fbpx
Now Reading
Orang Indo Puji Iklan Kerja Kosong Di Malaysia Lebih Mudah, Tak Banyak Syarat Seperti Indonesia

Orang Indo Puji Iklan Kerja Kosong Di Malaysia Lebih Mudah, Tak Banyak Syarat Seperti Indonesia

Kelihatan poster iklan dari Indonesia lebih banyak meletakkan syarat-syarat yang ditetapkan untuk pemohon, manakala poster dari Malaysia pula tidak menetapkan sebarang syarat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Iklan kekosongan kerja merupakan antara benda yang paling penting bagi sesebuah syarikat mahupun kedai yang ingin mencari pekerja.

Mana tidaknya, jika iklan cari pekerja itu tidak menarik atau terlalu banyak syarat-syarat yang dinyatakan berbanding gaji dan faedah, sudah pasti ramai yang tidak mahu atau tertarik untuk memohonnya.

Sudah menjadi lumrah, orang yang ingin bekerja lebih cenderung untuk mengetahui gaji yang akan diterima serta faedah-faedah yang akan diperolehinya daripada syarikat tersebut.

Netizen Indo bandingkan iklan cari pekerja dari Malaysia dan Indonesia

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial orang-orang di Indonesia memuji poster iklan mencari pekerja dari Malaysia berbanding negara mereka.

Menerusi ciapan yang dimuat naik di akaun X @convomf, kedua-dua poster iklan mencari pekerja yang dibandingkan itu adalah daripada jenama yang sama iaitu Mixue, namun di negara yang berbeza.

Menerusi perkongsian gambar poster, jelas kelihatan perbezaan di antara kedua-dua iklan mencari pekerja tersebut.

Iklan cari pekerja di Indonesia banyak letak syarat berbanding faedah untuk pekerja

Kelihatan poster iklan dari Indonesia lebih banyak meletakkan syarat-syarat yang ditetapkan untuk pemohon, manakala poster dari Malaysia pula tidak menetapkan sebarang syarat.

Tidak hanya itu, iklan mencari pekerja dari Malaysia juga menyatakan tentang anggaran gaji yang akan diterima oleh pekerja berserta faedah-faedah diperolehi seperti Kumpulan Wang Simpan Pekerja (KWSP), Socso dan bonus prestasi.

Sementara di Indonesia pula tidak menjelaskan langsung tentang anggaran gaji yang akan diberikan serta faedah yang bakal diperolehi pekerjanya.

Iklan cari pekerja di Indonesia siap tetapkan had umur pemohon

Apa yang lebih menarik perhatian, iklan mencari pekerja dari Indonesia itu juga menetapkan syarat seseprang yang ingin memohon haruslah berumur 25 tahun dan ke bawah.

Tidak hanya itu, pemohon juga mestilah tidak mempunyai hasrat untuk menyambung pelajaran ke peringkat universiti.

Bagaimanapun, difahamkan bahawa syarat-syarat sebegini bukanlah ditetapkan oleh setiap syarikat atau kedai yang ingin mencari pekerja di sana.

Iklan cari pekerja dari Malaysia lebih baik, sesuai untuk sesiapa mohon

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial dari Indonesia bersetuju bahawa iklan mencari pekerja dari Malaysia adalah lebih baik berbanding di negaranya.

Tidak hanya itu, mereka turut menyifatkan bahawa beberapa syarat-syarat yang ditetapkan dalam poster dari republik itu adalah tidak perlu dan berguna.

Malah, mereka mendakwa bahawa syarat-syarat yang ketat sebegini yang menyebabkan jumlah penganggur di sana tinggi kerana sukar untuk mendapatkan pekerjaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.