzunnurain – muhamadzunnurain
Sementara itu, rata-rata pengguna media sosial yang melihat video terbabit mengakui keberanian Muhamad Zunnurain dalam menangkap ular berkenaan.
Mereka turut memberikan pujian kepada lelaki itu kerana sudi membantu menangkap reptilia berbahaya itu daripada terus berkeliaran di kawasan awam yang dipenuhi orang ramai.
Tidak kurang juga yang berseloroh bahawa seluar yang dipakai Muhamad Zunnurain tidak memberi kerjasama semasa dia sedang menangkap ular sawa terbabit.



